Skip to content
 

Respons: Ubah persepsi negatif terhadap graduan IPT Islam

Barangkali USIM boleh mengambil iktibar daripada pengalaman UIAM, yang suatu ketika dulu graduannya turut menerima tanggapan sedemikian. Bagaimanapun setelah sekian lama beroperasi dan mampu menampilkan graduan berwibawa, memikul tugas mencabar dan mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, ramai majikan mula membuka mata dan menerima graduan UIAM seperti graduan universiti lain.


SELASA lalu kampus tetap Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan, dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sebagai orang Melayu dan beragama Islam, kita harus bangga kerana sebuah lagi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berteraskan Islam berdiri megah di bumi bertuah ini, apatah lagi bidang pengajiannya mencakupi disiplin sains, teknologi, syariah dan undang-undang.

Kini sudah terdapat tiga institusi pengajian tinggi berteraskan Islam di negara ini iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan sebuah lagi yang baru dibuka iaitu Universiti Antarabangsa Al-Medina Malaysia, yang kampus sementaranya terletak di Shah Alam.

USIM yang sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) dinaikkan taraf menjadi universiti penuh bersama tiga lagi IPTA iaitu Universiti Tun Hussein Onn (UTHO) di Batu Pahat, Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kuantan, Univeristi Malaysia Perlis (UniMAP) di Kangar dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Melaka.

USIM adalah universiti awam ke-12 ditubuhkan di negara ini yang kini mempunyai lapan fakulti dan mampu menampung lebih 4,000 pelajar sepenuh masa. Selain pelajar tempatan, USIM turut menerima pelajar dari luar negara.

Oleh kerana USIM baru berstatus universiti penuh awal tahun lalu, barangkali masih ramai termasuk pelajar menengah – golongan sasar terpenting IPT – yang belum mengetahui wujudnya sebuah universiti bernama USIM, berbanding universiti lain terutama dari segi kursus pengajian ditawarkan.

Ini menjadi tugas penting pengurusan USIM untuk menonjolkan universiti mereka supaya ia dikenali lebih dekat oleh seluruh rakyat di negara ini, sebelum ia mahu dikenali di peringkat dunia atau menarik ramai pelajar dari luar negara.

Walaupun masih baru, namun kini USIM berada sebaris dengan 19 IPTA lain yang masing-masing mahu menempatkan institusi mereka sebagai pilihan utama lepasan sekolah. Bagaimanapun dari segi penarafan, USIM masih berada di kedudukan bawah. Buktinya USIM bersama tiga lagi universiti yang berada dalam kategori universiti berfokus diberikan penarafan dua bintang oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), berbanding universiti lain yang memperoleh antara tiga hingga empat bintang.

Bagaimanapun ini bukan bermakna USIM tidak menjadi pilihan pelajar khususnya yang mahukan program pengajian yang menekankan ilmu duniawi dan keagamaan. Yang pasti, USIM adalah universiti tumpuan pelajar lulusan aliran agama, khususnya yang mempunyai kemahiran bahasa Arab.

Sebagai IPTA berteraskan Islam dan sebahagian besar pelajarnya juga adalah lulusan sekolah agama, kita percaya masih ada majikan yang kurang yakin dengan kemampuan graduannya, termasuk segelintir syarikat yang diterajui sendiri oleh orang Islam.

Graduan lulusan universiti berteraskan Islam ini dikatakan mempunyai sikap negatif, tidak pandai bergaul dan berkomunikasi, kurang berkeyakinan dan dalam hal tertentu mereka dikatakan agak ekstrim, tidak seperti graduan lulusan universiti lain. Sesetengah majikan juga mendakwa graduan ini hanya sesuai bertugas di pejabat agama atau memegang jawatan berkaitan dengan keagamaan.

Inilah cabaran besar yang harus ditangani pihak USIM. Mereka harus mencari jalan bagaimana untuk mengubah persepsi masyarakat terutama bukan Melayu bahawa graduan USIM mampu memikul tugas mencabar, yang bukan hanya tertumpu kepada bidang berkaitan keagamaan.

Barangkali USIM boleh mengambil iktibar daripada pengalaman UIAM, yang suatu ketika dulu graduannya turut menerima tanggapan sedemikian. Bagaimanapun setelah sekian lama beroperasi dan mampu menampilkan graduan berwibawa, memikul tugas mencabar dan mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, ramai majikan mula membuka mata dan menerima graduan UIAM seperti graduan universiti lain.

Graduan UIAM juga membuktikan mereka mampu bersaing dengan pelajar luar negara, baik dalam akademik mahupun kokurikulum terutama dalam aktiviti debat. Setakat ini UIAM adalah satu-satunya universiti di negara ini yang begitu menonjol dalam kegiatan debat terutama dalam bahasa Inggeris sehingga meraih pelbagai kejayaan antarabangsa, sekali gus menaikkan imej graduannya.

Satu daripada kelebihan yang boleh dijadikan aset graduan berteraskan Islam ialah mereka mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris dan Arab, yang tidak dimiliki graduan universiti lain (kecuali graduan Fakulti Pengajian Islam). Mereka juga mempunyai pengetahuan serta kuat pegangan agama yang boleh menjadikan benteng kepada pengaruh serta unsur tidak bermoral.

Jika USIM dapat memanfaatkan kelebihan yang ada pada graduannya, kita yakin graduannya akan laris di pasaran dan mampu menandingi graduan IPT lain. Kita mahu USIM membuktikan kepada kaum lain malah kepada dunia bahawa graduan yang lahir dari IPT berteraskan Islam di Malaysia mampu menjadi modal insan terbaik yang sentiasa releven dengan keperluan industri pelbagai sektor.

Sumber: Berita Harian Online

Sumber gambar: Syanfansuri

szakif has blogged 57 posts in IIUMbloggers.
Blog URL: http://szakif.blogspot.com

3 Comments

  1. erk..saya tidak boleh berkomunikasi di dalam BA dengan baik..

    fakta berita tu tidak benar atau adakah ia generalization…? :D

    since few years ago, graduan daripada UIA dan UiTM jadi pilihan utama kerana kualiti bahasa dan berbagai faktor lain.

    Bagaimana ya dengan beberapa bidang yang masih belum mendapat akreditasi pihak JPA/kerajaan walaupun terbukti berkualiti.
    He, mungkin mereka perlukan masa untuk menilai. Takpelah, swasta kan ada..masih ada tempat yang sudi :)

    Perlukan maklumat,
    KAED sudah dapat akreditasi JPA kah?

  2. dr-jr says:

    i think we as muslim students should take this thing as a challenge. so that kte xkan jd seperti ape yang disangkakan org. let’s prove that islam is the best way of life. =)

  3. Eone says:

    For one, me and many others are not being discriminated in the corporate world, not only in Malaysia but here in Middle East. It is true that IIUM grads now are at par if not better compared to the rest, but do not feel complacent and there are so many rooms for improvement. It is up to the students ( each and everyone of you) to grab the opportunities offer by the university as training ground or camp to prepare oneself for real world challenges. For one, perhaps the co-curriculum needs to be revised now and then to reflect the real world not only at present, but for the future to make the syllabus relevant.

Leave a Reply