Skip to content
 

Hormati Hak Muslimah Kita

http://islamzpeace.files.wordpress.com/2008/10/82468niqab10.jpg

Assalamualaikum wbt.

Saya ingin menceritakan satu kisah, perbualan antara saya dengan seorang pelajar perempuan UIA (via SMS). Entah bagaimana beliau menceritakan kepada saya bagaimana beliau tidak selesa dengan kehadiran kaum lelaki di Pusat Sukan Wanita di UIA.

Beliau bercerita, amat sukar untuk mereka, pelajar perempuan, terutamanya yang bertudung labuh, berpurdah, untuk bergerak bebas, lincah, dan bersuka ria bersama sahabat-sahabat perempuan yang lain apabila wujudnya golongan lelaki di Pusat Sukan tersebut.

Ya, pasti! Bagi seorang gadis yang amat mementingkan maruah diri apatah lagi yang lebih penting tuntutan agama Islam, tidak boleh tidak mereka merasa tertekan. Mereka mahukan kebebasan bergerak lincah dalam masa yang sama tidak mahu melanggar undang-undang yang telah Allah gariskan.

Masakan mereka selesa melompat, menonggeng (ketika bersenam adakalanya perlu menonggeng bukan?), bergelak ketawa ketika wujudnya lelaki bukan mahram di situ.

Ketika bergerak lincah, apatah lagi, takkan lah kita mahu mereka melompat ke sana ke mari dengan tudung labuh seperti ke kelas. Pasti ketika melakukan aktiviti itu kadangkala aurat mereka tersingkap, menampakkan bentuk tubuh dan lain-lain. Sudah pasti ketika mereka bergembira dengan rakan-rakan mereka, mereka mahu bergelak ketawa, bersuka ria.

Tapi semuanya tersekat apabila wujudnya lelaki bukan Mahram.

Kenapa saya menulis semua ini? Saya merasakan, kita-terutamanya seorang Muslim- mesti mempunyai sensitiviti menghormati hak-hak gadis-gadis yang komited dengan Islam. Apakah kita mahu mereka mengorbankan jatidiri Muslimah mereka hanya kerana mahu dapat bergerak lincah seperti gadis-gadis lain yang tidak kisah untuk berpakaian ketat di hadapan lelaki bukan Mahram, yang tidak kisah sama ada auratnya sempurna ditutup atau tidak, yang tidak kisah untuk berhilai ketawa di hadapan lelaki-lelaki bukan Mahram. Dalam masa yang sama, apakah kerana mereka Muslimah yang komited dengan agama, apakah kita mahu mereka mengorbankan keseronokan dunia, berhibur, bergurau senda, bersenam menjaga kesihatan hanya kerana sikap mereka yang tidak menghormati hak-hak mereka.

Minggu lalu, sahabat saya mengajak saya berjogging hingga ke Pusat Sukan Wanita, mulanya saya membantah seperti alasan di atas, akan tetapi akhirnya menurut jua kerana lemahnya iman. Tapi, tatkala kami mahu melalui kawasan tersebut, sekumpulan Muslimah sedang bersenam, lalu kami berpatah balik. Alhamdulillah! Saya tidak boleh bayangkan apa perasaan Muslimah jika ketika mereka sedang menonggeng-menonggeng melakukan regangan, tiba-tiba ada pula lelaki di situ. Lagi malang kalau dalam kalangan Muslimah itu ada pula yang mengenali saya.

Seruan saya! Bantulah para Muslimah kita untuk komited dalam melaksanakan tuntutan Islam. Jangan kita menekan mereka hingga mereka tidak bebas bergerak.

Wallahua’lam

masri has blogged 5 posts in IIUMbloggers.
Blog URL: http://lobaitampin.blogspot.com

28 Comments

  1. terima kasihlah (bagi pihak wanita muslimah) atas tindakan dan pandangan anda itu

  2. myadlan says:

    tak faham kenapa perlu jogging smp ke female sport complex. boleh je kan jogging keliling UIA tanpa perlu melalui female tu..

    kalao nak cuci mata tu bkn takat kat female je bleh.. kt satu UIA pun boleh.. tp tak tau plak kalo ada muslimah2 yg rajin bersukan..

    majulah sukan utk negara!

  3. Hamba Allah says:

    Betul tu Adlan, aku pun hairan. Kenapa perlu berjogging sampai ke female sport kompleks. Dekat belakang Saidina Hamzah SC ni pun luas untuk berjogging. Atau memang ingin mencuci mata di sebalik alasan lemahnya iman lantas menguji populariti di sebalik ayat “kalau dalam kalangan Muslimah itu ada pula yang mengenali saya.”..kwang3..

  4. masri says:

    Iye, sampai sekarang pun saya tidak faham.

  5. knpe dak laki suke joging kat female sport cmplex? sbb dorg ckp tasek maryam tu best. jogging kat track or kwsan yg luas xsame dgn berjogging di sekelillng tasek yg diliputi keindahan alam semula jdi. udara lbih segar, suasana lbih nyaman.

    tpi kehadiran dorg btul2 menyesakkan kenyamanan yg spatutnyer kitorg yg nikmati.

    lepastu kat c2 kan de kayak. byk brothers yg jge (tp lau xd bro xley r gak coz spe nk bwk turun kayak yg berat tue n in case lau terbalik, pmpuan ley buat ape la sgt…). yg xbgusnyer ble dorg yg dtg sje2 ngn motor lepak2 kat c2.

    lepastu apsal kat male sport cmplex yg lgi besar tue xd court hoki plak…men hoki dtg female, men bola ape sje pun dtg female gak.

    tu outdoor. yg lgi menghairankannyer, kat indoor pun dak laki bersepah2. kat2 laluan swimming pool tu pn dorg ade jgk.

  6. masri says:

    Lleaki gatai!

    Perempuan yang dok joging dekat tempat lelaki lak. Perempuan gedik!

  7. 5y4hRUL says:

    yg tu payah tu..
    kalo management pun buat tak nampak je..

  8. Ada beberapa persatuan(yang ada ahlinya lelaki) yang tempat latihan mereka memang sudah ditetapkan oleh pihak sport complex di tempat female sport complex.

    Dan wakil-wakil UIAM pun kebanyakkannya akan ke female sport complex untuk berlatih sebab jurulatih bagi setiap pasukan tidak banyak. Jadi pemain lelaki kena latih pemain perempuan. Bila benda ni berlaku, terpaksalah lelaki ke female sport complex(takkan nak perempuan ke male sport complex. Nak masuk je dah kena lalu swimming pool laki).

    Harap maklum.

  9. Setiap hujung minggu team kami akan bermain futsal di Female sport complex kerana disitu terdapat tiang gol kecil untuk futsal. Di male sport complex kami hanya dpt bermain futsal dgn menggunakn kon atau batu bata sebagai pengganti gol tersebut .Pulak tu kami bermain di court tennis atau badminton . Terasa bersalah jugak datang bermain kat situ setelah membaca luahan di atas..

  10. masri says:

    Assalamualaikum wbt,

    kalau yang latihan rasmi tu tak boleh nak buat apalah, tapi kalau macam saudara Futsal ni cerita, sepatutnya janganlah.

  11. haniekunie says:

    salam..

    memang tak faham bila ade sports yang kena main di female sports complex.. betul jugak.. sepatutnya kalau dah ade female and male sports complex, facilitiesnye pon kenela berkembar kan? takdela kene share2..

  12. Mardy says:

    I don’t wear tudung labuh, but I do wear tudung. And I run almost daily. I find it highly embarassing to run around the female sports complex because I feel like I’m being watched. There’s so many guys there. But I got over it and stop being so paranoid. You can’t really help it. I’m among the only tudung wearing athlete in my sport (fencing), and I am always being watched, but I don’t let it bother me train. If you know you’re covering your aurat and you’re not jumping around to let people notice you, why should you feel ashamed??

    If you go out in the real world, dear girl who complained, there are no such things as separate female sport complexes. Don’t tell me you’re just going to stay at home instead of having fun and keeping fit just because there’s a few dudes playing futsal in the same place you wish to play sports at. It may sound harsh, but we all need to look at the bigger picture here. Whatever it is, the female sports complex outdoor area is still an open area. People can come and go as they wish. So even if you ban the guys from playing there, its not like the guys can’t watch you play from outside that area. Be realistic and don’t be so paranoid. Relax and enjoy the time spent playing sports.

  13. addin says:

    salam setuju man
    ada masa ke blog saya

    http://addinlove.blogspot.com/

    jazakalah

  14. masri says:

    Assalamualaikum wbt.

    I just want to respond to Mardy.

    a) Covering aurah is not only about covering your head, it includes many things- if you know that when you do such activity, your aurat can be seen accidentally, you already know it will happen, and you know that there are males around, do you think you follow Islamic teaching if you still do it?

    b) Dharurat- Is it a dharurat which can change the ruling from ‘haram’ to ‘mubah’. The answer is “NO”

    c) Islam teaches us that “Shyness is part of Iman”.

    d) Do you think those women companions during the time of Prophet PBUH acted like you?

    e) If we are Muslim, we will be sensitive to this kind of issue, otherwise we must question our faith.

    f) Having fun is not an obligation.

    g) This posting is written to voice out what those Muslimah want. They are concerned about Islamic teaching and at the same time they want to have fun like you have. They do not want to sacrifice their faith just because for fun.

    h) I am not talking about those females who do not care whether males can see their aurah or not, I am not talking about those who do not care whether what they are doing in public is accordance to Islamic teaching or not. I am talking about those who want to be good Muslimah, who have fear to Allah.

    i) The main focus in this posting is male’s behaviour. Our ignorance towards Muslimahs’ right etc. We, as Muslim, must take into consideration the effect of our action towards Islamic teaching.

    Wallahua’lam.

  15. Emiratez says:

    Macam mane pulak dgn masalah perempuan yg byk bersukan kat male sport complex? Aku tgk ptg2 ramai je sister kat situ tanpa segan silu melakukan renggangan di hadapan coach dan member lelaki. Kalo dh buat renggangan tu sure la melenggok dan melentik badan kn? Most of them training silat or sport I dunno lar. Aku teringin gak nk gi swimming tapi memandangkan ade ramai sister kat situ jadi segan lak aku. Dh lar swimming pool tu sure boleh nmpak dari luar. Mmg lar swimming pun kene tutup aurat tapi kan ketat seluar tu. Paham2 jelar kan.. So patutnye kene la ade tmpat khas utk dorg ni training.. Xyah lar training dekat sgt dgn swimming pool tu. Lelaki pun ade gak rase segan beb..

    • faizal says:

      salam..
      hahahaha..betul2
      bukan setakat laki g pompuan punya sport cmplex je, pompuan pun sama gak..
      aku dulu memang selalu pun g swimming pool n somehow memang ada pompuan yg lalu lalang depan swimming pool luar pagar…kadang2 diorng jeling gak…hahahhahah…

      tapi rasanya benda ni small matter la..xdelah besar sangat..laki pun kalu g female sport complex cuma n brsukan je….tu niat….

      lagipun kat real world, memang susah nak cari workplace yg separate pompuan ngan laki….at least kena gak..tapi pandai2 lah jaga and bawa diri..jangan lebih2 sudah….hahaha

      thanQ n wasalam

  16. kemon la says:

    kepada d Third Child..tasik tu pompuan punya ke. setau sy female sport complex stkat pagar tu je. so knp bkn sister je yg jogging kat female sport complex tu, then jgn jogging kat tasek tu. bg brothers je. boleh?? psl kayak tu…ade ke persatuan dlm uia ni yg semua ahlinye pompuan..tambah2 kalo bab sukan. mesti la ramai laki, yang handle pun. n kalo psl mat2 lepak tu…sy pun benci gak tgk. itu yg ptt dihalau….trimas..

  17. atbk says:

    Hmmm… menarik gak perbincangan kat sini…
    Saya setuju dengan mardy… sangat bersetuju!
    Saya amat respect perempuan menutup aurat yang menjalani
    kehidupan aktif! Tahniah!
    Sebenarnyer byk sukan2 yang tak perlu pergerakan
    keterlaluan seperti menembak, memanah, bowling dan byk lagi
    Namun kemana perginya muslimah menutup aurat kita?
    Saya percaya ramai daripada mereka berbakat namun ramai juga
    perpendirian seperti masri…

    Apapun saya hormati pendirian masri…

    Pasal student lelaki pergi sport complex wanita
    Saya pun pelik jugak… yang gune volley ball court pun ade…
    melampau la tuh!
    Kepada muslimah, anda berhak menegur mereka..
    Jangan simpan isu2 remeh lama2.. pergi kepada mereka
    cakap baik2 “Brader, agak2nyer kenape la kite ade separate
    sport complex ye?” hehehe “Brader, u masuk main camp ni english tak lepas lagi ke? Tak paham bace notice board??”

    Pasal perempuan ke sport complex lelaki…
    Hmmm.. susah gak la.. ramaaaaii je pompuan ke sport complex lelaki…
    Jauh lagi ramai rasenyer berbanding lelaki yang pegi sport complex ppuan…
    Malah trening silat pe tah suke wat dalam gelap kat balapan tu malam2
    of coz la campur laki pompuan..
    Nape ek xjadi isu?

    Hm.. Renung2kan!

  18. iium kayak athlete says:

    pompuan dan aurat…
    kebanyakan pompuan yang joging kat tasik maryam suke dan sengaja bukak aurat untuk ditunjuk2 kpd lelaki2 di situ… so, korang pikir laaaa sendirik…

  19. saya budak uia says:

    tak kisahla kepada sister yg sengja nk bukak aurat ms jogging or ape..sbb dia dh tau ada bro n tu memg kehendak dia..tu urusan dia dgn Allah la kan..
    tapi, kasihanla pada sister yg memg nk jg aurat ni..kami pun nk exercise juga..
    kalau pergi ke FSC, tup2 yg ramai adlh bro, terus terbantut niat kami..
    bukan kami jumud, tapi kami masih ada perasaan malu..
    kbykn permainan memerlukan kami utk melompat..kami juga manusia biasa, kdg2 ada aksi yg terover..kalau ada bro, mcm mana kami nk ada ‘life’ kami sendiri di FSC tu..

    sy harap SRC tolongla amek tndkn..
    mintakla uia yg kaya tu buatkan court yg cukup utk bro kat MSC..
    biar dorg main puas2 kat sana..

  20. MuNsYi~SaMa says:

    setuju dgn komen diatas. Authorities leh atasi masalah ni dgn power yg diorg ade. SRC amik tindakan. UIA kena perbaiki court2 kt MSC, pastu bila dah ada court yg sesuai digunakan, tutup je kawasan FSC utk Muslimah shj.Barulah kedua2 pihak boleh main dgn aman.

    Kalau tgk keadaan court kt MSC mmg teruk, malah leh sbbkn injury yg teruk lg.Why not upgrade facilities yg ada utk elak masalah2 macam ni timbul. Saya pun guna court volleyball kt FSC, tp hanya bila ada skills yg dh tetapkan kt situ. rasanya kalau court kt MSC elok, tak guna court female pon xpe.

  21. limaumaniss says:

    salam…wah..bagusnya ada seruan macam ni…sport cmplex wanita bukan saja jadi tempat lelaki berjoging malah berdating…dari dulu lagi rimas dngan orang yg berdating ni…maklumlah bila buka tingkap mahallah, direct nampak lelaki dan wanita…jadi tak privacy dah bila duduk kat mahallah, duk lam bilik sendiri pun kena tutup tingkat sbb boleh nampak lelaki dari di luar…argh…

  22. amelia says:

    salam…setuju ngan limaumaniss..duduk dalam bilik sendiri pon nak kene tutup tingkap sebab brothers bole nampak..y pasal dating2 pon jd hal..bukan ape,sakit mata melihat bende x elok..diri ni bukan la baik sangat,tp,adalah jugak perasaan nak mencegah kemungkaran..pelik jugak brothers main sampai jauh malam..y x bersukan pon ade,duduk buang mase buat bende2 lagho..kadang2 rimas.ade kawan2 ajak pergi,tp,bila da survey tempat kat situ,terbantut niat..sebab,x kan la nak lari2,lompat2 depan brothers?malu la..tp,x pela..jalan kaki hari2 pergi kelas pon da kire excersice..=)

Leave a Reply