
SEBAGAI pelajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), saya terpanggil untuk memberi pandangan dalam isu kuliah Sabtu yang diketengahkan `Pelajar Terkilan’ dalam ruangan ini baru-baru ini. Untuk pengetahuan, penyelarasan jadual kelas yang kurang kemas sememangnya membebankan pelajar berbanding memberikan manfaat kepada mereka, terutama apabila masalah timbul kerana kekurangan dalam pengurusan.
Masalah ini memang ketara terutama dalam keadaan kekurangan tenaga pengajar, kemudahan dan tidak lancarnya pengurusan dalam beberapa keadaan.
Sebagai pelajar, kuliah kebiasaannya pada Isnin hingga Jumaat, manakala Sabtu dan Ahad, seperti golongan pekerja dikhususkan untuk rehat dan aktiviti sampingan yang berhak dinikmati.
Kritikan `Bekas Pelajar UIA’ bahawa pandangan yang diutarakan `Pelajar Terkilan’ adalah tidak berasas, kerana gagal memahami isu sebenar. Tiada salahnya jika pelajar mahu meluangkan masa bersama keluarga.
Keadaan di UIA buat masa ini bukan memaksa pelajar untuk terlebih belajar, bahkan mereka tiada pilihan menyesuaikan jadual pengajian supaya lebih selesa.
`Bekas Pelajar UIA’ juga tersasar daripada topik apabila menganggap aduan itu hanya aduan golongan tidak berdaya saing apabila mengaitkannya dengan pengalaman beliau apabila kerja kursus ditolak mentah-mentah, berusaha membuat pembetulan.
Isu prestasi tidak dibangkitkan pun dalam kes ini, dan sebenarnya isu pengurusan masa dan penyelarasan kelas yang diketengahkan di sini.
Pelajar berhak menyuarakan pendapat mengenai kekurangan dan masalah yang membebankan ketika di universiti, agar semua ini dapat diperbaiki dan kualiti pembelajaran dapat dipertingkat.
PELAJAR KRITIKAL, UIA, Kuala Lumpur.
Source: Berita Harian Online
SAYA adalah seorang daripada ribuan pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia. Saya m ...
SEBAGAI graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), saya mengucapkan terima kasih k ...
ANAK saya adalah pelajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di kulliyah farmasi dalam tahu ...
Dalam entri Jadual kuliah bebankan pelajar yang dikirimkan di blog komuniti ini pada Oktober ...
IKUTI bicara Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Syed Arabi Idid ...

wah.. makin ramai pelajar UIA yang rajin tulis kat newspaper sekarang..
nampak gayanya, aku tak peduli pun hal2 ni. tapi pengurusan masa pelajar tu yang penting. UIA da bagi platform yang bagus da.
people have to adapt to situation. mana ada situasi yang kena sesuaikan dengan student plak. ni kes terpencil je ni.
pihak UIA rasanya tak pandang berat sangat kot hal camni
betul alan.
betul.
adapt, then adopt.
pelajar perlu faham dan terima.
lebih manis jika, pihak UIA pun concern dengan perkara2 yang tidak patut berlaku, supaya pelajar tak terseksa sangat. itulah kerja pihak management academic.
rasanya pelajar perlu sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menghadiri kelas pada hari sabtu. kalau pensyarah sendiri sanggup, masakan tidak pelajar. pensyarah lebih byk tanggungjawab berbanding pelajar. ini yg saya pelajari since bergelar seorg pensyarah. begitu byk tanggungjwb dan masa yg dicurahkan oleh seorg pensyarah berbanding pelajar. so, TOLONG JANGAN BANYAK SONGEH wahai para pelajar sekalian. menuntutlah ilmu dengan ikhlas seperti mana pensyarah kamu mengajar kamu dengan ikhlas.
wassalam
rasanya pelajar perlu sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menghadiri kelas pada hari sabtu. kalau pensyarah sendiri sanggup, masakan tidak pelajar. pensyarah lebih byk tanggungjawab berbanding pelajar. ini yg saya pelajari since bergelar seorg pensyarah. begitu byk tanggungjwb dan masa yg dicurahkan oleh seorg pensyarah berbanding pelajar. so, TOLONG JANGAN BANYAK SONGEH wahai para pelajar sekalian. menuntutlah ilmu dengan ikhlas seperti mana pensyarah kamu mengajar kamu dengan ikhlas.
Walaupun ada kalanya kelas Sabtu memang kes terpencil, tapi di Kuantan buat kelas Management dah jadi kebiasaan pulak bila setiap dua minggu, sampai 5 jam sekaligus bagi satu kelas. Bila ditanya ketiadaan lecturer untuk hari biasa dijadikan alasan. Rasanya management uni boleh adjust keadaan untuk tak menyusahkan kedua-dua lecturer dan pelajar. Sebab macam lepas batuk di tangga je jadi kelas tu bila 5 jam hari Sabtu sampai pelajar naik mual sekadar belajar nak perabis silibus. Excellent learning la sangat kalau dah exam-oriented camtu sekali.
Moon: bila komentar macam ni dibuat, bukankah sepatutnya diselidik bukan jadi sebab kena bebel oleh golongan berumur pulak spt ‘jangan banyak songeh wahai pelajar’ etc. Kitorg dah naik jengkel dengan perangai ‘grownups’ yang padahal tak banyak beza umur pun tapi selalunya nak memperlekeh-lekehkan masalah kami, kononnya mereka dah lebih makan garam dan dah tegar biasa dengan masalah masalah sebegini.
Bila kebanyakan kita malas nak memperbaiki kekurangan la masalah ‘remeh’ macam ni berterusan berlaku.
Jangan salah faham, masalah ini bukan berkenaan lecturer tetapi universiti lah yang sepatutnya merancang dengan lebih baik. Pensyarah mana pun yang suka jika kena terkejar-kejar menghabiskan silibus hanya sebab masa kuliah disusun dengan cacamarba. So jangan lah terasa tak kena tempat.
mmg benda ni trjadi kt iium kuantan.masa hjung mgu ada clas dgn alasn lcturer dh xda masa lain.2 boleh la dipertimbngkn.lcturer pun ada ksbkannya.tp yg mslh 2 bila digabungkn sampai skali blaja smp 5-6 jam subjek sama dlm shari.muak…mmg muak dah tu kena lcttrr yg mcm nak xnak ngajar @boring (maksudnya xmengajar scra effective), mmg rsa penat je dtg clas…tp sbb attendance di ambil…kn la dtg jg
Salam. Saya kurang bersetuju dengan komen daripada moon (jangan banyak songeh). Sebagai seorang yang bergelar pensyarah, beliau sepatutnya lebih memahami keadaan pelajar-pelajar. Memang pensyarah banyak berkorban. Tapi bukankah itu tanggungjawab sebagai seorang pensyarah? Tanggungjawab seorang pelajar pula adalah untuk belajar. Tapi jikalau jadual kelas tidak tersusun dengan cara yang praktikal, selalu berubah-ubah tiba-tiba (last minute),tak menjadi kesalahan pelajar untuk banyak ‘songeh’. Lima hari seminggu, 8am hingga 6pm bersamaan dengan 8 jam sehari, ditolak waktu rehat, lebih kurang bersamaan dengan 40 jam seminggu. Ini baru dikira waktu siang. Tak cukup kah masa sampai hendakkan hujung minggu dan waktu malam? Memang perlu adanya situasi ‘Adopt & Adapt’, tetapi apa salahnya kita amalkan situasi ‘Win-Win Situation’? Bukankah itu lebih baik dalam memelihara hubungan pelajar-universiti dan memelihara kualiti pembelajaran?
Ini belum masuk lagi isu pensyarah yang tak pernah nak dicukupkan. Yang menjadi mangsa siapa? Pelajar. Pensyarah luar diambil, kemudian kelas hari sabtu / ahad diadakan. Tidak boleh tidak, pelajar mesti hadir. Jika tidak, habis 3 kelas (yang dikumpulkan sekaligus) dikira ponteng kerana tiada kelas ganti dari pensyarah luar. Kelasnya pula, 5 atau 6 jam berterusan sekaligus. Hanya berehat untuk makan tengah hari dan 10 minit sekali-sekala. Saya bercakap berdasarkan pengalaman ketika saya belajar di UIAM sendiri; bukan sekadar cakap kosong. Berapa lama tiap-tiap pelajar boleh berikan tumpuan? Sepanjang 6 jam? Pensyarah pun nak dah kering tekak nak bagi syarahan.
Kita bukan nak menuding jari. Tapi kita lihat dari pangkalnya kenapa sampai ‘Pelajar Terkilan’ menyuarakan masalah nya pada akhbar? Kenapa tidak pada universiti atau pada pensyarah secara langsung? Ada masalah pada pihak universiti kah yang tidak mahu mendengar keluhan pelajar? Atau masalah dengan pensyarah yang mengatakan pelajar banyak songeh? Mungkin timbul isu kepercayaan pula disini.
Dan nampaknya, usaha nak menghabiskan jumlah jam kelas dan silibus nampaknya lebih diutamakan daripada kualiti pembelajaran itu sendiri. Akhirnya, siapa yang rugi? Pelajar kurang kualiti; universiti pun tak ke mana.
Kalau dilihat, perkara sebegini akan ada yang kata masalah terpencil, perkara kecil dan macam-macam lagi (tetapi masalah besar di UIA Kuantan). Tapi, jikalau perkara yang dikatakan terpencil begini tidak pandang serius, apatah lagi perkara yang lebih besar? Masalah tidak cukup mahalat, bas rosak, masalah kecurian, bangunan akademik lambat siap, dan pelbagai lagi isu kritikal. Setiap pelajar berhak untuk menyuarakan pandangan dan jika terdapat sebarang kesilapan pada pandangan itu, ia perlu dibetulkan dengan cara yang bijak daripada pihak universiti. Ia perlu diambil berat dengan penuh hikmah baik daripada pihak pentadbiran mahupun pihak pensyarah yang bijak pandai. Bukan dengan memperkecilkan pandangan-pandangan pelajar; kerana tanpa pelajar itu sendiri, tidak ada nilainya sesebuah universiti.
hihihi..cian korang ada class time weken…nsib baek kitorang xde clas time weken…cuma weekdays dahsyat sikit la almost everyday 8-5…..hehehehe….em xper…bersabar yer sumer…semoga anda grad dgn jayanyer.ameen.hehehehe..
hmmmm…jika tidak salah untuk bertanya…adakah salah jika dibuat kelas pada hari sabtu??
sy tidak belajar di Malaysia..tapi di India..apa yang mengejutkan saya..di sini KANAK2 sekolah menengah mahupun sekolah rendah bersekolah PADA hari sabtu..di sini memang ‘culture’ mereka bergitu..disebabkan oleh kepadatan penduduk yang tinggi,jadi mereka terpaksa ‘compete’ sesama mereka untuk menjadi yang terbaik..hasilnya,India melahirkan pakar dalam segala bidang terutamanya bidang perubatan dan kejuruteraan..adakah ianya sesuatu yg tidak baik??
adalah sesuatu yang menyedihkan apabila terbaca ‘luahan rasa’ yg sedemikian di dada akhbar..adakah pelajar2 kini sudah terlalu ‘selesa’ sampaikan jika kelas terpaksa diadakan pada hari sabtu (dimana kelas itu untuk KEBAIKAN pelajar juga) menjadi isu??
tidakkah pelajar itu sendiri merasakan itu adalah kewajipan mereka sendiri untuk mencari ilmu?
jika yang dirungutkan itu adalah masalah yang berpunca dari pengurusan akademik di universiti anda…saya tidak rasa ia adalah PERLU untuk dirungutkn di dalam akhbar,biar seluruh Malaysia tahu bahawa pihak pengurusan akademik di universiti anda amatlah tidak cekap dan hanya membebankan pelajarnya..dan pelajar ini merasakan menjadi tanggungjawabnya untuk berkongsi masalahnya kepada Malaysia kerana tanpa pelajar yg amat bertanggungjawab seperti dia,universiti ini tidak mungkin akan menjadi universiti yang berkualiti.
dengan pelajar yang tidak sedikit jumlahnya,saya merasakan pihak pengurusan mempunyai masalah mereka sendiri..pelajar perlulah lebih memahami..takkan pelajar tidak sanggup mengorbankan hari sabtu mereka untuk universiti yang selama ini membantu mereka??
kualiti pembelajaran bukan hanya terletak pada cara pengajaran,tapi juga pada pelajar.
pada pendapat saya..pelajar ini perlu keluar dari ‘comfort zone’ mereka jika mereka ingin lebih berjaya di masa hadapan..jangan terlalu inginkan keselesaan sahaja di dalam hidup..
walaupun terasa kelas pada hari sabtu AMAT MEMBEBANKAN(sehingga tidak tertanggung)…saya percaya,kesusahan hari ini mungkin akan membantu anda pada masa hadapan..
alah, mmg la terbeban. nak wat caner? kalo hari sabtu ngan ahad pekerja kerajaan sepatutnyer cuti, camner ngan lecturer yg dtg hari sabtu tu? bercuti ke dier tu.
Bersyukur la lecturer tu at least dtg, kalo dier mcm pekerja kerajaan lain mesti dier pon nak berehat2 kat rumah and meluangkan masa ngan keluarga.
no pain, no gain!!!
zaki zaki, hang nie memang rajin kalau berblog-blog nie..haha..
kalo sesape yg ta setuju ngn pendapat i tu, aiman ta kesah. semua org pun ade hak masing2 utk menyuarakan pendapat. saye dulu pun, pernah bergelar seorang PELAJAR. dan insyaALLAH akan bergelar PELAJAR lagi ta lama lagi. yeah! hepinye jadik student blk! haha. sronok jd student. masuk clas dgr je lect bebel2 kat depan. ta ya prepare2 na masuk clas. ta ya na mark paper budak2 yg jwb tah pape. budak2 yg degil. byk songeh. bising. cket2 na mintk up markah. pas tu niat masuk clas tu bukan na menuntut ilmu. setakat na amek attendance je. kalo betul la student ni na menuntut ilmu, sabtu ke, ahad ke, malam ke, dorg dtg je clas tanpa byk SONGEH. dulu, time i jadi student UIA, dari 1st sem sampai final sem, memang ade clas ari sabtu. dengan leadership nyela, mase kat UIA kuantan pun, kitorg clas ari sabtu, lect dr gombak dtg turun semata2 na ajar kitorg. tp, i ta kesah pun clas ari sabtu. malah, i lagi hepi. sebab ari sabtu, i dpt gunekan dengan perkara yg berfaedah. drpd tido je, tgk dvd, main tenet, sembang2, lepak2. pas tu abes clas, i g lunvh sesame ngn member2. best2. pas tu barula kuar tgk wyg ke, maen boling ke. kalo ade sesape na blk jupe family tu, blkla lepas clas. ala, kalo na kate spend mase korg sekejap ngan family, kenela berkorban kan. kite sume insan biasa je. sume org ade kelemahan. memang pentadbiran universiti byk kelemahannye. tp cube korg g ofis tu, dorg tu mkn gaji buta ke atau keje dorg bertimbun? sebab bile i tgk org2 keje admin kat univ ni, keje dorg byk gile. kengkadang tu ade yg kene bwk blk umah. kalah2 pensyarah kan kene bwk keje blk umah. mcm i ni, kat blk tido pon betimbun asignmet n test student yg ta mark lg. pas tu student ni keje meniru je. wat sakit hati i je selaku pensyarah yg na kan anak muridnya berjaya. kalo student, ape lah sgt keje. setakat wat asignment, study utk test, quiz, exam, presentation, da namenye student kan. kalo korg tanye aku, na jd lecturer ke student, aku lebih prefer student. biarlah byk bende na kene study, tp tahap tekanan die lain. kehidupan student mmg enjoy. so, aku memang pelik bila org bangkitkan isu clas hari sabtu ni. em, mcm2.
oh ya, ari tu rase ade terbace gak yg student UIA ni mengomen psl kat UIA wat clas ari sabtu, while kat UM dorg ta wat clas ari sabtu. sejauh mana kebenarannya i ta tahula. but i dulu tutor kat UM, setau i ade je clas ari sabtu. em, tahla. i pelikla isu clas hari sabtu ni na dibangkitkan. ta pena lak tepikir bende cam ni na dibesar2kan. baik bangkitkan isu cemane student IPT na jd graduan yg kompetent. bukankah lebih bagus.
trima kasih kpd mon atas nasihat yg membina. mgkn pendapat moon tu btl. mgkn juga x. mgkn mslh ni tmbul bkn stkat lect ari sabtu je. 1 lg sbb bdk ni merungut ialah dlm 1 hari tu lect pnjg sgt & continous. kdg2 5-6 jam tu lect yg sme ajr sbjk yg sme. sye bkn ape, sye pnh mengalami situasi yg sme. dlm 1 klas tu, 3 jam straight, rehat skjp je dlm 20 mnt. mse tu kepala dh pening dh. bkn student je trbeban, lecturer pn sbnrnye trase gak. smpi die ckp, “aduh, letihnye bg lecture ni, apsal diorg (admin) x buat lect asing2?” sye bkn nk ckp lecturer ni x ikhlas nk mengajar, tp kdg2 diorg pn trpaksa ikut pengurusn yg dibuat oleh phk uni. nk x nk, diorg trpaksa pegi. mcm tu jgk student, dh lecturer dtg nk buat klas, diorg pn trpakse dtg. satu lg sbb pljr ni komen, sbb mse dlm klas tu kite akan smpi satu tahap yg mne kite dh x mampu nk trima ape lg dh drpd lecturer tu. otak dh jd sebal sgt. x tau nk cite cam mne. ok la, sye nk tnye moon sndri, ape prasaan moon kalu moon ajar bdk2 ni slame 5-6 jam, pastu diorg x fhm ape bende pun, rsenye berbaloi x 5-6 jam td tu. jd, sye rse lg baik kalu kita buat sistem yg mne membawa kebaikan untuk pelajar & pensyarah sekaligus.
Assuming that students have gone through the proper channel to voice out the problem, ini komen pendek saya:
1. Jumlah lecturer yang tidak cukup di KOS memang satu masalah buat masa ini. Masalah sedang diatasi dengan merekrut tenaga pengajar baru.
2. Ketiadaan ‘resident lecturer’ untuk subjek seperti Management course juga satu masalah yang hanya akan dapat diatasi sekiranya seorang tenaga tetap diambil sepertimana tenaga tetap untuk subjek-subjek Bahasa.
3. Masalah kelas di hari minggu akan kekal menjadi satu ‘feature’ apabila belajar di peringkat universiti kerana masalah-masalah yang teknikal atau yang bersifat ‘accidental’ (contoh: pensyarah ditimpa sakit / masalah keluarga dsbnya) sekalipun jika di peringkat pengurusan universiti sudah di tahap terbaik.
Saya pernah menjalani kursus-kursus yang bersifat intensif di peringkat universiti dan pengajian tinggi. Struktur pengajian bersifat begini:
1. Di institusi A, kami belajar, secara rasminya, secara bersambungan dari pukul 9 pagi hingga 4 atau 5 petang. ‘Break’ cuma sejam setengah untuk lunch dan setengah jam untuk ‘snack’ pagi jam 10. Ini berlaku setiap hari kecuali hari Rabu cuma setengah hari. Pembelajaran amat ‘intense’ berbanding kursus seperti Biomedical sekarang kerana exam berlangsung setiap 3 minggu + ‘weekly assignment’ + ‘monthly essay’ dan termly ‘presentation (oral, or poster). Tutorial juga berlangsung setiap luang waktu yang tiada ‘scheduled class’. Namun hari minggu memang tidak pernah ada kelas langsung dan setiap petang Rabu memang secara ‘exclusive’ diperuntukkan untuk aktiviti kelab dan sukan.
Tentulah ini jadual yang terbaik, ideal dan ‘balanced’ untuk semua tetapi sukar dilakukan dalam waktu terdekat sehingga kita sudah ada cukup tenaga pengajar.
2. Di institusi B pula, kami belajar secara rasmi dari pukul 8 pagi hingga 7 petang, dengan banyak waktu ‘break’ dan banyak ‘double period’ i.e. kelas selama 1 jam setengah atau dua jam. Cuma hari Rabu setengah hari, dengan waktu petang Rabu khusus untuk aktiviti kelab, sukan atau ‘voluntary service’ (cth: saya ambil combo-type ‘Sports for Disabled i.e. kita bersukan sambil membantu OKU bersukan). Setiap hari juga jam 7.30 pagi – 8 pagi khusus untuk aktiviti agama, begitu juga malam Jumaat hingga jam 10 malam. Oleh kerana pembelajaran meliputi hari Sabtu, setiap bulan kami ada extended weekends.
Contohnya:
Minggu 1 : Isnin – Sabtu
Minggu 2 : Isnin – Sabtu
Minggu 3 : Isnin – Sabtu
Minggu 4 : Isnin – Rabu pagi (Rabu petang -Ahad cuti)
Mungkin ini adalah jadual yang lebih ‘fair’ untuk semua memandangkan
(i) pelajar dan pensyarah yang datang dari jauh seperti K’tan dan Utara juga ada option untuk balik kampung,
(ii) masalah pensyarah mengajar 3-5 jam tanpa henti juga dapat diatasi
(iii) mindset ‘Sabtu itu cuti’ juga dapat diubah
(iv) kursus (seperti kem bahasa Arab) / aktiviti kelab / sukan juga boleh dirancang semasa ‘extended weekend’ dan dijalankan dengan ‘attention yang lebih ‘single-minded’?
(v) penjimatan kos boleh berlaku kerana penerbangan (MAS/Air Asia/Firefly), sewaan pengangkutan dan fasiliti untuk ‘travel’, kursus dsbnya ini lebih murah pada waktu pertengahan minggu.
Bagaimana? Bersedia untuk bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian?
Sebagai penutup, ramai antara kamu di KOS tahu sesetengah pensyarah di KOS mempunyai banyak subjek dan jumlah waktu mengajar yang banyak. Tiada yang lebih menggembirakan seorang pensyarah lain daripada mendapat saudara-saudara didikan yang bersemangat dan perihatin kepada pelajaran mereka. Luahan rasa seperti ini kami sambut dengan gembira dan berharap luahan ini benar-benar ‘representative’ kepada komuniti pelajar di UIA (KOS khususnya) dan semangat belajar mereka.
Disclaimer: The text sent to the newspaper was not written by me.
saya rasa sepatutnya pelajar berasa bersyukur kerana da banayak kemudahan universiti sediakan. sangat berbeza di korea selatan yang saya tinggal sekarang, yuran satu sem paling murah adlah 12ribu ringgit satu sem..dan belajar tak kira hari minggu atau tidak, tapi takdelah mereka merungut dan sudah jadi budaya pelajar-pelajar sekolah menengah di sini ke kelas pada hari sabtu. sebab nak complete. bila patriotisme(korean majoriti athiest..takde agama) dijadikan priority sebab nak compete ngn negara lain dan kerana negara, mereka sanggup tanpa erti penat dan lelah.
jadi kita..kalau belajar keranaNya, InsyaAllah tiada masalh..
cumanya mungkis pihak pengurusan dapat menyusun atur kembali jadual saya kira..
gunakan konsep win and win bukan adopt & adpt..
gunakan perwakilan pelajar anda..
jangan perwakilan pelajar menjadi pencacai pihak universiti tetapi memahami student..InsyAALLAH..
Saya tak berpuas hati ngan transport di uia kuantan. Tak tepat. Ikot suke suki. Kemudahan juga kurang, dari segi kiosk n atm yg rosak. Ke bandar juga susah.
Bagi saya tak semua palajar have the best physical condition…. Hari ini sy hampir pengsan stelah bebeharapa hari struggle belajalan ulang alik ke kuliah dari 830 am hingga 5 pm. Pas balik bilik tak bole buang mase pulak.. banyak tugasan menanti… Semua tugasan kene submit on time.. Ptg2 tak sempat nak riadah.. Nak riadah .. tp dah letih sangat.. Nak buat tugasan pun tak dpt focus..
Kalau ade class Sabtu sy terime jek dengan hati terbuka tetapi sy mmmg tak pati adakah sy akan dpt bekerja dengan efektif dengan setiap aper yang sy buat. Berungtunglah saudara moon tu.. kelihatan cara dia bercakap .. dia mmg mempunyai daya tahan yang baik… Sungguh cemburu denganya… Tetapi student seperti saya ape kan daya… Hanya tuhan lah menjadi tempat mengadu segala kesulitan dan sumber kekutan…. Mungkin inilah ujian buat diriku …. Sungguh ku tidak berdaya mengharungi semua ini tanpa bantuan dari yang maha esa…
Yang menulis di akhbar tu bukanlah dia malas, dan ponteng kelas sabtu tu..
Dia menulis dengan harapan keadaan akan menjadi lebih baik,
samada pentadbir ambil pusing atau tidak,
belajar tetap kene belajar… dan saya percaya dia masih lagi pergi ke kelas sabtu seperti dijadualkan…
Tak perlu la mendakwa-dakwa pelajar sekarang banyak songeh ke ape…
Dan tak perlu la bandingkan negara-negara luar…
Negara luar mmg belajar macam nak mati,
tapi kita ni ade nilai-nilai masyarakat tersendiri…
Kita takleh la nak masuk fear factor sbb kene makan bende2 merepek2,
kite tak leh la masuk amazing race sbb kite kene respek waktu solat,
kite juga takkan jadi pemain bola sepak terhebat dunia sbb nilai masyarakat kita masih mementingkan kejayaan akademik dan kerjaya yang stabil berbanding kerjaya sukan sepenuh masa,
tapi adekah kita rugi tak dpt buat bende2 tu?
Tak pun, kite masih survive sehingga ke perdana menteri ke enam!
Dan pasal belajar berturut2 samaai 5-6 jam, bukan rahsia lagi bahawa ia tak membawa apa2 erti.
bukan sedikit research antarabangsa pasal tahap fokus manusia,
tahap keberkesanan pembelajaran dgn membandingkan bilangan pelajar dalam kelas…
google la kat internet tu byk je..
Bukan sekali lulusan universiti lain ketawa sinis
dengan pengeluaran student yang terlalu banyak oleh uia
“WOW.. MASS PRODUCTION!” kata mereka…
tp itulah yang uia harus lakukan untuk terus mendapat
fund daripada government, walaupun sepatutnyer tak boleh sbb uia syarikat!
bygkan kalau uia xamik byk2.. makin byk la student kene masuk ipts walaupun spm sama cemerlang dg pelajar2 ipta!
so bile student uia terlebih ramai sbb nak bagi muka u lain yang senior
jaga standard n kuota n mengejar2 kedudukan terbaik dunia,
uia harus survive dgn pelbagai cara termasuklah mewajibkan semua student dok dlm kampus (nak dok luar pulak kene mintak kebenaran, terbalik plak dgn u lain) melambakkan pelajar sampai pernah 80 org satu section (ade lagi byk tak?) dan kelas pada hari sabtu.
hasilnya pelajar uia lebih berkerja keras dan lebih independent!
Alhamdulillah, on the bright side, pelajar kita dapat demand tinggi
kat gov mahupun swasta! Pelajar uia lebih konfiden berbahasa Inggeris tak kira apa kos sekali pun, pandai buat kerja, common sense tinggi dan byk lagilah!
So kepada para hadirin kelas Sabtu, banyakkan bersabar k!
Bincanglah dgn lecturer, lecturer pun manusia jugak,
die mesti appreciate idea korang nak bagi lecture lebih interesting n x boring!
Two ways communication always spice up the atmosphere, risik2 la ape yang nak dilecturekan, sebelum die bagi point terjah terus dgn soalan2 cepu emas!
Pelajar uia boleh!
aku sayang korang!
[...] entri Jadual kuliah bebankan pelajar yang dikirimkan di blog komuniti ini pada Oktober 2008, saudara Alang Tengah Biru Kundang ada [...]