Online business di IIUM..

Sejak wireless uia diwujudkan, makin ramai pula pelajar-pelajar uia menceburui dalam internet online business. Ada diantaranya menjana pendapatan mereka dengan menjual barangan-barangan di eBay, ada juga membuat blog dan menawarkan servis-servis di Google.

Bisnes internet ini sudah menular di kalangan pelajar. Selepas musim Multi-Level Marketing (MLM), kini musim bisnes internet pula. Memang sesuai bisnes tersebut untuk pelajar kerana pelajar mempunyai masa yang sangat padat untuk pekerjaan lain. Apa yang dapat kita perhatikan dari bisnes internet ini, pelajar hanya duduk dihadapan komputer atau laptopnya sambil online dalam menguruskan sumber pendapatannya. Mudah kan?

Banyak kelebihan bisnes internet ini. Antaranya, pelanggan-pelanggan kita adalah serata dunia dan bilangannya adalah INFINITI!! Masa juga sangatlah fleksibel dan tidak perlu terkejar-kejar ke sana dan ke mari. Hanya menumpukan dua mata pada skrin laptopnya sudah cukup untuk menjana pendapatan yang lumayan. Ramai rakan-rakan kita sudah mula membina blog, menawarkan servis membuat website, menjual produk melalui eBay, dan macam-macam lagi. Semuanya boleh menambahkan duit poket selain dari mengisi masa lapang.

Saya juga adalah diantaranya. Anda bila lagi?

p/s: hehehehe….

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • Facebook

About the Author
Nickname : hasbi (Click to see other posts)
Blog : http://hasbimendez.blogspot.com
About:
Number of post : 8 post(s)

Post a Comment