Skip to content
 

UIAM juara debat


PELAJAR-pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) meraikan kejayaan mereka sebagai Johan Debat Kepenggunaan Antara IPTA/S dan Institut Perguruan 2008 di Universiti Multimedia Melaka (MMU), Bukit Beruang, Melaka, semalam

MELAKA 20 Okt. – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) muncul johan Pertandingan Akhir Debat Kepenggunaan antara institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) serta institusi perguruan Ke-4, di Universiti Multimedia di sini hari ini.

UIAM diwakili Syazwan Shuhaimi, 22, Nurul Husna Ahmad, 21, Farhan Nor Diyana Samsudin, 21 dan Mohd. Firdaus Zainal Abidin, 20, mengalahkan pasukan pencadang daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan tajuk perbahasan Kuasa Pengguna Menentukan Harga Barang.

Kemenangan tersebut melayakkan UIAM sebagai pasukan pembangkang membawa pulang piala iringan, sijil dan wang tunai RM7,000 manakala UPM pula mendapat hadiah iringan, sijil dan RM5,000.

Pendebat mewakili UIAM, Farhan turut diumumkan sebagai pendebat terbaik yang menerima piala iringan dan RM500.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Daud Tahir.

Hadir sama, Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu.

Menurut N. Marimuthu, pertandingan tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti sambutan Hari Pengguna Malaysia dengan KPDNHEP.

“FOMCA juga memainkan peranan aktif dalam memperluaskan lagi pendidikan pengguna, pengendalian aduan, penyelidikan serta kempen yang berkaitan isu kepenggunaan.

“Diharapkan, program pendidikan pengguna ini akan mewujudkan generasi baru yang menjadi pengguna bijak serta berfikiran kritikal ke arah penggunaan lestari,” katanya.

Pertandingan anjuran FOMCA dan Persatuan Pengguna Standard Malaysia (Standard Users) yang bermula sejak Jumaat lalu itu disertai 32 pasukan yang terdiri daripada 16 IPTA, enam IPTS dan 10 institusi perguruan.

Sementara itu, Farhan ketika ditemui berkata, pasukannya membuat persiapan dengan ke pejabat FOMCA untuk mengetahui lebih mendalam mengenai isu-isu semasa kepenggunaan.

“Kami akan menonton berita setiap hari dan saling bertukar-tukar pendapat selain melihat keratan akhbar terutamanya Kosmo yang banyak membawa isu-isu kepenggunaan.

“Setiap hari, sejak dua minggu lalu, kami telah berlatih berdebat selama empat jam dan ternyata usaha tersebut berbaloi dengan kemenangan ini,” katanya.

Credit to: Utusan Online

szakif has blogged 57 posts in IIUMbloggers.
Blog URL: http://szakif.blogspot.com

3 Comments

  1. limaumaniss says:

    congrats…well done!!
    tak sia2 berlatih 4 jam sehari… :)

  2. Ummu Auni says:

    organised by MMU? love hate relationship, i did my undergrad study there :) .

    congrats IIUM and congrats MMU for organising such event :)

  3. cfs nilai says:

    congrtulti0on…camnilah!slmt maju jaya

Leave a Reply