Skip to content
 

Pelajar UIA mahu berehat Sabtu

SAYA adalah seorang daripada ribuan pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia. Saya mewakili pelajar lain ingin menyatakan ketidakpuasan hati kami berikutan tindakan UIA mengadakan kelas pada Sabtu.

Pihak UIA seharusnya peka terhadap perkara ini. Jika UIA mengadakan kelas pada hari itu sudah pasti akan mengganggu kualiti dan keselesaan hidup pelajar. Pelajar tidak dapat mengadakan aktiviti lain seperti berehat dan pulang ke kampung.

Pelajar juga memerlukan masa berkualiti bersama keluarga di kampung. Meluangkan masa bersama keluarga sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan pelajar.

Jika jumlah jam kredit menjadi masalah bagi UIA lalu membuat kelas pada Sabtu, mengapa universiti lain di Malaysia, contohnya Universiti Malaya (UM) tidak mengadakan kelas pada hari itu? Pelajar di kedua-dua universiti dihadkan mengambil jam kredit dalam lingkungan 21 jam. Tetapi pelajar di UM tidak mempunyai kelas pada hari itu.

Saya berharap pihak pengurusan universiti menyusun jadual dengan cekap tanpa membebankan kehidupan pelajar.

Saya percaya, setiap kursus mempunyai tugasan yang banyak. Jika UIA tidak mengadakan kelas pada Sabtu, kami boleh memperuntukkan Sabtu dan Ahad untuk membuat tugasan dan mengulangkaji pelajaran. Ini membolehkan kami meningkatkan produktiviti kami dalam tugasan mahupun pelajaran.

Oleh itu, kami berharap pihak pengurusan UIA dapat mengambil tindakan sewajarnya. Kehidupan seharusnya seimbang seperti rohani dan jasmani. Begitu juga proses pembelajaran dan keluarga.

Saya percaya, jika pelajar seronok belajar, produktiviti juga akan meningkat, sekali gus akan meningkatkan nama UIA.

PELAJAR TERKILAN,
Petaling Jaya, Selangor.

Source: Berita Harian Online

szakif has blogged 57 posts in IIUMbloggers.
Blog URL: http://szakif.blogspot.com

19 Comments

  1. As says:

    hehe. Saya terkilan jugak.
    kelas 7 hari seminggu..
    tiap2 minggu..
    8.30am-4.oopm..

    setuju dengan usul2 dalam artikel ni.
    UIAM boleh berusaha untuk membuat pengurusan yang lebih baik, inilah kerja pihak UIAM, menyusun jadual dengan baik, mencari tenaga pengajar yang cukup.
    Kerja kami sbg pelajar adalah belajar..
    :)

    Tapi setakat ni memang belajar untuk bersyukur dan menerima lah sebab dah 3 semester berturut kelas weekend penuh :)

    satu lg faktor mungkin jumlah mata pelajaran yang banyak. Saya ada 11 subjects semester. Setiap sem memang lingkungan 10-11 subjects.

    Tapi pasti ada cara yang pihak admin boleh fikirkan untuk tidak membebankan pelajar. Sabtu dan ahad boleh digunakan untuk selesaikan tugas2 lain, tidak lah terlalu rasa sesak nafas menyelesaikan tugasan :D

  2. myadlan says:

    alahai. sape la yang antar benda ni kat BH plak?

    kalau dah umah dekat memang la boleh balik selalu. cuba fikir orang yang dok jauh. balik kampung pun 2-3 kali je satu sem.

    Sorry to say la. but for CFS students out there, please grow up and be a matured person.

  3. ashraflatif says:

    hahaha. dak2 cfs mmg ar. kalu yang dok kelantan? sabah? johor? ni mesti pasal rumah dia kat seksyen 14 jek ni.

  4. KampungBoy says:

    Diharap permohonan korang diterima. Kesian juga student Uia.

  5. limaumaniss says:

    selama ni bukan ke ada aktiviti kokurikulum hari sabtu…tak jd masalah pon? tapi kenapa bila time nk buat kelas timbul masalah pula?

  6. Faridi says:

    yes, i totally agree with this idea,
    i am a first year student and really not comfortable with Saturday morning classes (Halaqah)… some of my pals even though they are not form KOE or KAED they manually register for Wednesday halaqah classes rather than the annoying Saturday class…
    i have a suggestion for cocu subjects… why not put it on Friday nights or evenings, cause i assume that for most non-engin non-Kaed students they are quite free on Friday except maybe some tutorials here or there, but i think it can be arranged….
    what do you think guys!!!!!

  7. Matt says:

    1 way or another they got 2 change da saturday class…cause weekends r da only days any student gets 2 chill out…

  8. cikselampit says:

    i agree with adlan. you should be more realistic la my adik2.

    kalau uia tak buat kelas hari sabtu, budak2 akan habiskan duit scholar setiap ujung minggu. pastu mula la bising bila lecturer suh beli buku. mahal konon.

  9. Gravin says:

    Habiskan duit scholar every saturday yang takde kelas? What kind of stupid assumption is that? In that case why not make sure every day of the semester is filled with lectures and not give the students any chance to get out of the campus, go to 7-Eleven or even go HOME for that matter? Who knows they might use it on, oh I dunno, toothpaste or magazines or taking the taxi when they should be walking? Haha

  10. aku says:

    alah x dpt kuar date ar tuh..huhuhuhu..

  11. mizam says:

    Askum.. student skang ni manja.. nak berehat la konon… nak balik kampung.. wake up la.. masa rehat adalah apabila korang dah capai cita2 korang.. NOT NOW… kalau yang mintak ni student medic tahan la lagik.. please la..

  12. szakif says:

    dear basri hanafi, we’ve deleted your comments.

    with all due respect, the Admin of this community blog do not want any rumours or unidentified yet unverified accusations to be included here. thanks.

  13. kemon la says:

    kemon la wei…kalo xde kls bnyk lg benda yg boleh dibuat. korang ni buat assumption…assumption n ass….pnh x korg survey, or at least tgk ape benda yg org buat kalo xde kls. cnthnya aku…aku bnyk setel kn kje skolah n borak2 ngan kwn…kemon la..lol!

  14. zzzz says:

    g mam** la admin..itu pun xleh publish ke..

  15. deenaly says:

    salam…

    regarding this issue, please try to get some explanation from the administration of your respective department. Using MSCC as “orang tengah” is a good thing, but if it only involves your department, then you should have no problem addressing your problem to them.

  16. atbk says:

    Weekdays shud be weekdays.. Weekends shud stay as weekends!
    Let the minds work freely on these two days! (Saturday and Sunday)
    I will never register any class on weekends,
    but if no choice… then must go ma!
    This entry was meant to request the admin to consider the issue…
    not in anyway shows the author such a lazy guy, pampered son,
    wasting scholarship/loan whatever.

    You’ll regret if u don’t make use of these weekends doing
    what you like… coz you might probably dan’t have any
    “weekends” anymore once you start your career!

    Don’t be a robot, be human instead!

  17. Lukman Hasan Aero says:

    I like cuti..hehe

  18. fring says:

    adlan&ashraflatif – pe masalahnye pon klau die antar kt BH….??bia arr org tau….br telus….mslh mamat ni die ade clas ari sabtu…..die minx xde clas ari sabtu…..asal kau nk same kn ngn student yg duk jauh….?then klau dorg duk jauh,blk umah 2,3 kali je 1 sem,sume student nk kne ikot dorg…??same ade die nk blk ke x ke,bia jer arr….die nk blk nk jumpe family, nk rapatkan hubungan keluarge,slh ke bro….??ke kau kne buang dah xde keluarge…..??kau tu yg kne jd matang…..
    cikselampit – seriously aku pon xtau camne kau bleh tulis cam2…..camne kau gune otak kau nk pk ek…?ape pye assumption ntah….lembu pon x pk cam kau arr…..so kne bwt clas ari sabtu arr in order nk larang student drpd berbelanje…..??come on laa….klau dorg nk habiskan duit scholar tu, isnin,slase,rabu,khamis,jumaat pon dorg da boleh abiskan laa….lg2 plak slase ade psr malam…..ticket nk kua uia…..dorg da besa laa…..duit bg kat dorg…..dorg pndai2 ar pk cane nk gune duit tu…..budget…..klau lecturer suruh bli buku then dorg bg alasan mahal,xde duit,tu masalah dorg sendri la….sape suruh xpndai budget……pndai2 arr dorg call mak bpk dorg minx duit….dorg kne marah ke ape ke lantak arr….pndai2 arr settle….xde kne mngene pon ngn clas ari sabtu…..!!

    komen aku……sabtu & ahad = cuti…..kite manusia biase…..kite ade otak…..5 ari stret da ade clas….bg la bdn & otak kite rehat plak….mcm machine gak…..kne rehat….u all gune laptop pon u all off gak kn…..in fact sabtu ahad pon dorg x bley rehat mne pon….mesti dorg ade assignment….so tym ni la dorg nk complete kn siket2 mne2 yg xlengkap lg…..hadoii…..

    • abyadh says:

      relax fring, huhu, sabar2… diorang hanya bagi pendapat je…dan pendapat aku pulak, ko komen kat cik selampit,

      “cikselampit – seriously aku pon xtau camne kau bleh tulis cam2…..camne kau gune otak kau nk pk ek…?ape pye assumption ntah….lembu pon x pk cam kau arr…..”

      dan aku komen kat ko pulak, “lembu x pk mcm cikselampit, sebab lembu takde akal macam cikselampit, seorang manusia yang ada akal,huhuhu”

      dan lagi satu, tak payah tunggu sabtu ahad nak rehat, tiap2 hari Allah bagi rehat, suruh kita tidur. Kalau alasan kerja banyak sampai kena stay up x boleh tidur, itu salah student tu sendiri laa sebab tak pandai urus masa.

      bak kata nabil, “lu fikirlah sendiri dik” huhu

Leave a Reply