Sudah lama saya tidak menulis di sini. :p
Mungkin ramai sudah tahu, dan ada juga yang masih belum tahu.
UIA dalam proses membangunkan kuliah Teknologi Maklumat dan Perhubungan (ICT), dan projek pembangunan tersebut adalah di antara Kuliah Kejuruteraan dan Lebuhraya Karak. Maka selepas ini, pelajar-pelajar ICT dengan mudahnya akan dapat ke kawasan rehat lebuhraya tanpa perlu melalui semak-samun belukar lagi untuk menjamu selera.
Pro: Nanti kawasan tengah (center) tidak akan sibuk dan sendat lagi. Pelajar akan berserakan dengan sekata.
Kontra: Konsep Masjidilharam dalam konsep pembangunan UIA akan hilang. Betul? Mengikut perancangan asal, konsep UIA adalah: masjid di tengah, pusat ilmu di sekelilingnya, penginapan di sekeliling pusat ilmu. Tetapi, di tepi lebuhraya tiada penginapan pelajar. Secara teknikal, konsep asal masih belum diubah.
Gambar-gambar boleh dilayan di sini.
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) - Kemalangan di KM28 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur pukul 3.30 peta ...
Entri ini berkait rapat dengan entri bertajuk "Gempar: UIA Dipersalahkan". PELAJAR Universi ...
Khadijah College merupakan sebuah bangunan asrama bagi pelajar perempuan di sebuah Pusat Asasi U ...
SEBAGAI pelajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), saya terpanggil untuk memberi pandan ...
KUALA LUMPUR 25 Jan. - Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Islam Antarabangsa ( ...


Salam warga UIA sekalian. Teruskan pelihara bahasa Melayu sehabis baik. Elakkan menggunakan bahasa rojak, singkatan kata di blog berbentuk umum ini. Teruskan martabat bahasa Melayu warisan tinggalan nenek moyang yang punyai nilai tersendiri berteraskan Islam sejati.
Oooo, bahasa rojakkah itu? Baik tuan hamba, nanti hamba akan perbetulkan.
sini = di sini
center = senter
di layan = dilayan
ni = ini
Mmmmm, ada lagi?
Admin boleh delete komen saya yang ini. Tengah weng hahaha
mungkin dr segi teknikal, konsep asal belum diubah.
Bg sy, konsep dh berubah. Kalau kita lihat, semua kuliah adalah tidak dipisahkan oleh jlnraya, sdgkan KICT dipisahkan dgn jlnraya. Kalau yg di Audi Utama, itu jln yer bkn jalanraya.
Atau lihat dr sudut lain, KICT boleh dikatakan terletak di kawasan Mahallah. Seberang jalan bertentangan dgn kawasan kuliah adalah kawasan mahallah belaka, kecuali KICT.
Dpn KAED ada KICT. Kuliah lain dpn kuliah ada mahallah. Dpn KENMS ada Uthman & Ali, dpn IRK ada Saffiyyah, dsb.
Seronok la pelajar-pelajar kuliah ICT. Boleh pergi makan kat ‘HIGHWAY’ selalu.
saya tak rasa keterancangan dalam pembangunan uia begitu relevan lagi sekarang….
Kalau nak tengok pelan pembangunan asal uia,
tengok pada pelan penunjuk “anda di sini” kat merata2 uia
(kalau ada lagi la)
dalam pelan tu memang dari uthman (dulu aminah) sampai safiyyah n zubir
adalah kolej lelaki, dalam pelan tu jugak ade tanda rumah imam kat area convest hill
tapi sekarang byk pembangunan serba tak kena
rumah2 rector n deputies x diduduki sampai sekarang sebab masalah hakisan
(tapi kalau xde pun sape la nak duduk situ?)
tasik dulu boleh berkayak dari hujung ke hujung dah jadi tempat lalang
tumbuh, siap tukang kebun boleh berjalan2 atasnya tebas bagi kontot,
lepas tu ade plak bangunan tercongok di riverside mengadap foyer cac tu?
tempat yang dulu mcm iconic jd dataran tempat student dan ibu bapa dan teman2 berkumpul amik gambar lepas konvo tibe2 hilang macam tu je?
sekarang zaman adjustment…