Skip to content
 

UIAM perkenalkan sistem graduan senat

ICT Students
KUALA LUMPUR 15 Feb. – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memperkenalkan sistem graduan senat iaitu pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan menerima ijazah tanpa perlu menunggu majlis konvokesyen.

Rektornya, Prof. Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid berkata, sistem itu berkuat kuasa bulan lepas dan UIAM merupakan universiti pertama yang memperkenalkannya.

Beliau berkata, sistem itu memudahkan pelajar khususnya dari luar negara mendapatkan ijazah masing-masing dengan segera.

“Pada kebiasaannya, pelajar yang lulus pengajian terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk mendapatkan skrol (ijazah) kerana mereka perlu menghadiri majlis konvokesyen terlebih dahulu.

“Kita ubah sistem ini bagi memudahkan para pelajar. Mereka tidak perlu lagi hadir di majlis konvokesyen untuk mendapatkan ijazah sebaliknya mereka boleh memperolehinya sebaik sahaja tamat pengajian,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pembukaan Karnival Pelajar UIAM di kampus universiti itu di sini hari ini.

Syed Arabi berkata, dengan wujudnya sistem itu, pelajar mudah untuk membuat perancangan sama ada mereka mahu bekerja atau meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

“Setakat ia diperkenalkan, seramai 17 pelajar telah menggunakan sistem berkenaan,” ujarnya.

Bagaimanapun beliau berkata, pelajar yang memilih sistem tersebut tidak dibenarkan menghadiri majlis konvokesyen.

Dalam perkembangan lain Syed Arabi berkata, pihaknya kini berusaha untuk menarik lebih ramai pelajar muslim daripada Amerika Latin meneruskan pengajian di UIAM.

“Setakat ini kita hanya ada seorang pelajar dari Colombia dan kita akan cuba menambah bilangannya untuk sesi akan datang,” katanya.

Source: Utusan Malaysia

Image credit to mohdnazriey.blogspot.com

myadlan has blogged 119 posts in IIUMbloggers.
Blog URL: http://adlankhalidi.com

4 Comments

  1. myss says:

    Alhamdulilah akhirnya sistem ini diperkenalkan juga.dari dulu t’tunggu2 sejak Dean Engin bagitau uia nak wat sistem macam ni.hehe

  2. Nabil says:

    pergh..uia mmg gempak..hehe

  3. Emiratez says:

    Lg best kalo leh ambik scroll awal n leh convo.

  4. nisa says:

    jikalau pelajar dr sekolah menengah biasa mohon utk smbg blajar di UIA dapat tak?
    di UIA pelajaran dan bidang apa yg di tawarkan?
    jikalau pelajar tersebut tidak memiliki kemahiran berbahasa arab..adakah di UIA ada menyediakan kursus bhs arab atau tmpt utk lebih memahami bhs arab?

Leave a Reply