Skip to content
 

Pelajar mengaku khalwat: Pelajar IIC bukannya UIAM

Laporan berikut dipetik daripada Berita Harian Online. Menurut laporan ini, pelajar itu merupakan pelajar undang-undang UIAM. Tetapi kawan saya dengan telah search nama gadis itu dan beliau pun telah berkongsi sebuah link file PDF. Dalam PDF tersebut, ada senarai pelajar-pelajar International Islamic College (IIC) yang mengikuti khemah ibadah. Klik sini untuk melihat PDF tersebut. Gadis terbabit ada pada nombor 38.

Kesimpulannya, saya kecewa dengan laporan yang senang sekali memburukkan nama UIA. Tapi tak kisah la IIC atau pun UIAM. Wartawan memang suka membuat sesuatu isu menjadi sensasi. Kesian UIA. Terkejut apabila baca seorang blogger yang mengutuk UIAM setelah membaca laporan tersebut.

TERTUDUH, Raden Farah dan Tengku Mohd Faisal menutup muka ketika di luar Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, semalam.

TERTUDUH, Raden Farah dan Tengku Mohd Faisal menutup muka ketika di luar Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR: “Saya tahu saya sudah mencalarkan maruah keluarga tetapi saya sudah insaf dan berjanji akan menjadi orang lebih baik selepas ini,” itulah luahan pelajar perempuan Kuliah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum dijatuhkan hukuman penjara dan denda kerana berkhalwat.

Raden Farah Al Wani Ab Halim, 21, yang mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang tentera yang baru lima hari dikenalinya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, menangis teresak-esak ketika memohon mahkamah meringankan hukuman ke atasnya.

Bagaimanapun, Hakim Syarie Mohd Radzi Abd Latif tetap menjatuhkan hukuman penjara tiga hari dan denda RM2,000 terhadapnya.

Pasangannya, Tengku Mohd Faisal Engku Mahmood Mahedden, sekitar 20-an, yang hadir di mahkamah lengkap berpakaian tentera mengaku tidak bersalah dan akan dibicarakan bulan depan.

Kedua-dua ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang melakukan operasi cegah maksiat di Bilik A2, Welvest International Youth Hotel, Jalan Merpati off Jalan Raja Laut di sini, jam 2.50 pagi, 1 Januari lalu.

Raden Farah ditemui sedang bersembunyi dalam bilik air dengan hanya menggunakan cadar putih bagi menutupi badan manakala Tengku Mohd Faisal yang membuka pintu hotel itu tidak memakai baju dan hanya berseluar.

Turut didakwa di mahkamah semalam, tujuh pasangan lain termasuk pasangan duda dan janda iaitu kekasih yang bertemu kembali selepas lama berpisah serta ditangkap berkhalwat di rumah wanita itu pada jam 3.05 pagi, selain pasangan pembantu kedai dan lelaki warga Myanmar yang bukan Islam.

Pasangan duda dan janda, Zaharin Zainal, 35, seorang peniaga dan Zarina Anuar, 38, akauntan didenda RM3,000 atau 20 bulan penjara, manakala Shuhaida Sidik, 24, pula dijatuhkan hukuman penjara 30 hari, didenda RM3,000 atau penjara 20 bulan kerana mengaku pernah terlanjur dengan pasangan Myanmarnya.

myadlan has blogged 119 posts in IIUMbloggers.
Blog URL: http://adlankhalidi.com

9 Comments

  1. Drimba says:

    Saya lihat perkara ini sebagai ujian untuk UIA dan juga KIA juga seangkatan dengannya supaya kembali sepenuhnya kepada ajaran Islam sejati dan terapkan kembali seluruh ilmu dalam nilai-nilai Islam sejati bukan sekadar menceduk dari bahan rujukan barat dan buku barat semata. Perlukan terjemahan dalam bahasa kita sendiri dan arab khusunya untuk menggabungkan nilai-nilai Islam dalam seluruh ilmu.

  2. Drimba says:

    KIA tetap anak syarikat UIAM Holding. Satu masa dulu kerapkali menggunakan kemasyhuran UIA untuk menarik minat pelajar masuk belajar di KIA hinggakan ada iklan di akhbar menulis laluan mudah ke UIA tetapi setelah sekian lama baru tahu itu cumalah untuk sambung belajar di UIA secara sambilan sahaja. UIA pentingkan kualiti yang diukur cemerlang dalam pelajaran banyak A baru layak belajar di UIA tapi terlupa tanggungjawab untuk memberi ruang seluasnya bagi pelajar Muslim belajar di UIA dalam suasana Islamik dan menerapkan nilai-nilai Islam sejati dalam hati Muslim secara berkesan.

  3. MuNsYi-SaMa says:

    sape blogger yg kutuk2 uia tanpa usul periksa itu?kalau letak link leh same2 bce n komen..ish2

    yg penting, tak kesah la Uia or kia or any other islamic institution, bila sudah bergelar muslim, benda2 seperti ni kena lah jaga. kalau bukan sbb bwk nama islam pon, sbg org Islam, mesti selalu jaga hati jgn biar tjebak dgn bisikan syaitan. memang lebih senang ckp dr buat, tp kna try wat gak walau cmne pon. Sama2 brusaha menuju redha Ilahi.

    btw, setuju apa Drimba ckp.

  4. Qarnikuri says:

    tapi x nafikan banyak je masalah kt UIA.. wpun xmasuk dlm paper.. nak2 kat matrik PJ dulu.. selalu je nampak ramai2 dating kt tgh padang tgh2 malam.. siap ade adegan baling2 handset.. merajuk la.. menangis la.. bilik aku ngadap padang.. xyah tgok TV pon bole tau trend drama Melayu.. Skrg aku kt Kuantan xde penah lagi nampak ape2 aksi.. kt Gombak aku xtau..

    xsemestinya dah terkantol dlm hotel baru nk kire maksiat, ye x? tp sian la plak sister sorg ni.. mungkin dh insaf kot? kem ibadat tu before ke after kene tangkap?

    • niesa fuzi says:

      salam..aku bdk IIC, dan gurl 2 adalah kawan aku. dia ditangkap masa sambutan thn baru, bkn selepas ibadah camp anjuran kolej kami. even ada ibadah camp sekali pun, x bermakna semua dah insaf. ada yg insaf..
      so pasa ni aku harap x de sesapa lg yg akn burukk2kn lagi kolej kami yg dh tercalar ni.. kpd sis n bro UIAM, sy mintak maaf dgn kelakuan kawan sy 2 yg dah heret nama UIAM skali.

  5. aidayatiCY says:

    biase la tu..yang TERsilap atau tertukar antara IIC dgn IIUM masih boleh diterima tapi kalu tak tahu apa2 nak serkap jarang mmg tak wajar..
    sah2 lebih sudu daripada kuah..
    apa2 pun,the reality is UIA pon tak jauh akhlaknya daripada kes khalwat tu..tak payah dinyatakan sbb bukti2 terang lagi bersuluh terutama bg mereka yg stay in campus.
    mungkin kejadian salah faham ni Allah takdirkan untuk kite muhasabah dan cermin diri sendiri juga :)

  6. azuwa hasan says:

    semua manusia akan buat silap..
    amik ikhtibar dan xyah mengutuk org
    kalo nk discuss supaya ikhtibar itu lebih memberi kesan pada akal dan iman
    boleh… selami kejadian y telah ditakdirkan
    supaya tidak terulang pd kite sendiri atau org y terlibat

  7. Anas says:

    Biasalah tue, kadang-kadang wartawan ni memang suka mensensasikan berita. Tanpa mempedulikan dimana datang nyer berita tersebut..apa-apa pun akhbar sekarang lebih banyak menabur fitnah..dari menceritakan sesuatu yang ilmiah.

  8. aidanailisya says:

    salam.. hurm, sbg seorg warga uiam, aku rasa xpayah la kita menunjuk pada pihak lain.. lebih baik menilai balik pada diri kita sendiri… xkesah la iium ke iic ke,yg penting adakah kita menghayati dan mengambil berat pada abjad pertama i itu, islamic… brapa byk kita yg mengambik berat pasal kalimat itu… xkira la studen maupon staf.. yg kes ni salah 1 yg ktia nampak,yg kantoi… yg xkantoi,byk lg… sama2 la kita menilai diri sendiri.. saling tegur dan nasihat sesama sendiri.. kita xsedar,kita rasa kita hanya org biasa, namun org di luar sana memandang tinggi kepada kita.. kerna kita mendokong abjad i itu.. jgn lah kita menjadi fitnah kepada islam itu sendiri

Leave a Reply