Skip to content
 

Khatib Cemerlang Khutbah Gemilang

gambar hiasan

menyingkap peristiwa di masjid uia ketika solat jumaat berlangsung pada tarikh 3 April 2009…

syukur

dimulakan dengan kisah yang suatu masa dahulu diceritakan oleh baginda nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam berkenaan tiga sekawan dari bani israil yang di mana setiap seorang dari mereka ditimpa kecacatan. seorang menderita sopak, seorang kepalanya botak dan seorang lagi matanya buta.

merekapun didatangi oleh malaikat lalu masing-masing dikurniakan nikmat hilangnya kecacatan dan diberi selembah kekayaan. di atas norma kehidupan yang penuh dengan ujian, setiap mereka diuji.

sekali lagi malaikat mendatangi mereka. dalam keadaan sebagaimana mereka cacat dahulunya. memohon belas dari ketiga mereka. dengan meminta sedikit dari lembah nikmat yang mereka peroleh.

dua ditumbuhi sifat bongkak. tidak beralah walaupun yang diminta hanya seekor dua dari selembah gembalaannya. malah enggan mengaku dirinya pernah di dalam kegelapan. juga angkuh mengatakan diri sendiri sudah sedia beruntung sejak sekian lama.

tetapi tidak yang satu. yang dahulunya buta. dia menyedari hakikat dirinya diberi nikmat. dia insaf akan kurniaan tuhan. tidak pernah lupa bahawa dulu dia cacat kemudian diberikan berkat dari yang maha esa. tanpa mendongak angkuh, dia mengatakan kepada sang malaikat, “ambil sesukamu.. dan tinggalkan sesukamu”

sang malaikat menjawab, “simpanlah hartamu. sesungguhnya kalian sedang diuji oleh Allah. dan Allah telah redha kepadamu. dan murka kepada dua temanmu”

kisah yang yang lama tetapi tetap kekal berkualiti kerana nilainya yang melangit buat manusia. khususnya umat islam.

matan lengkap riwayat bukhari
(disalin dari perisian maktabah syamilah)

khutbah mantap

mimbar masjid hari ini tidak lagi menjadi perudum motivasi sebagaimana minggu lalu. sekali lagi, syeikh as-sa’diy memberikan sengatan melalui ucapan khutbah beliau yang tegas dan penuh tenaga.

setiap pasang mata menumpu ke arahnya tanpa ragu. badan yang asalnya menghadap kiblat beralih arah memberi tumpuan kepada sang khatib. sebagaimana peminat-peminat sedang mendengatkan nyanyian live dari artis kesayangannya. itulah yang terjadi di ruang solat masjid uia hari ini.

setiap baris lafaz yang keluar dari mulutnya jelas memberikan peringatan tanpa terlepas dari pendengaran. seolah-olah tidak satupun perkataan yang keluar dari mulutnya kecuali beliau benar-benar ingin memBERI kepada jemaah jumaat masjid sultan ahmad shah.

tidaklah ruang mimbar itu dijadikan medan latihan untuk pengucapan awam. sebaliknya dijadikan ianya medan perkongsian ilmu. oleh mereka yang berwibawa dan diakui ketokohannya.

difokus penyampaian penyuburan iman. mengingatkan manusia akan hakikat kewujudan mereka. dan ke mana mereka akan kembali. diberi tumpuan kepada persoalan umum berkaitan iman dan taqwa. buat bekal menuju alam yang kekal selamanya.

kerana yang mendengarkan itu dari segenap golongan. veteran, remaja, professional, staf sokongan, dan ramai lagi. diraikan semuanya. tanpa mengira umur, latar belakang, bangsa dan sebagainya.

perihal pendengar khutbah

sedikit terkilan melihatkan mereka yang terpinga saat khutbah disampaikan. sedikitpun tak mampu memahami apa yang disampaikan. kerana asingnya bahasa yang digunakan. seindah-indah bahasa, tetap tidak dapat berfungsi jika yang mendengar tidak memahami. pelajarilah bahasa arab. peluang luas terbuka di masa kini. nescaya anda akan jatuh cinta dengannya.. pastinya!.

sayang juga melihatkan ramai yang tak mampu memberi tumpuan. lebih berminat untuk membaca sms yang baru diterima mengkhabarkan perkembangan terbaru politik. atau mengusik rakan sebelah yang sedang tersengguk-sengguk. hasilnya, jumaat itu menjadi sia-sia.

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barangsiapa berwudhu’ lalu dia memperelok wudhu’nya, kemudian dia mendatangi shalat Jum’at, dilanjutkan dengan mendengar dan menghayati khutbah, maka dia akan diberikan ampunan atas dosa yang dilakukan antara hari itu sampai pada hari Jum’at berikutnya dan ditambah dengan tiga hari. Dan barangsiapa memegang (bermain-main kerikil) maka sialah-sialah Jum’at-nya.” (HR Muslim)

bermain kerikil? mungkin sekarang boleh diterjemahkan dengan menaip sms, menggulung-gulung benang sejadah, mengusik-usik semut merayap berhampiran dan berbagai lagi ativiti ‘kecil’ yang tanpa kita sedar ianya telah mengurangkan ‘markah’ jumaat kita pada hari tersebut sampai ke tahap ’0′ = zero = nihil.

belum lagi menyentuh kes lewat datang ke masjid. atau yang lagak pakai ke masjid bagaikan ke pasar tani. tidak kurang juga yang lenggang bersiar di perkarangan masjid. seakan-akan khutbah hanya program sampingan. bila kedengaran iqamah dilaungkan, segera jemaah dikejar.
apa nak jadi? lu fikirla sendiri..!!

belum lagi yang tak solat jumaat..?? hm, itu masuk bab lain ya..

pesanan ringkas dari baba ali buat semua
lihat video di sini -> link
syarief has blogged 7 posts in IIUMbloggers.
Blog URL: http://qualitysunnah.blogspot.com

7 Comments

  1. amran says:

    Bahasa Arab pasti memudahkan kita untuk mendalami Al Quran itu sepenuh hati..

  2. Abu 'Ammaar says:

    Mantap! :-bd Listening skill anta dah bagus dan mantap walaupun khutbah disampaikan dalam bahasa Arab, seakan-akan setiap baris tidak ketinggalan poinnya. Jazakallahu khairal jazak

  3. tapi tak adil jugak lah kalau khutbah yang dibaca tidak dapat difahami lantaran halangan memahami bahasa yang digunakan…mengapa tidak digunakan bahasa yang mudah / dapat difahami semua golongan?bukankah lebih baik jika semua jemaah dapat manghayatinya?

    • syarief says:

      nak adil untuk semua memang agak sukar. bahasa inggeris pun ada jugak yang tak faham. hatta pelajar uia sendiri.

      teringat seorang junior yang merungut bertanyakan tentang subjek mereka. saya pun cadangkan, “sebaiknya kamu jumpa lah dr AAA tu sendiri dan dapatkan kepastian”

      dengan nada merungut, “alamak.. nak kena jumpa lecturer ke?? nak kena cakap BI lagi.. ”

      saya tanya, “kamu student mana ni ya..?”

      uia diasaskan untuk menjadi pelopor kepada dua bahasa iaitu bahasa inggeris dan bahasa arab. mungkin jalan terbaik untuk masalah bahasa adalah diselang-selikan bahasa arab dan inggeris untuk putaran pertama dan kedua.

      allahu a’lam

  4. ashraflatif says:

    “setiap pasang mata menumpu ke arahnya tanpa ragu. badan yang asalnya menghadap kiblat beralih arah memberi tumpuan kepada sang khatib. sebagaimana peminat-peminat sedang mendengatkan nyanyian live dari artis kesayangannya. itulah yang terjadi di ruang solat masjid uia hari ini.”

    over ekzegeret. sharip tipu. ade je orang yg tido

  5. masri says:

    Shaikh Sa’di is the best khatib in UIA.

  6. ridhuan says:

    alhmdulillah…uia sudah mula prihatin terhadap isu2 semasa..

Leave a Reply