Skip to content
 

UIAM abaikan konsep Islam

UNTUK menyebarkan agama Islam, kerajaan kita dengan kerjasama negara-negara Islam telah bersepakat menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pada ketika ini umat Islam seluruh dunia amat memandang tinggi institusi ini. Ini kerana UIA menekankan ciri-ciri Islam kepada pelajar-pelajar dan pekerja. Malah pelawat luar juga dikenakan peraturan untuk menutup aurat apabila memasuki kawasan kampus UIA dan kepada pelawat bukan Islam sekurang-kurangnya memakai selendang bagi perempuan.

Namun pada ketika ini peraturan dan undang-undang yang diwujudkan itu semakin diabaikan oleh pelajar, malahan tiada penguatkuasaan terhadap pelawat yang tidak menutup aurat. Ini dapat dilihat pelajar-pelajar perempuan UIA hanya mengenakan tudung yang jarang, nipis dan amat singkat.

Pelawat yang datang juga hanya mengenakan pakaian paras lutut dan baju tanpa lengan, perkara ini dapat dilihat pada hari pendaftaran. Begitu juga pembekal yang menghantar barang ke dalam kampus.

Saya amat bimbang mengenai perkara ini sekiranya tiada tindakan yang diambil oleh pihak universiti. Jika perkara ini diabaikan lama-kelamaan UIA akan dipandang hina oleh masyarakat dan negara luar terutamanya negara-negara Islam.

Oleh itu saya amat berharap pihak bertanggungjawab di UIA dapat mengambil inisiatif mengatasi perkara tersebut. Saya juga dengan rasa prihatin ingin mencadangkan supaya perkara ini dapat dibincangkan oleh pihak dekan, bahagian disiplin dan juga pihak pengawal keselamatan.

Perkara ini juga meliputi akhlak pelajar-pelajar UIA Kampus Nilai yang mana disiplin mereka berada pada tahap yang agak kritikal apabila tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak pentadbiran. Ini kerana Kampus Nilai terbuka dan tanpa pengawasan dari pengawal dan pihak bertanggungjawab. Perkara ini amat dikesali kerana di Kampus Nilai dapat dilihat pelajar UIA ada yang tidak mengenakan tudung apabila keluar dari kawasan kampus dan pelajar lelaki hanya memakai seluar pendek apabila keluar dari bilik.

Saya amat berharap pihak bertanggungjawab dari UIA dapat mengambil tindakan yang tegas dan mengetatkan peraturan-peraturan di kampus agar UIAM dapat mengekalkan imej Islam di mata masyarakat.

LOVE ISLAM
UIA

Source : Utusan Online 21 January 2009 Forum Section

myadlan has blogged 119 posts in IIUMbloggers.
Blog URL: http://adlankhalidi.com

33 Comments

  1. IrAziz says:

    Btol2. Sokong. PAsal tudung tu, aku byk kali nampak international students yg xreti nak pakai2 tudung btol2. Ada yg nampak leher la, nampak bahu pon ada. Cb tgk kat “Nescafe” kalo xpercaya.

    Yang local pon, ada yg lebey kurg jer. Keluar UIA, cabut tudung. Aku ada beberapa kenalan perempuan yg sedemikian. Ish2!

    • myadlan says:

      UIA ni macam tu la. gah pada namanya yang Islam. tapi pelaksanaan still bermusim jugak. takpela. kita da tahun akhir kat UIA ni. semoga pihak UIA boleh la menjawab persoalan kat forum Utusan ni.

  2. IrAziz says:

    BTW, UIA kan terkenal ngan sikap “Buat peraturan, tetapi tiada tindakan”. Hahahaha! Kalo ada pon, time awal2 sem jer smgt.

  3. limaumaniss says:

    ada gak yg bersuara..pihak berwajib….adakah anda mendengar suara ini???hmmmm

  4. saffa says:

    Sebenarnya kan.. Semua orang terlalu pandang UIA ni tinggi sangat. Tapi dyeorang lupa, USIM lagi tinggi..
    Pelajar USIM terdiri daripada pelajar sekolah agama.. sebab kemasukan dia mesti ada B.Arab.. UIA tak ada syarat semua tu..
    UIA berbeza.. semua orang boleh masuk..
    Pasal buka tudung tunjuk aurat tu.. Semua pelajar terdiri daripada latar belakang yang berbeza.. kita tak boleh expect mereka yang agak terbuka ni untuk tutup dalam jangka masa yang singkat..
    Semuanya bergantung pada hidayah-Nya dan muhasabah diri dyeorg..
    Belajar FIM, belajar BTQ.. tapi.. kalau hati masih tertutup.. nak buat macam mana.. Tarbiyah lah macam mana pun..
    Saffa memang setuju dengan ketatkan peraturan. Cuma kadang-kadang Saffa terkilan bila Guard atau Warden pilih kasih.. dan tindakan mereka bermusim.

    • nuhzul says:

      stuju2….budak2 uia blaja btq,fim,ungs…tp stakat masuk dalam kepala je….x turun ke hati…
      klu pihak berkuasa uia pon x de kesedaran islam…mcm mana uia nak lahirkan bi’ah islam kat uia

    • faizhanisah says:

      pembetulan…bukan smua student usim dari sekolah agama.ade je student lepasan matrik KPM yg bukan sekolah agama masuk usim.ok..

  5. ajie says:

    hurm..aku y dok kat nilai ni..aku xrase cam2 lar..mayb, hambe Allah y tulis sal ni dy slh pndg kot..ne ad sister y bley kua dalam kampus xpakai tudung..aku xcaye lar..mayb y dy tgk 2, dak2 nursing or org lua kot..ye la..nilai ni kan open..kadang aku sendiri xtau nak beza dak uia ke nursing or org luar..coz, kte bkn knl sume dak2 uia ni..for LOVEUIA 2..aku rase bek kau tgur je sis uia y perangai xsenonoh 2 dari kau publish uia..wat buruk name u kite je..

  6. Mardy says:

    I think you’re exegerrating it. We are all adults, its a free country. As long as the students cover their aurah inside UIA, its fine. You can’t expect EVERYONE to wear tudung, this is between them and Allah. Don’t be self-righteous. Life doesn’t work that way.

  7. Noor says:

    Salam.
    pd pendapat saya, bila seseorang tu declare yg dia penuntut di IIUM, dia haruslah membawa image sebagai seorang penuntut IIUM. Which means the person regardless man or woman have to cover their awrah, and with hope to hv good manners too.

    Kalau pakai yg xmenutup aurat nmpak lebih kurang same dgn non-muslim, x payah la ckp dr IIUM. coz when u tell ppl u r from IIUM, they will hv this mind set, how ppl from IIUM should be. most ppl said its not right, stereotyping. well, guess what, u cannot blame the people.

    kenapa bila dh ada ilmu, tp xnak praktikkan? tahu ilmu tentang aurat, tp kenapa xamalkan? so, sekarang, siapa yg salah? org ramai yg menganggap pelajar IIUM org yg berilmu, atau, pelajar IIUM yg xnak amalkan ilmu diorg???

    byk lagi boleh dihujahkan, tp students nowadays dh byk terpengaruh, blinded by idea2 secularism. n they dont even realise that.

    peringatan utk diri sendiri, dan rakan2, sama2 kite muahasabah diri ok.

    wassalam.

  8. Tok Ijal says:

    Saya amat bersetuju dengan pandangan penulis tentang isu ini.Sebenarnya sejak saya mendiami kampus UIA Gombak ini dibuka pada 1998 dulu pun,aras kepatuhan konsep-konsep Islam seperti yang disebutkan itu pun tidaklah boleh dibanggakan..apatahlah lagi boleh diharapkan.Sekiranya pemakaian tudung tidak diwajibkan ataupun pemakaian seluar pendek dilarang di kawasan kampus,pastinya UIA tak ubah seperti IPT lain ataupun kolej swasta!Manakan para pelawat hendak menghayati konsep-konsep Islam ini,sedangkan para pelajarnya pun ambil endah tak endah tentang hal ini.Walaupun isu yang dibicarakan ini bersifat kosmetik yakni tentang penghyatan konsep Islam secara luaran;ianya sangat penting! Kerana inilah yang disebut sebagai syiar Islam!Perlambangan terhadap tahap keimanan kita!Saya setuju dengan penulis bahawa,pihak yang berwajib di UIA perlu mengambil berat,mengambil peka,tentang perkara ini.Para pelajar yang pelbagai latarnya ini harus dididik dan diasuh peri pentingnya konsep-konsep Islam ini dihayati seterusnya diamati.Kiranya UIA mahu benar berbeza ataupun kelihatan menonjol berbanding IPT lain ataupun mencapai tahap tertinggi dalam kelasnya yang tersendiri…tidak boleh tidak…ambillah dan laksanakanlah konsep-konsep Islam ini dengan jujur dan ikhlas.Namamu pun UIA.Rupamu haruslah UIA.Saya SAYANG UIA,sebab itulah pandangan ini dilontarkan.Syukran.Jazakllah.

  9. azlan says:

    Assalamualaikum

    tu ler aku malu nak ngaku aku grad kt iium. aku ni sezaman ler dgn tok ijal. zaman reformasi la katakan. mmg btol kata dia tu. takde apa yg nak dibanggakan pasal Islam kt iium ni. pihak stadd masa aku pun lebih sibuk nak tangkap bebudak yg join reformasi aje. kalau korang nak cerita pasal bab bukak tudung ni, tak payah susah. dlm friendster pun berlambak. sampai ada budak grad iium yg keje kt dubai pun bukak tudung. aku kenal ler. dorang ni blaja fkm ke, study of Al Qur’an ke, Islamic ethics ke (subject zaman aku ler), sbb nak grad je. bkn utk panduan hidup. 2 jadi cam ni 2.

    teringat plak zaman aku meresmi college Bilal. syok jadi first batch ni. tul tak ijal.

    Wasalam.

  10. miss aegis says:

    Bila artikel ni keluar kat surat khabar, ramai student uia yang bengang..Mana tak nya, terang-terangan nama UIAM tertulis as the head of the article..Kepada penulis artikel ni, kalau boleh jangan la kita buka pekung di dada sendiri..Memang ape yg berlaku ni satu kenyataan, it’s a fact and no doubt about that..Tapi kita seboleh-bolehnya selesaikan masalah kita sendiri sebelum ambil keputusan nak publish kat surat khabar..ni sedikit sebanyak boleh menjatuhkan maruah uia dan juga maruah kita sebagai pelajar uia, sama macam penulis tu…management uia kena la ketatkan peraturan…Saya ni still blaja kat asasi uia nilai..As far as I remember, when the first time I got into uia, the rules was strict, more strict than now…Tapi sekarang, haih….Sepatutnya, untuk ke kelas, sisters perlu pakai pakaian sampai ke aras lutut atau pun lebih, tudung plain dan tak ada corak, kasut pula kena berwarna gelap; hitam, biru tua, coklat…Saya rasa lebih kurang 50 peratus je sisters yang ikut dress code…Selebihnya, buat macam tak kisah…Ada yang pakai baju lebih pendek dari aras pinggul, tudung bercorak, ada setengah tu berselendang sampai nampak rambut dan bahagian dada…Kasut berwarna -warni, macam nak pergi Mid Valley pun ada…Guard yang on duty bukannya nak saman, ini tak…siap melepak sambil bersembang dengan kawan2…Spot check pulak jarang dibuat..Kalau ada pun, ramai student dah tau, dan diorang akan prepare sebaik mungkin so that diorang tak akan kena saman…Sebab spot check ni dah diheboh-hebohkan dan ada yang siap ada announcement…Sepatutnya spot check ni perlulah diadakan dengan lebih kerap dan diadakan secara senyap, dan tidah dihebohkan…Kalau tak, tukarkan namanya daripada SPOT CHECK kepada PLAN CHECK!!Lecturer pun memainkan peranan yang penting jugak…Bukannya saya nak salahkan lecturers, but will all of the respects, lecturer is one of the people who are responsible in making sure that the students will follow all the rules..Tapi students pun kena la bertindak jugak…Ingat dulu, masa kelas FIM; Understanding Islam last semester…Ada seorang sister ni, namanya D (bukan nama sebenar). Dengan selambanya D datang ke kelas dengan hanya memakai baju pendek daripada aras pinggul, tudungnya diikatkan ke belakang sampai menampakkan bahagian dada dan tengkuk..Lagi selamba, D pakai selipar je…Jadi masa D tengah present kat depan, ustaz kami, Ustaz K (bukan nama sebennar) pun tegur la D..”Sister, your attire is not according to the dress code!”..Dan dengan selambanya lagi si D ni pun menjawab, “Ustaz, in my other classes, no lecturers, even one, complaint about my dress code!!”.. Saya terkejut dengan jawapan D dan tak dapat bayangkan macam mana perasaan Ustaz K…Haih…Memamg betul banyak perkara yang ‘NOT ISLAMIC’ berlaku kat kampus Nilai, tapi pada awalnya pihak uia sepatutnya survey tempat ni habis-habisan..The condition, environment, and what will happen in the future are reasonable foresee…Bagi saya, dalam kes ni, ramai pihak yang patut dipersalahkan, terutama students…Bukannya susah nak ikut peraturan yang dah ada tapi saya masih tak faham dengan sesetengah students yang masih tak faham bahasa…Kat luar pulak, ada sisters yang pakai seksi,hisap rokok, clubbing….Tangkap gambar yang tak senonoh dan publish kat friendster, myspace, etc..Dan dengan bangganya, mention nama INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY kat bahagian college/school…Sedih saya rasa…Apa yang mungkin diperkatakan oleh orang lain yang bukan Islam…Ciri-ciri Islam tak ada kat dalam diri pelajar uia…Golongan macam ni patutnya berasa malu…Dan sekiranya mereka tak boleh nak ikut rules yang ada kat uia mahupun bersikap dan berpakaian lebih sopan di luar uia, dari awal lagi diorang tak patut terima offer belajar kat uia…Fikir habis-habis!! Banyak lagi orang yang lebih layak belajar kat uia…Saya rasa, bila dapat tawaran masuk uia dulu, rasa gembira dan bangganya saya, Allah s.w.t sahaja yang tahu…Saya dulu pun tak bertudung…Tapi saya tahu, Allah s.w.t Maha Kuasa dan akan bagi hidayah kepada sesiapa yang cuba mencarinya…Alhamdullillah saya adalah orang yang terpilih…Banyak ilmu-ilmu tentang Islam yang saya dapat kat sini…Tapi bagi orang-orang ysng telah saya mention terlebih dahulu, insaflah!! Ayah saya selalu berpesan, “A student of IIUM should potray the Islamic values in him/herself”… Bagi saya, setiap pelajar perlu menanam azam ‘I WANT TO BE A GOOD MUSLIM AND A GOOD PRODUCT OF IIUM!!’…Fikir-fikirkan….

  11. along says:

    Mardy. tutup aurat ni bukan dalam UIA jer, tiap2 maser kene buat, ko nak masuk nerake ke? Nabi pun cakap kebanyakan umat dalam neraka adalh kaum Wanita. Bertaubat lah..(saranan kepader semua orang)

  12. Akil Heyy says:

    Majulah UIAM untuk negara……..kikikikikiki.

    Saya salah sorg staff kat Nilai nie, terpanggil pulak nak jawab. Untuk menjawab soalan seluar pendek, hisap rokok, boleh la, yg pasal perempuan tu susah sikit.

    Pokok pangkal semua nie berbalik pada didikan emak ayah kat diorang, kalau kat umah dah hisap rokok, pakai seluar pendek, kawan pompuan peluk cium ringan2 pun dah mcm biasa, apa lagi nak katakan, kalau berjauhan lagi la buruk perangai.

    Bukan tak tegur…. budak zaman sekarang nie kalau staff tegur mmg cepat menjawabnya….maklumlah…. kami staff tua2 nie dah ‘old school’. Diorg ‘darah muda’, technology savvy la katakan, kami staff tua2 apa tau….. Contoh lakan, bila seorang lecturer ni tegur sorg student tgh hisap rokok, nak tahu apa dia jawab? “Ada sign board ker tulis takleh hisap rokok kat sini?” hah, tak kemalunya lecturer tu bila kena jawab mcm tu. Maklumla student nie ambik course law, nak jadi lawyer la konon nanti, dah salah guna otak jadi loyar buruk pulak….

    Bila kitorg cuba enforce skit undang2, mula la keluar paper, CFS Nilai itula, CFS Nilai inila. kami tension duduk sinila, fasiliti tak bagus la, hostel mcm tin sardin la, mcm2 ada……

    Ntahla……student skrg dah lain, dulu masuk UAIM nak kembangkan ilmu dan syiar Islam, sekarang just nak tumpang glamor n graduate cepat2, almaklumla student UIA ni pun lepas graduate jadi model iklan, tv, majalah dan sebagainya. Kelas gitu…..

    Lagi satu nak cakap jugak, pengurusan UIAM ni mmg tak sayang staf, diorg lebih rela lepaskan lecturer yg berpengalaman untuk ambik lecturer yg baru setahun jagung…. sebab tu la ramai yg lari. Apa agaknya pihak pengurusan nie buat, takkan tak sedar2 lagi kot…..

    Ana pun tgh cari2 kerja kosong kat U lain, agak kuciwa dgn perkembangan semasa kat sini……

    jadi kesimpulannya……” lu pikirla sendiri”

  13. DnT says:

    salam
    UIAM kuantan punya cerita
    dean kuliyyah of dentistry btul2 dah x peduli dgn visi n misi UIAM
    dia bole wat prog mendidik student supaya bersalam laki ppuan, singkatkan tudung, mekap2

    sangat sedih
    dengan dia ajar student berkaraoke smpai pkul 2 pg
    menari menyanyi
    siap nk wat kelab tarian ng nyanyian tuu
    serius ako nyesal masuk kos ni
    budak2 tudg besra da jd kcik
    yg xpndai berkapel dah dapat lesen besar dpd admin
    dean siap amik lecturer2 yg sama2 barat macam dia
    hancur budak2 dentist..
    ako nk ngadu kat sape lg ntah
    rektor UIAM kuantan da sound dia kot, tp dia wat dekk je
    mentang2 org rapat bakal PM
    ada pangkat bertimbn2
    sakit ati toll
    korg suma tolgla doakan bia lembot ati org tua tuu
    ok salam

  14. naz says:

    mmg pun…
    walaupun byk pelajar cfs ni yg kenakan tudung..
    tp ad gak yg kenakan selendang..
    menyampah giler…
    terutamanya yg syaz_nana04@yahoo.com

    nampak rambut lg…

  15. Drimba says:

    Sayapun makin memandang serong dan sepi ternyata UIAM indah khabar dari rupa tidak mengindahkan nilai Islam itu sendiri bermula daripada bahasa ilmu yang dipakai adalah bahasa Inggeris bukan bahasa Arab bahasa Al Quran dengan penerapan nilai Islam yang tinggi. Bersukan masih ada yang tidak menutup aurat dengan sempurna di stadium UIAM baik warganya mahupun orang luar yang menyewa al maklumlah orang luar sewa dapat pendapatan untuk UIAM ikut suka hati mereka pelangganlah kata sedangkan syariat Islam lebih utama. Jika saya ditakdirkan pergi ke stadium UIA lagi dan masih ada situasi ini saya berjanji pada diri tidak akan melepaskan begitu saja akan diambil gambar sebagai bukti dan tuntut UIA segera tegakkan syariat Islam jika tidak saya sendiri akan menghantar gambar itu ke akhbar tempatan jadikan ikhtibar. Tolong utarakan kepada sesiapa yang berkenaan dengan kadar serius lagi segera bagi memartabatkan kembali nilai Islam sejati di UIAM itu sendiri bukan Islam yang diliberalisasi dengan acuan barat yang melali….

  16. Syaikh Al-Bani says:

    Anda semua yang tak faham Islam. Dalam Maqassid Assyariah dan syarat penubuhan negara ISlam atau Hudud (Hadd), seseorg tidak boleh dipaksa untuk bertudung oleh pihak berkuasa dan tidak ada apa2 nas membolehkan pemaksaan tudung utk org awam kerana boleh menimbulkan golongan munafiq.

    Tidak perlulah UIA membuat undang2 tudung kerana ada pelbagai latar belakang pelajar di sana dan syarak pun tidak menyuruhnya.

    Kita melaksanakan sesuatu biar selari kaedah dan syarak bukan emosi. Imej Islam lebih buruk di mata orang lain jika membuat pemaksaan tudung. Siapa dapat datangkan dalil tudung boleh dipaksa saya akan memotong tangan sy. Demi Allah!

    • seruling says:

      al-bani.. jgn rujuk kitab hadhari..
      tgk hukum menutup aurat.. jgn tgk hukum pakai tudung ok?

      tutup aurat utk non-muslim sbg tande hormat kepade undg2 islam..
      tutup aurat utk muslim tu kewajipan..

      cube faham btol2 munafiq tu merujuk kepade ape?

      kalo refer “pemerintah” tu kpd manusia shj.. mmg la sempit sgt pemikiran tu.. cube cek pemerintah kepade pemerintah tu sape? gov just a khalif.. ade paham?

  17. Nabila says:

    well3x… i see that UIA has this virus. Uncontrollable viruses. Well, maybe the admin can’t even have much time to observe this, but they have to find the remedy for this!. sometime, we can see that UIA is not like what we do believe UIA has to be b4, now we can see that we are almost d same as other unis.

  18. Azlan says:

    Assalamualaikum

    al bani. it is you who did not understand Islam and the different between Maqasid As-Syariah and Siyasah As-Syariah. in Maqasid As-Syariah the main priority is to Hifz Ad-Deen (to safeguard religion). and donning Hijab is one of it. in Fiqh Al-Jinayat exposing aurah is consider as Muqaddimah lil-Zina.

    what you try to mention is actually Siyasah As-Syariah, as it is mention about the establishment of state and politic. this concept came under stern scrutinized and criticism from many scholars. some of the example the like of Wahbah Az-Zuhaily openly condemn the fact that in most cases strict interpretation of Islamic law was compromized for the sake of appiecement like the example you given in your comment.

    Azlan Ahmad
    ex-iium batch 983xxxx

  19. Azlan says:

    Assalamualaikum

    al bani. it is you who did not understand Islam and the different between Maqasid As-Syariah and Siyasah As-Syariah. in Maqasid As-Syariah the main priority is to Hifz Ad-Deen (to safeguard religion). and donning Hijab is one of it. in Fiqh Al-Jinayat exposing aurah is consider as Muqaddimah lil-Zina.

    what you try to mention is actually Siyasah As-Syariah, as it is mention about the establishment of state and politic. this concept came under stern scrutinized and criticism from many scholars. some of the example the like of Wahbah Az-Zuhaily openly condemn the fact that in most cases strict interpretation of Islamic law was compromized for the sake of appiecement like the example you given in your comment.

    and don’t swear in the name of Allah for something Fasiq!!!

    Wasalam

    Azlan Ahmad
    ex-iium batch 983xxxx

  20. syarief says:

    teruskan menulis untuk memberitahu..

    teruskan berkerja untuk mengubah..

    teruskan berdoa agar dibantuNya..

    ianya bergantung kepada kita sekarang. rungutan dan keluhan tak dapat memberi apa-apa..

  21. cfs nilai says:

    salam…sdih bila tgk c2ac kat cfs nilai mule2 2…mcm bukan uia
    bila dh lme ckit brulah sy fhm yg mmg xde tndakan langsg drpd phk ptadbiran..
    uia smbol kpd mahasiswa islam knp jd cmni..

  22. confuse juga says:

    1. Peraturan ada,sudah cantik, tetapi masalahnya pelaksanaannya sangat lemah.

    2. kalau bab saman misalnya, selain pak guard tegur, saya cadangkan pensyarah pun boleh tegur dan saman pelajar yg tidak menutup aurat dgn betul. mungkin memalukan, tetapi memberi kesedaran. pensyarah saya dulu (saya ex-engin UIA-kitorang ni lagilah manusia jenis selambe2-bnyk keje wo, xsmpt nak pk diri.. ;p), awal2 dalam kelas pertama dah bagi rules pd semua . pd sisters, no tight pants, no jeans, no short blaus, tudung biar sempurna, n pakai kasut. kalau kena masuk workshop pun, pakai baju yg proper n engin coat hijau tu. if not, don’t come to his/her class. mmg kena halau. ada terjadi pensyarah suruh balik tukar baju ms final exam! semua patuh. xjadi masalah pun. mmg kena buat mcm tu aje. so sejuk je mata memandang bila ada kelas hari tu. kalau semua lecturer buat camtuh, sekurang2nya pakaian ke kelas dah terkawal.

    3. nah, itu pakaian ke kelas. ini mengenai luar kelas. itu agak payah sedikit nak kawal kerana bergantung kpd tahap kesedaran masing2 terhadap kewajipan menutup aurat dgn sempurna. Bukan setakat saman menyaman, kempen, kesedaran mestilah sentiasa diadakan berterusan. manusia kadang2 ada yg boleh disedarkan melalui peraturan, ada pula yg memerlukan masa dengan pengisisan hati. kdg2 di uia bertudung tp di rumah mak ayah tak kisah pun. jadi ini sebenarnya cabaran juga buat remaja2 ni. kerana tak faham tanggungjawab itu. saya dulu dipaksa ibu memakai tudung semasa darjah 6. masam muka seminggu. kadang2 buka juga sekai sekala. tp skrg sy berterima kasih atas paksaan ibu + penjelasan ayah ttg hukum pakai menutup aurat, saya bersyukur sy tidak terlalu degil untuk menutup aurat dgn sebaik2nya. ini adalah maruah saya, kenapa perlu saya dedahkannya pd org. jd slogan, biarlah buat dgn hati ikhlas & jgn hipokrit tidak blh dipakai sama skali (bg saya). kerana itu adalah KEWAJIPAN. mula2 mungkin tak suka, tetapi kalau dalam masa yg sama kita cuba mencari hikmah atas setiap sesuatu, Allah akan membuka pintu hidayahnya untuk kita.insyaAllah..

    jadi kesimpulannya, peraturan + pelaksanaan + pengisian rohani + persekitaran yang baik = individu yang lebih baik.

    wallahua’lam.

    p/s= saya bukan pelajar lulusan sekolah agama. jgn pandang org baik tak baik hny pada sekolah agama atau tidak. yg penting anda beragama dan mengamalkan agama anda sebaik-baiknya! :)

  23. orang biasa says:

    perdebatan yg hebat…

    apa kata kita usaha atas iman dan amal…..
    mari2..khas untuk laki ar…

    3 hari, 10 hari, 40 hari….hehehe….
    kalo bapa-bapa zaman sekarang tak mendidik anak dengan baik..
    biarlah kita yang jadi utk zaman kita….
    kita yang perlu mendidik anak dan isteri kita….

    wakaka…nasihat yang khas utk diri sendiri…

Leave a Reply