Skip to content
 

Tiga penyelidik terima Anugerah Khas Inovasi Kejuruteraan UIAM


DR AZURA (tengah), Nor Shahida (kiri) dan Dr Faridah menunjukkan pingat serta anugerah dimenangi di UIAM, baru-baru ini.

TIGA penyelidik dari Kulliyyah Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), memenangi pertandingan reka cipta pada Pameran Kajian dan Inovasi Kulliyyah Kejuruteraan (KERIE 2009) universiti itu, baru-baru ini.

Mereka ialah Penolong Profesor Jabatan Kejuruteraan Bioteknologi, Kulliyyah Kejuruteraan, Dr Azura Amid sebagai ketua, dibantu Prof Dr Faridah Yusof dan pelajar sarjana bidang berkaitan, Nor Shahida Abu Samah.

Pada program bertema ‘Ke Arah Penyelidikan dan Produk Berkualiti’ itu, kajian mereka bertajuk ‘Perkembangan Kaedah Pantas, Ringkas dan Berkesan Dalam Mengenal Pasti Ayam yang Disembelih Syarak’ mengatasi 171 penyertaan lain.

Dengan kejayaan itu, penyelidik terbabit menerima pingat emas, wang tunai dan sijil yang disampaikan Dekan Pusat Kajian Kuliyyah Kejuruteraan UIAM, Prof Dr Sahari Nordin yang mewakili Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid.

Terdahulu dalam ucapannya, Sahari berkata, pameran itu bertujuan menjadi platform bagi produk dan kegiatan penyelidikan untuk dipamer serta dipertandingkan.

“Menerusinya peserta yang juga pensyarah Kulliyyah Kejuruteraan serta penyelidik lain berkongsi maklumat mengenai produk yang dikaji.

“Ia bertujuan memilih wakil UIAM bagi menyertai bertanding yang dianjurkan pada masa akan datang,” katanya ketika menutup KERIE 2009 di Gombak.

Sementara itu, Azura berkata, kejayaan kajian itu adalah hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk Kementerian Pengajian Tinggi dan UIAM.

Beliau berkata, idea untuk menghasilkan produk itu tercetus melalui pemerhatian serta pembacaan mengenai ketidakpastian yang berlaku membabitkan kaedah penyembelihan ayam mengikut syarak.

“Selama ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia membuat pemeriksaan rawak saja, apa yang terjadi di luar waktu pemantauan tidak dapat disahkan kesahihannya.

“Dengan menggunakan kombinasi molecular dan biokimia, kami cuba mencipta kaedah bagi menentukan cara ayam yang disembelih itu sah mengikut syarak atau mati akibat aliran elektrik tinggi.

“Kaedah ini hanya peringkat permulaan dan kami dalam usaha penambahbaikan,” katanya.

Source: Utusan Malaysia Online

**Tahniah untuk team penyelidik ini. Dan buat rakan seKulliyyah – sama batch ini, semoga terus sukses ya Shida.

eizany05 has blogged 4 posts in IIUMbloggers.
Blog URL: http://memorabilia-izyan.blogspot.com

2 Comments

  1. faisal says:

    salam…
    wa..gembiranya aku, lecturer aku dr Azura dapat anugerah….

  2. basir says:

    source dia tu betul ke utusan?

Leave a Reply