bertemu kembali setelah sekian lama bercuti. kepada yang masih bercuti, selamat bercuti. kepada yang sudah mula bekerja, teruslah tabah bekerja. selamat hari raya aidil adha diucapkan kepada semua. di kesempatan ini saya sebagai orang baru berada di alam maya ini, ingin berkongsi sedikit tips dan tricks “blogging”. mungkin kepada yang telah lama, tips saya ini dikira sudah basi, tetapi kepada yang baru dan belum tahu, harap tips ini dapat membantu.
1. rahsia pendapatan melalui internet.
tahukah anda, dengan hanya ber’bloging’ anda dapat menjana pendapatan sampingan? ya, nampak seperti tidak logik kan? tetapi ini telah dibuktikan oleh ramai bloggers. apa yang perlu dan boleh anda buat ialah dengan, menjadi agen pengiklan melalui blog anda dengan meng’paste’kan code iklan di blog anda. anda akan dibayar dengan setiap iklan yang di klik melalui link blog anda. kenapa?tak percaya? jujurnya setakat ini setelah selama tidak kurang dari sebulan saya telah mengumpul RM 3.25 hasil klik iklan di blog saya. nampak macam sikit, tapi kata pepatah melayu, “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”. jika anda juga ingin menjana pendapatan, anda boleh juga lakukan seperti saya. cuma pergi ke laman ini, dan daftarkan diri anda.
2. affiliate program
untuk menjana pendapatan juga, anda boleh menyertai affiliate program. komisyen diperolehi dengan mempromosikan laman web dan anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal. anda boleh mempromosikan laman web tersebut dengan berbagai tools yang telah sediakan seperti text link, banner dan link affiliate. anda dibayar melalui program pay per lead. Caranya sangat mudah sekali.
1. pergi ke laman web affiliate
2. selepas mendaftar affiliate, dapatkan link affiliate anda
3. mulakan promosi kepada kawan-kawan dan rakan cyber anda.
4. anda akan diberikan komisyen sebanyak RM0.25 bagi setiap kali pelawat subscribe yang datangnya dari link affiliate anda.
mudahkan… untuk lebih lanjut, anda bolehlah download e-book proAffiliate secara percuma di sini
3. berikan traffic ke blog anda. (untuk lebih maklumat ttg traffik, klik sini)
pengunjung blog anda yang membantu anda menjana pendapatan melalui internet ini. jadi, lakukan sesuatu untuk menambah pengunjung ke blog anda dengan memberi traffic kepada mereka. antara cara yang anda boleh lakukan ialah,
1.bertukar blog link antara blogger.
anda ramai kawan bloggers kan. jadi tukarlah link sesama mereka. secara tidak langsung, pelawat/pengunjung blog yang ada link anda tadi akan klik link direct ke blog anda. dari sinilah anda mendapat pengunjung blog anda, impaknya, traffic anda menjadi tinggi.
2. memberi komen yang pro
anda sering melawat blog kawan anda dan link2 kawan mereka kan? selalukah anda tinggalkan jejak anda atau komen di situ? jika ya baguslah…jika tidak lakukanlah…komen anda yang menarik serta bernas membuatkan pemilik blog atau pengunjung lain yang mengunjung blog tersebut ingin mengetahui siapakah anda. jadi tinggalkan alamat url anda di ruangan komen, supaya senang pengunjung untuk menjejaki blog anda. mudah kan?
cukuplah tips setakat kali ini. di lain kesempatan, kita berkongsi lagi..selamat mencuba!!
Apa yang akan anda lakukan setelah mendapati akaun bank anda telah dikreditkan? Memikirkan bar ...
Fred just got hired as a consultant for a financial services company. This new position is diffe ...
Seperti yang dijanjikan, masa untuk membuang undi sepatutnya berjalan hari ini (Khamis 22/1/ ...
Salam semua. Semoga sentiasa dalam keadaan hebat dan cemerlang. Saban hari kita dibebani dengan ...
Perhatikan gambar-gambar di bawah dengan teliti, dan anda boleh lihat siapakah yang 'TERMENANG' ...



hhmm..Btul tuh sis, alhamdulillah skng nih ana dh ada duit poket sndri..hp pon baru bli pkai duit blog..hehe
yeke ust zul…alhamdulillah bisnes maju ye…ana stakat ni x de la dpt bnyk camtuh,,mcm x berjaya lg le kirenya…hmm…
memang betul dengan traffic yang tinggi bole jana income poket sendiri.
sem depan nanti InsyaAllah akan diadakan bengkel rahsia BLOG popular. Dapatkan tempat ye..terhad!
http://www.bloglac.com/bengkel/index.php?ref=hasbi
thanx for da good tips..forsure a lot of people need to learn as a blogger.