Skip to content
 

‘Saya produk bahasa melayu dari kampung…’

KENAPA? Itulah persoalan yang timbul apabila saya melihat isu PPSMI ini muncul. Kita semua maklum bahawa ia telah menjadi isu hangat sejak diperkenalkan lagi. Kini terdapat wadah khas untuk tujuan pemansuhan dikenali sebagai Gerakan Mansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMP).

Saya merupakan produk dasar bahasa kebangsaan dan berasal dari luar bandar. Sekarang saya menjawat jawatan sebagai pegawai eksekutif hasil daripada ijazah yang diperolehi daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tiga tahun yang lalu.

Zaman persekolahan merupakan zaman yang dikelilingi wadah bahasa ibunda tanpa diselangi bahasa asing kecuali matapelajaran Bahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris ini tidak dapat dikuasai dengan baik walaupun keputusan cemerlang sentiasa saya perolehi ketika di bangku sekolah. Tetapi selepas menuntut di universiti, saya diberi ruang dan peluang untuk mempertingkatkan kemahiranbahasa Inggeris saya, ini kerana bahasa Inggeris digunakan secara menyeluruh di UIAM.

Selepas tamat pengajian, saya telah menghadiri pelbagai sesi temuduga dan apa yang saya boleh kongsikan di sini tidak ada satu pun temuduga yang saya hadiri menggunakan bahasa Melayu melainkan bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris. Saya bertuah kerana saya berjaya memperkukuhkan kemahiran berbahasa ini di universiti.

Tetapi berapa ramaikah anak bangsa kita yang mempunyai ruang dan peluang seperti saya? Jika kemahiran berbahasa Inggeris melalui PPSMI ingin dimansuhkan, di manakah kedudukan anak bangsa kita selepas ini? Pengalaman saya menunjukkan, anak saudara saya yang berumur 13 tahun sekarang berjaya menguasai bahasa Inggeris dengan baik berbanding saya pada usia yang sama hanya disebabkan peluang dan ruang menggunakan bahasa Inggeris melalui PPSMI.

Gerakan yang ingin memansuhkan PPSMI ini lebih baik diusahakan untuk menjadi gerakan untuk menubuhkan satu sistem persekolahan di Malaysia. Ini kerana jika kita lihat, pelajar yang menuntut di sekolah aliran Cina/Tamil secara asasnya memiliki kemahiran dalam Mandarin/Tamil, Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Tetapi bagi anak bangsa kita yang menuntut di sekolah aliran kebangsaan hanya memiliki dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Bukankah elok sekiranya kita wujudkan satu sistem persekolahan dan pastikan semua anak bangsa Malaysia menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa. Ini tidak, ruang untuk memperkukuhkan anak bangsa melalui PPSMI dinafikan atas agenda tertentu.

Saya tidak nampak kewajaran untuk kita memansuhkan PPSMI sedangkan bangsa Melayu masih terkebelakang dengan sistem sebelum ini.

Keputusan peperiksaan awam juga menunjukkan berlaku peningkatan dalam penguasaan Bahasa Inggeris selepas pelaksanaan PPSMI. Mungkin sedikit mengambil masa untuk melihat keunggulan PPSMI secara menyeluruh kerana kebanyakan guru bagi Sains dan Matematik sekarang adalah produk Dasar Bahasa Kebangsaan.

Saya pohon kepada semua warga Malaysia khususnya GMP, lihatlah dunia di sekitar kita. Saya sokong untuk diperkukuhkan bahasa kebangsaan, tetapi kita juga perlu pertingkatkan penguasaan bahasa antarabangsa.

MOHD. KHAIRI MD JAAFAR

kulim, kedah

Source: Utusan Malaysia Online – Forum

myadlan has blogged 119 posts in IIUMbloggers.
Blog URL: http://adlankhalidi.com

5 Comments

  1. Szakif says:

    Saya tidak nampak kewajaran untuk kita memansuhkan PPSMI sedangkan bangsa Melayu masih terkebelakang dengan sistem sebelum ini.

    setuju dengan pendapat di atas.

    saya ada terfikir antara sebab berlakunya perkara di atas, tetapi untuk menjaga sensitiviti kaum, saya simpan sahaja.

    ya, itulah antara yang menyebabkan sukarnya untuk melakukan perbincangan secara terbuka, kerana perlu menjaga sensitiviti kaum. sampai bilakah perkara ini akan terus relevan?

    maaf, poin saya tidak jelas. saya tahu. :)

    • boy says:

      sy juga berasal dari kampung..
      mmg tidak dinafikan bahasa inggeris amat penting sbg bahasa pendidikan..
      saya sbg student uia bersyukur krana mendapat peluang meningkatkn penguasaan bahasa tersebut apbla belajar di uia..

      walaubagaimanapun,sy tidak bersetuju dgn pandangan saudara ttg PPSMI..
      kalau anda bersetuju dgn ppsmi bermaksud anda masih tidak memahami kesulitan pelajar luar bandar untuk menguasai bahasa tersebut..masyarakat kampung yg tidak mempunyai pendedahan awal dlam bahasa tersebut…saya bercakap bgini kerana sy mempunyai adik dan sy berasal dri masyarakat kampung..begitu payahnya budak2 kecik ni hendak memahami subjek matematik dan sains di sekolah rendah sebagai asas kpd yg lebih kompleks di peringkat lebih tinggi..kini ditambah pula dgan kesulitan untuk memahami bahasa dalam subjek tersebut..alangkah bagusnya jika mereka diberi peluang untuk memahami dulu asas tersebut tanpa masalah bahasa..sama seperti saudara penulis dan saya sendiri..

      saya juga pernah membaca soalan matematik anak saudara sy yg blajar di sekolah rndah di kampung..ayat inggerisnya mmg mengejutkn sy..kerana mmg mustahil dapat difahami bdak2 level mereka..dari situ saya merasakn mmg x adil bg mereka untuk melalui saat2 sukar tersebut untuk menjawab soalan peperiksaan..

      adakah kerajaan ingin menyekat anak2 luar bandar dari peluang mendalami ilmu2 matematik dan sains??~~~~adakah kita boleh dianggap memahami masyarakat luar bandar jika masih bersetuju dgan ppsmi?atau adakah kita betul2 berasal dari luar bandar jika bersetuju dgan ppsmi?i dont think so…..(“,)

  2. abyadh says:

    setuju dgn boy!!! sayapun budak kampung, awal2 lagi saya x setuju dgn ppsmi, kesian dgn budak2 nih, budak kampung x semua boleh membaca, nak menulispun masih lemah lagi, itu bahasa melayu, kalo bahasa inggeris mestilah lagi lemah, saya walaupun boleh membaca dan menulis dlm bahasa melayupun lemah jugak dalam bahasa inggeris, tapi alhamdulillah UIA dah banyak bantu tingkatkan bahasa inggeris saya.

    Bukan nak menyekat kemajuan luar bandar, tapi cara dah salah!! tingkatkan syllabus bi, xpun panjangkan waktu pembelajaran bahasa inggeris, nih nak kacau sains dan math pulak, dua subjek nih dah macam susah ni susahkan lagi bahasa yg digunakan pulak, hmmm

    Tapi bagusla, sekarang kerajaan dah nak mansuhkan ppsmi, yang x bestnya lewat pulak pemansuhannya… I wonder why?

  3. atbk says:

    Tak suka PPSMI
    mansuh ke tak…
    tau la aku cara nak ajar anak2 sendiri nanti!

  4. hamba hina says:

    hek eleh,dangkalnya pmikiran… jgn nk samakan la budak2 zaman skang ngan zaman dulu.. pningkatan dlm subjek english tgkorak hapa, dh kerajaan duk bg rendah graf.. dok tipu rkyat ja.. PPSMI adalah suatu produk yg gagal.. bgus sesangat kalo dimansuhkan, xdak nilai.. ni smua hasil ajaran tun mahathir la ni.. manusia slalo pndang diri sndiri, xpndang org lain.. brapa ramai budak mlayu yg trkandas sbb PPSMI.. jgn nk pndng diri je, pgang ijazah la, jawatan eksekutif la.. zaman berubah, sistem pndidikan ngara juga prlu diubah

Leave a Reply