Skip to content
 

Missing IIUM student in Utusan

KOTA BHARU 28 Jan. – Bapa kepada pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang dipercayai melarikan diri bersama seorang buruh warga Bangladesh menafikan pernah memaksa anaknya mengahwini seorang ustaz.

Naina Mohamad Sultan, 70, mengakui keluarga ada mencadangkan lelaki tempatan itu sebagai pasangan anaknya tetapi ustaz berkenaan menolak atas faktor tidak sesuai.

Naina Mohamad Sultan bersama Nazirah Mohamad Yusoff ketika ditemui di rumahnya di Kota Bharu, baru-baru ini.

Naina Mohamad Sultan bersama Nazirah Mohamad Yusoff ketika ditemui di rumahnya di Kota Bharu, baru-baru ini.


Sehubungan itu, katanya, tiada sebab dia dan keluarga memarahi Nor Syuhada, 23, dan apa yang amat diharapkan ialah anaknya pulang kerana dia bebas menentukan pilihan sendiri.

“Kami sekeluarga amat berharap dia akan pulang dan meneruskan pengajian. Sesiapa sahaja tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kali ini mungkin dia silap,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Naina Mohamad, dia dan keluarga hanya mengetahui anaknya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut melalui majikan tempat Nor Syuhada bekerja iaitu kantin tempat dia belajar.

Nur Syuhada

Nur Syuhada


Pada 24 Januari lalu, Utusan Malaysia melaporkan Nor Syuhada Naina Mohamad, 23, pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak menghilangkan diri dari kampusnya sejak Julai tahun lalu.

Nor Syuhada, pelajar tahun tiga jurusan Sains Kemanusiaan dilaporkan keluar dengan seorang buruh kontrak dipercayai warga Bangladesh yang hanya dikenali sebagai Rauf.

“Memang benar, sebelum ini kami pernah merancang untuk menjodohkannya dengan ustaz tersebut dan dia juga bersetuju malah tidak membantah.

“Bagaimanapun, perkara tersebut tidak dapat diteruskan memandangkan ustaz tersebut menolak cadangan itu kerana faktor fizikalnya yang lebih kecil berbanding Nor Syuhada,” ujar Naina Mohamad.

Peniaga kuih itu memberitahu, setakat ini masih belum ada perkembangan mengenai anaknya itu dan pihak keluarga sentiasa melakukan solat hajat supaya Nor Syuhada pulang semula kerana keluarga merindui dan bimbangkan keselamatannya.

Source: Utusan Malaysia Online – Bapa nafi paksa anak kahwini ustaz

Well, its a sad story. Let’s pray that she will come back home safely one day.

myadlan has blogged 119 posts in IIUMbloggers.
Blog URL: http://adlankhalidi.com

2 Comments

  1. owh dari july ke dye ilg?
    lme dah tue…
    igtkan bru je coz bru msuk ppr..

    smge dye ok.

  2. limaumaniss says:

    ape cite lah agaknye dgn budak ni yer??

Leave a Reply