Cinta di UIA bermula di pagar pemisah?

“Biasalah cinta-cintun remaja ini, bukan sekadar uia, universiti lain pun sama. Tak salah bercinta tetapi janganlah “over”", bisik hatiku ketika memandang pagar di sempadan Mahallah Zubair dan Mahallah Safiyyah.

Pagar tersebut tidaklah menghairankan. Tetapi apa yang membingungkan, kawasan tersebut sudah menjadi pusat ‘monyet-monyet’ meluahkan perasaan cinta mereka.

Tidak kira pagi, petang mahupun malam, kawasan tersebut sentiasa dipenuhi dengan gejala ‘dating’ yang berterusan sejak Mahallah Zubair menggantikan Mahallah Ameenah (mahallah lama). Semakin hari semakin ramai pasangan-pasangan di sekitar pagar tersebut seolah-olah gejala tersebut tidak salah.

Jadi, apa pandangan anda dalam menangani gejala ini?

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • Facebook

About the Author
Nickname : hasbi (Click to see other posts)
Blog : http://hasbimendez.blogspot.com
About:
Number of post : 8 post(s)

15 Comment(s)

  1. Dah lama tak jalan kat Zubair tu. tak sangka jadi tempat dating pula. Rasanya langkah terbaik ialah memindahkan Mahallah Safiyyah. Tak silap saya, disebabkan beberapa orang pelajar OKU lebih selesa untuk ulang alik antara Safiyah dgn Kulliyah.

    Just wait and see. Kalau dah takde mahalah sisters kat situ, pasti takde orang dating di situ lagi.

    myadlan | Nov 14, 2008 | Reply

  2. heh.kadang2 bila dah mlm sangat tu saye sound je. ada muka2 yang everynite dok dating kat tepi tu.

    ain. i4.7

    ain | Nov 16, 2008 | Reply

  3. salam mujahadah,

    “Biasalah cinta-cintun remaja ini, bukan sekadar uia, universiti lain pun sama. Tak salah bercinta tetapi janganlah “over””

    Sekadar pendapat. Sy kurang bersetuju dengan pernyataan di atas. Apakah maksud ” tak salah bercinta tapi janganlah over?” boleh jelaskan tak sbb takut sy salah faham.

    faidhi | Nov 17, 2008 | Reply

  4. owh..hm ni pendapat sy la..bg sy, bercinta tu perasaan hati yg susah nk dielakkan. Ada je yang bercinta tetapi tidak pernah berjumpa, ada bercinta selepas kahwin. Cinta yg paling byk sy tengok sekarang cinta sebelum kahwin. Cuma ramai yang bercinta dengan reaksi yg melebih-lebih seperti dating, etc..

    kalau saudara ada pendapat lain, bole kongsi bersama kerana sy juga sedang bercinta.

    hasbi | Nov 17, 2008 | Reply

  5. Boleh terangkan bagaimana batasan-batasan cinta yg sedang anda lalui sekarang? Dan juga bagaimanakah cinta yang tidak melebih2 itu? Maksud saya secara umum. Tidak bermaksud menjaga tepi kain. Maaf.

    faidhi | Nov 17, 2008 | Reply

  6. hm..sy tak pasti jika jawapan sy ni memuaskan hati saudara faidhi. Tetapi apa yang sy cuba cakapkan ialah, batasan-batasan bercinta seperti dalam pergaulan.

    Dating is not necessary. Tak perlu langsung. Kalau nak berjumpa pun, janganlah berdua. Dan apa prinsip yg sy pegang sekarang, bila dah bercinta, segerakan lah berkahwin kerana dikhuatiri semakin lama bercinta, semakin banyak benda boleh berlaku.

    Saya masih berusaha dan belajar.

    hasbi | Nov 18, 2008 | Reply

  7. bak kata ustazku:
    “bila cinta sudah melekat, taik kambing dibilang coklat”

    syarief | Nov 20, 2008 | Reply

  8. Salam kawan2,

    Saudara hasbi, Saya ada satu artikel nak kongsikan bersama. Artikel ni agak panjang. Saya harap pembaca dapat membaca sampai habis.

    Couple Haram ke???

    Tentu ramai yang tertanya-
    tanya. Tidak
    kurang juga yang tidak berpuas hati
    dengan pernyataaan di atas. Ada yang
    kata hukumnya harus. Mungkin ada yang
    kata makruh. Sememangnya kenyataan ini
    menimbulkan banyak kontroversi,
    lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi
    sekarang.

    Apa Itu Ber’couple’?

    Ber’couple’ merupakan suatu tradisi
    atau
    budaya yang telah dibudayakan oleh
    masyarakat remaja kini. Bermula dengan
    saling berpandangan mata, kemudian
    turun
    ke hati. Kemudian mereka akan saling
    mengutus senyuman dan cinta mula
    berputik. Bila rasa dah cukup sedia,
    masing-masing mula `masuk line’. Ade
    yang…
    berbalas-balas nota, bagi yang lebih
    `advance’, teknologi SMS digunakan.
    Akhirnya apabila dua insan berlawanan
    jantina ini sudah saling suka-
    menyukai,mereka akan mengisytiharkan ikatan
    percintaan mereka dan kemudian
    ber’couple’.

    Pasangan kekasih ini akan merapatkan
    hubungan mereka serapat-rapatnya.
    Kalau
    di kelas, buat study group ataupun
    group
    discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad
    ucapan `hand made’ yang pelbagai warna
    dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang
    mengikuti peredaran semasa, teknologi
    SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata
    ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar
    kepada saya-awak, atau bagi mereka yang
    lebih intim, abang-sayang dan
    sebagainya.
    Kalau diperhatikan pasangan-pasangan
    yang sedang asyik dilamun cinta
    ini,hidup mereka tidak menentu,
    diibaratkan `makan tak kenyang,tidur
    tak
    lena, mandi tak basah’.
    Ungkapan- ungkapan cinta
    seperti `sayang
    awak’, `love you’, `miss you’ dan
    sebagainya akan menjadi sebahagian
    ucapan harian mereka. Sentiasa ceria
    dan
    tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia
    yang datang bertandang ke hati. Ada
    pasangan yang serius, sampaikan sanggup
    berjanji nak sehidup-semati. Sanggup
    bersumpah , setia hingga ke akhir
    hayat.
    Ada juga yang hanya sekadar
    bermain-main, untuk suka-suka, dan
    sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam
    yang boleh dilihat daripada pasangan
    yang ber’couple’ ini. Ada yang boleh
    meneruskan hubungan hingga ke jinjang
    pelamin dan ada juga yang kecundang di
    pertengahan perlayaran di lautan
    percintaan masing-masing.
    Mengapa Ber’couple’ Haram?

    Ya,mengapa? Sekarang kita kembali
    kepada
    persoalan pokok. Di sinilah timbulnya
    kontroversi di antara kita. Bagi yang
    ber’couple’, sudah tentu perasaan ingin
    tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai
    hujah ingin dikeluarkan bagi
    mempertahankan kesucian cinta mereka
    itu.

    Sebagai seorang muslim, untuk menjawab
    persoalan ini, kita perlulah merujuk
    kembali kepada manual kita yang telah
    digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu
    Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah
    yang telah diwasiatkan kepada kita oleh
    junjungan besar kita Nabi Muhammad
    S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan
    hidup kita.

    Ada yang berkata, Allah telah
    menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki
    dan perempuan, mengapa tidak boleh
    bercinta atau ber’couple’? Memang tidak
    dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada
    berfirman, seperti dalam Surah Yasin
    (36)
    ayat 36: “Maha Suci Tuhan yang telah
    menciptakan pasangan-pasangan semuanya,
    baik dari apa yang ditumbuhkan oleh
    bumi
    dan dari diri mereka maupun dari apa
    yang tidak mereka ketahui.” Dan juga
    firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49)
    ayat 13: “Hai manusia, sesungguhnya
    Kami
    menciptakan kamu dari seorang laki-laki
    dan seorang perempuan dan menjadikan
    kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku
    supa ya kamu saling kenal mengenal.
    Sesungg uhnya orang yang paling mulia
    di
    antara kamu di sisi Allah ialah orang
    yang paling bertakwa di antara kamu.
    Sesungguhny a Allah Maha Mengetahui
    lagiMaha Mengenal.”

    Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak
    menjelaskan yang kita boleh mengadakan
    hubungan percintaan dan berkasih
    kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan
    mahram. Banyak larangan Allah dalam
    Al-Quran yang melarang hubungan-
    hubungan
    ini. Percintaan bermula dari mata.
    Firman Allah, “Katakanlah kepada orang
    laki-laki yang beriman: “Hendaklah
    mereka menahan pandangannya, dan
    memelihara kemaluannya; yang demikian
    itu adalah lebih suci bagi mereka,
    sesungguh nya Allah Maha Mengetahui apa
    yang mereka perbuat.” Surah An-Nur(24)
    ayat 30. Dalam ayat ini, jelas Allah
    telah memerintahkan kita supaya kita
    menjaga pandangan kita daripada
    memandan g perkara-perkara yang
    dilarang,
    termasu klah memandang wanita bukan
    mahram serta wajib bagi kita menjaga
    nafsu. Perintah ini bukan ditujukan
    kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat
    yang
    seterusnya Allah berfirman, “Katakanlah
    kepada wanita yang beriman: “Hendaklah
    mereka menahan pandangannya, dan
    memelihara kemaluannya, …” Surah
    An-Nur(24) ayat 31. Dua ayat dari Surah
    An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam
    sukatan matapelajaran Pendidikan
    Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para
    pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih
    jelas akan perkara ini. Daripada ayat
    ini jelas Allah melarang lelaki dan
    perempuan bukan mahram daripada saling
    berpandang -pandangan dengan niat untuk
    suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan
    hawa nafsu.

    Dalil yang lebih kuat menetang hubungan
    percintaan ini terdapat dalam Surah
    Al-Israa’(1 7) ayat 32: “Dan janganlah
    kamu mendekati zina; sesungguhnya zina
    itu adalah suatu perbuatan yang keji
    dan
    suatu jalan yang buruk.” Ayat ini
    memang
    cukup popular di kalangan kita. Ramai
    yang apabila ditegur dengan ayat ini
    akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami
    berbual-bual je” , “Kami keluar makan
    je” dan “Kami main SMS je.” Dan
    pelbagai
    1 001 alasan lagi. Para pembaca,sila
    teliti firman Allah tadi.Dalam ayat
    ini,
    Allah melarang kita mendekati zina.
    Allah menggunakan kalimah `walaa
    taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya
    kalimah `walaa ta`maluu’ (jangan
    melakukan ). Ini menunjukkan, walaupun
    kita hanya mendekati zina, ia sudah pun
    HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas
    dengan maksud menghampiri di sini. Biar
    kita ambil contoh, jarak kita dengan
    dewan adalah 50 meter. Apabila kita
    melangkah setapak ke arah dewan, jarak
    antara kita dan dewan adalah 49.8
    meter.
    Inilah dikatakan menghampiri dewan.
    Jadi, bercinta sebelum kahwin dan
    ber’couple’ adalah menghampiri zina,
    dan
    menghampiri zina adalah HARAM.

    Ini adalah dalil-dalil daripada
    Al-Quran . Bagaimana pula dengan hadis
    rasul kita, Nabi muhammad S.A.W.? Dalam
    hadis, baginda rasulullah telah
    memperincikan jenis-jenis zina.
    Daripada
    Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W.
    bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala
    telah menetapkan nasib anak Adam
    mengenai zina. Tidak mustahil dia
    pernah
    melakukann ya. Zina mata ialah
    memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati
    ialah keinginan dan syahwat,sedangkan
    faraj (kemaluan) hanya menuruti atau
    tidak menuruti.”* Hadis kedua; Daripada
    Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W.
    sabdanya’ “Nasib anak Adam mengenai
    zina
    telah ditetapkan. Tidak mustahil dia
    pernah melakukannya. Dua mata, zinanya
    memandang . Dua telinga, zinanya
    mendengar . Lidah, zinanya berkata.
    Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya
    melangkah . Hati, zinanya ingin dan
    rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya
    mengikuti atau tidak mengikuti.”** (Dua
    hadis di atas adalah sahih dan
    diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu
    Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan
    Ghayatul-Mara m. *Sahih Muslim, hadis
    ke
    2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)

    Daripada dua hadis ini, jelas
    rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina.
    Apabila kita memandang Si Dia dengan
    sengaja,menatapi wajahnya, dan
    sebagainya, zina mata berlaku. Apabila
    lidah kita digunakan untuk mengeluarkan
    kata-kata manis serta puitis, untuk
    memenangi hati Si Dia, membuatkan Si
    Dia
    tertarik kepada kita, lidah berzina.
    Apabila kita mendengar serta menghayati
    kelunakkan suaranya, telinga berzina.
    Apabila berpegangan tangan, berjalan
    bersama ke arah menghampiri zina,
    tangan
    dan kaki berzina. Tetapi, yang paling
    bahaya ialah, apabila kita merindui Si
    Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya,
    keacantinkannya, ketampanannya, sifat
    penyanyangnya, betapa kecintaannya
    kepada kita, zina tetap berlaku.
    Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera,
    hati
    boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu
    hubungan percintaan itu tidak
    melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran
    dan perasaan. Sudah terang lagikan
    bersuluh,
    percintaan sebelum berkahwin dan
    ber’couple’ adalah menghampiri zina dan
    hukumnya adalah HARAM.

    Apa Yang Patut Dilakukan?
    Bagi yang belum terjebak, adalah
    dinasihatkan jangan sekali-kali
    menjerumuskan diri ke lembah
    percintaan .
    Susah untuk meninggalkan suatu
    perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai
    kenikmatannya. Silap-silap boleh
    terlanjur dan langsung tidak dapat
    meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah
    terjebak, sedang, ataupun yang mula
    berjinak-jinak dengan percintaan,
    sedarlah. Segeralah kita meninggalkan
    perbuatan maksiat yang tidak diredhai
    lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya
    kita terus melakukan dosa demi
    meneruskan hubungan terlarang ini demi
    mendapatkan kebahagiaan duniawi yang
    sementara ini. Hanya satu jalan sahaja
    yang menghalalkannya iaitu melalui
    ikatan pernikahan.

    Bagi pasangan-pasangan yang benar-
    benar
    seriu s, diingatkan, semakin manis
    hubungan sebelum berkahwin, semakin
    tawar hubungan selepas menjadi suami
    isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta
    atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga
    mereka boleh dilihat sehingga kini
    tanpa
    melalui zaman percintaan yang diimpikan
    remaja-remaja kini.
    Setiap dari kita tentu mengidamkan
    pasangan hidup yang baik. Kita tidak
    mahu pasangan kita seorang yang tidak
    beriman. Seburuk-buruk perangai
    manusia,
    dia tetap menginginkan seseorang yang
    bain sebagai teman hidupnya. Firman
    Allah, “Wanita-wanita yang keji adalah
    untuk laki-laki yang keji, dan laki-
    laki
    yang keji adalah buat wanita-wanita
    yang
    keji (pula), dan wanita-wanita yang
    baik
    adalah untuk laki-laki yang baik dan
    laki-laki yang baik adalah untuk
    wanita-wanita yang baik (pula).” Surah
    An-Nuur(24) ayat 26. Janji Allah, dia
    akan mengurniakan kepada lelaki yang
    baik-baik dengan perempuan yang
    baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah
    akan berikan yang baik, denagn syarat,
    kita juga berusaha menjadi baik serta
    meilih jalan yang baik serta
    diredhai-Nya. Bagaimana hendak
    mendapatkan sebuah keluarga yang
    bahagia
    serta diredhai Allah jika pokok pangkal
    permulaannya sudah pincang, tidak
    berlandaskan Islam serta tidak
    diredhai
    Allah? Mungkin pada mulanya kita
    menganggap perkara yang kita lakukan
    ini
    cukup baik, niatnya baik, caranya pun
    kita rasakan cukup baik.tetapi
    sebenarnya, ia adalah rencana syaitan
    yang membuatkan kita kabur memandang
    perbuatan yang kita lakukan itu.
    Firman
    Allah, “Dan setan menjadikan mereka
    memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia
    menghalangi mereka
    dari
    jalan (Allah), sedangkan mereka adalah
    orang-orang yang berpandangan tajam.”
    Surah Al-`ankabut(29) , ayat 38.

    Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan
    perempuan tdak dibenarkan bergaul
    terlalu rapat, sehingga menjadi teman
    karib dan sebagainya. Lelaki tidak
    boleh
    mengahampiri perempuan dan perempuan
    tidak boleh menghampiri lelaki sesuka
    hati tanpa sebab. Tetapi Islam
    membenarkan apabila ada keperluan dan
    tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya
    apabila ditugaskan mengadakan
    perbincangan dalam kumpulan besar yang
    melibatkan lelaki dan perempuan atau
    perlu berbincang mengenai sesuatu yang
    penting. Untuk berbual-bual kosong atau
    bergurau senda tanpa tujuan tertentu
    adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi
    untuk saling meluahkan perasaan dan
    sebagainya. Cukuplah kaum sejenis
    sendiri untuk dijadikan teman karib dan
    tempat berbincang masalah.

    Perasaan suka dan cinta adalah dua
    perkara yang berbeza. Tak salah bagi
    seseorang lelaki untuk menyukai
    seseorang perempuan dan seseorang
    perempuan menyukai seorang lelaki.
    Tapi,
    perasaan ini tidak boleh dilayan dan
    difikir-fikir kan kerana ianya
    merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada
    zina
    hati. Sepatutnya apabila kita terfikir
    mengenai perkara-perkara ini, kita
    hendaklah menepisnya dan berhenti terus
    daripada memikirkannya. Firman Allah,
    “Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan
    setan, maka berlindunglah kepada Allah.
    Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi
    Maha Mengetahui.” Surah Al-A’raf ayat
    201.

    Para pembaca adalah diingatkan, semua
    hujah-hujah yang telah diberikan adalah
    berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah,
    perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika
    kita
    menolaknya, sebenarnya kita menolak
    perintah Allah dan Rasul.
    Na’uzubill ah..
    Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8),
    ayat 20-22, “Hai orang-orang yang
    beriman, taatlah kepada Allah dan
    Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling
    daripada-Nya, sedang kamu mendengar
    (perint ah-perintah- Nya),(20 ) dan
    janganlah kamu menjadi sebagai
    orang-orang (munafik) yang berkata:
    “Kami mendengarkan, padahal mereka
    tidak
    mendengarka n.(21) Sesungguhnya makhluk
    bergerak yang bernyawa yang paling
    buruk
    pada sisi Allah ialah orang-orang yang
    pekak dan tuli (tidak mendengar dan
    tidak memahami kebenaran) yaitu
    orang-orang yang tidak mengerti.(22) .
    Orang yang paling buruk dalam
    pandanganAllah ialah mereka yang tidak mahu
    menuruti perintah-perintah Allah.
    Janganlah kita tergolong dalam golongan
    ini. Balasan bagi golongan ini ialah
    neraka jahannam seperti firman Allah
    dalam Surah Aj-Jaatsiyah( 45) ayat 7-
    11 :
    “Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-
    tiap
    orang yang banyak berdusta lagi banyak
    berdosa,(7 ) dia mendengar ayat-ayat
    Allah dibacakan kepadanya kemudian dia
    tetap menyombongkan diri seakan-akan
    dia tidak mendengarnya. Maka beri khabar
    gembiralah dia dengan azab yang
    pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui
    barang sedikit tentang ayat-ayat Kami,
    maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok.
    Merekalah yang memperoleh azab yang
    menghinakan. (9) Di hadapan mereka
    neraka
    Jahanam dan tidak akan berguna bagi
    mereka Sedikit pun apa yang telah
    mereka
    kerjakan, dan tidak pula berguna apa
    yang mereka jadikan sebagai
    sembahan-sembahan (mereka) dari selain
    Allah. Dan bagi mereka azab yang
    besar.(10) Ini (Al Qur’an) adalah
    petunjuk. Dan orang-orang yang kafir
    kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka
    azab yaitu siksaan yang sangat pedih.
    (11)”
    Akhir sekali, ambillah Islam secara
    syumul,bukan hanya ambil Islam pada
    perkara yang disukai, tetapi kita
    tinggalkan sebahagian yang lain yang
    tidak sesuai dengan kehendak kita.
    Firman Allah,” Sesungguhnya orang-orang
    yang kafir kepada Allah dan
    rasu-rasul-Nya, dan bermaksud
    memperbedakan antara (keimanan kepada)
    Allah dan rasul-rasul- Nya, dengan
    mengatakan : “Kami beriman kepada yang
    sebahagian dan kami kafir terhadap
    sebahagian (yang lain)”, serta
    bermaksud(dengan perkataan itu) mengambil jalan
    (tengah) di antara yang demikian (iman
    atau kafir),(150) merekalah orang-orang
    yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah
    menyediakan untuk orang-orang yang
    kafir
    itu siksaan yang menghinakan. (151).
    Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151.
    Kembalilah ke jalan yang lurus.
    Tinggalkan lah perkara-perkara maksiat
    yang telah kita lakukan sebelum ini.
    Bertaubatlah sementara kita masih ada
    kesedaran, jangan tunggu sampai kita
    dibiarkan sesat oleh Allah sehingga
    hati
    kita tertutup untuk menerima kebenaran,
    Surah Aj-Jaatsiah( 45) ayat 23, ” Maka
    pernahkah kamu melihat orang yang
    menjadikan hawa nafsunya sebagai
    tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat
    berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah
    mengunci mati pendengaran dan hatinya
    dan meletakkan tutupan atas
    penglihatannya? Maka siapakah yang
    akan
    memb erinya petunjuk sesudah Allah
    (membiarkan nya sesat). Maka mengapa
    kamu
    tidak mengambil pelajaran?” Memang pada
    mulanya untuk meninggalkan
    maksiat-maksiat ini amat susah,
    tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan.
    Ingatlah Allah berfirman dalam Surah
    Al-Baqarah( 2) ayat 216,” Boleh jadi
    kamu
    membenci sesuatu, padahal ia amat baik
    bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu
    menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk
    bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu
    tidak mengetahui.”

    Sekali lagi ditegaskan, bercinta
    sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah
    menghampiri zina. Ia adalah perbuatan
    yang dilarang dalam Islam dan hukumnya
    adalah HARAM. Wallahua’lam. .

    Islam adalah agama yang syumul. Sebuah
    agama yang lengkap. Islam tidak mungkin
    menyekat fitrah manusia yang
    sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi.
    Untuk apa Allah menciptakan manusia
    berfitrah seperti ini jika manusia akan
    diperintahkan untuk memebunuh
    fitrahnya
    itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh
    Allah untuk memasang bingkai agar
    kemahuan manusia itu dapat disalurkan
    dengan cara yang terbaik. Selain itu,
    Islam menutup rapat jalan kemaksiatan
    dan membuka seluas-luasnya jalan menuju
    ketaatan serta memberi dorongan kuat ke
    arah perlaksanaanya. Rasulullah pernah
    mengecam salah seorang sahabat yang
    bertekad untuk tidak bernikah. Ini
    merupakan salah satu bukti bahawa Islam
    mengakui fitrah manusia yang ingin
    cinta-menyi ntai ini.

    Percintaan dalam Islam hanyalah
    selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan
    antara dua insan, iaitu setelah
    bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan
    panduan dalam menuju ke arah gerbang
    perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din
    telah
    memberikan pendapatnya mengenai hal ini
    dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai
    2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk
    perbincangan Al-Kulliyah kali itu agak
    menarik ; Jodoh.
    Apabila diminta memberikan pendapat
    beliau, beliau telah mengatakan yang
    cara masyarakat sekarang telah lari
    daripada syariat yang sepatutnya.
    “Sebe narnya dalam Islam, apabila
    seseorang lelaki itu telah berkenan
    dengan seorang wanita dan ingin
    menjadikan teman hidupnya, sepatutnya
    lelaki itu berjumpa dengan wali si
    perempuan tadi untuk menyatakan niatnya
    untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat
    sekara ng silap. Mereka terus berjumpa
    dengan yang empunya diri dan terus
    menyatakan niat hatinya. Kemudian
    merekabercinta, berjanji sumpah setia dan
    segala-galany a. Sedangkan ibubapa
    mereka
    langsung tidak tahu akan perhubungan
    mereka ini. Setelah sekian lama
    bercinta, apabila ingin melangsungkan
    per kahwinan, emak dan ayah tak
    bersetuju
    dengan mengeluarkan pelbagai alasan,”
    terang beliau.

    Beliau juga menerangkan konsep
    peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa
    mungkin sudah ada pilihan mereka
    sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan
    niat kepada ibubapa, mereka akan
    berjumpa sendiri dengan wali perempuan
    tadi untuk mengenali mereka dan calon
    menantu mereka dengan lebih jelas.
    Setelah kedua-dua pihak bersetuju,
    barula h dijalankan upacara peminangan,
    iaitu kedua-dua insan tadi telah
    menjadi
    tunang. Apabila sudah menjadi tunangan
    orang, adalah Haram perempaun itu
    dipinang oleh lelaki lain, seperti yang
    telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam
    hadis baginda. Dalam masa pertunangan
    inila h kedua-dua pihak lelaki dan
    perempuan tadi akan saling mengenali
    antara satu-sama lain, bagi memastikan
    adakah ini merupakan pasangan hidupnya
    yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah
    bersetuju, barulah pernikahan
    dilangsungkan,” jelas beliau lagi.

    Namun begitu, Ustaz Hassan Din
    menegaskan bahawa bertunang bukan
    merupakan lesen yang membenarkan
    kedua -dua pasangan bermesra-mesra
    se perti suami isteri. Bertunang
    hanyalah
    untuk saling mengenali antara satu sama
    lain dan bukannya untuk bercinta.
    Pasangan yang telah bertunang tetap
    tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa
    ditemani oleh ahli keluarga. Selagi
    belum bernikah, mereka tetap dua insan
    yang bukan mahram dan masih perlu
    manjaga batasan-batasan Islam seperti
    yang telah dibincangkan sebelum ini.
    Dan
    jika dalam tempoh pertunangan itu
    didapati kedua-dua pasangan ini tidak
    secocok atau tidak serasi, maka
    pertunangan bolehlah diputuskan secara
    baik melalui persetujuan kedua-dua
    belahpihak.
    Lihat, betapa indahnya Islam
    mengaturkan
    perjalanan hidup penganutnya. Cukup
    teratur dan sitematik. Cara ini dapat
    mengelakkan daripada berlakunya maksiat
    dan perkara-perkara lain yang tidak
    diingini. Dalam masa yang sama, ia
    menujukepada pembentukan keluarga
    bahagia yang diidamkan oleh manusia
    serta diredhai oleh Allah. Inilah
    percintaan dalam Islam, iaitu selepas
    perkahwin an. Insya-Allah kalau
    segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana
    Allah dan bukan atas dasar nafsu dan
    keduniaan semata-mata, Allah akan
    mempermudah urusan kita itu.

    Untuk kita yang masih menimba ilmu,
    tidak perlulah bersusah-susah mencari
    jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah,
    pasti bertemu jua dengan taqdirnya.
    Sekara ng kita mempunyai matlamat yang
    lebih penting iaitu mendapatkan
    kecemerlangan dalam pelajaran dan
    menunaikan tanggungjawab kita sebagai
    muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang
    perlu kita pikul dan bercinta bukanlah
    sesuatu yang perlu buat masa sekarang.
    Berusahalah menjadi muslim dan
    muslimah
    sejati serta mengamalkan Islam dalam
    kehidupan kita. Sekali lagi ditegaskan,
    bercinta sebelum berkahwin dan
    ber’couple’ adalah menghampiri zina dan
    hukumnya adalah HARAM.

    faidhi | Nov 20, 2008 | Reply

  9. aduh. faidhi.. baik nta letak sebagai entry baru je kat iiumbloggers ni. letak link sudah..

    syarief | Nov 20, 2008 | Reply

  10. Hehe, bukan pe, bukan semua sesuai dengan pendekatan mcm ni. Takut terkejut truss bile baca. Tapi those who read for the sake of seeking the truth will find it helpful towards better judgement about the issue raised. :-)

    faidhi | Nov 21, 2008 | Reply

  11. faidhi, syarief’s right. could you please repost it in a proper entry? TQ :D

    szakif | Nov 21, 2008 | Reply

  12. mahallah zubair!!huhuhu…zaman ku disana dulu belum ada lagi…

    lydiarayyan | Nov 23, 2008 | Reply

  13. Assalamualaikum wbt.

    Tiadakah badan Amal Ma’ruf Nahi Mungkar seperti di Matrik dulu.

    Pasti Faidhi ingat zaman kita matrik dahulu, zaman saya MRC dengan Mansur, zaman bagaimana waktu malam di kafe-kafe akan kami kunjungi, menegur mereka yang duduk semeja lelaki dan perempun.

    Ini bukan tajassus, perlakuan itu berlaku secara terbuka, sama juga dengan di pagar hostel.

    Pernah cuba praktis apa yang di amal dimatrik di Gombak, ketika itu 1st year, nasib baik tidak bertumbuk dengan seorang budak arab yang sedang dating dengan aweknya di hadapan Sumayyah. Ketika itu saya berjalan kaki pulang dari masjid selepas solat Isya’ waktu tu duduk di Talhah.

    Masri | Nov 25, 2008 | Reply

  14. salam….

    eventhough saffiyah is the coolest women mahallah in uia because of their strategic location but i wish that uia can move up that mahallah…because is not allowed men and women hostel are close each other.

    come on girls do u like when boys see ur aurah???

    squeezze me…

    just move up that mahallah

    herleen | Nov 30, 2008 | Reply

  15. to faidhi,

    terima kasih atas informasi yang ikhlas yang saudara berikan kepada saya. :)

    hasbi | Nov 30, 2008 | Reply

Post a Comment