Skip to content
 

Rawatan berkonsep Islamik

Salon Mini UIAM di Pusat Pengajian Asasi UIAM, Petaling Jaya menyediakan khidmat rawatan kecantikan khusus untuk pelajar wanita.

BERCERITA mengenai suasana di kampus, mungkin ramai di antara kita memikirkan sebuah bilik tidur yang menempatkan sekumpulan pelajar yang dilengkapi kemudahan asas seperti bilik bacaan, surau, dewan makan dan gelanggang badminton.

Namun, lain pula di kediaman pelajar wanita, Mahalah Zainab Jahsy di Pusat Pengajian Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya.

Terdapat sebuah bilik kecil yang terletak di aras bawah blok berkenaan dengan pelbagai kelengkapan asas bagi rawatan kecantikan wajah.

SALON mini ini dapat memenuhi kehendak pelajar muslimat

SALON mini ini dapat memenuhi kehendak pelajar muslimat


SALON mini ini dapat memenuhi kehendak pelajar muslimat.

Walaupun tidak setanding pusat kecantikan atau spa terkemuka, namun perkhidmatan yang diketengahkan pemiliknya itu mampu memberi impak kepada pelanggannya.

‘Kecantikan adalah anugerah buat setiap insan, hargai dan peliharalah ia sebaiknya’, Itulah moto yang tertera di risalah salon yang terletak di pintu masuk salon tersebut.

Mencari keistimewaan Salon Mini UIA, pemiliknya, Nur Ainaa Borhan, memberitahu, walaupun ia baru dibuka sejak dua bulan lalu, sambutan dalam kalangan para pelajar dan kakitangan wanita amat menggalakkan.

Pengalaman ibu

Merupakan seorang pelajar matrik jurusan Jurutera Sains Komputer di universiti tersebut, Nur Ainaa, 19, mengambil peluang membuka salon mini di kampusnya berdasarkan pengalaman yang diperoleh daripada ibunya, Norulnaha Abdul Razak, 50, sejak berusia 12 tahun.

BERSOLEK juga dapat meningkatkan keyakinan diri.

BERSOLEK juga dapat meningkatkan keyakinan diri.


BERSOLEK juga dapat meningkatkan keyakinan diri.

Menyedari aurat wanita adalah untuk wanita, memberi ilham kepada Nur Ainaa untuk mengetengahkan konsep rawatan kecantikan berlandaskan hukum syarak.

“Walaupun hari ini pusat kecantikan wajah tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, tetapi ia dilihat masih kurang untuk golongan wanita yang mementing penjagaan aurat.

“Bagi saya, sebagai remaja dan pelajar, tugas kita bukan setakat menuntut dan mencari ilmu malah menjaga aurat dan kecantikan diri.

“Ini adalah peluang terbaik untuk para pelajar dan kakitangan wanita memanjakan diri di samping dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap bidang kerjaya masing-masing,” katanya. Salon Mini UIA ditubuhkan di bawah Perwakilan Mahalah Komuniti Seni dan Budaya. Di samping menggunakan produk yang digunakan berasaskan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan semula jadi, salon tersebut turut menawarkan harga serendah dua kali ganda berbanding salon lain. Katanya, harga yang ditawarkan serendah antara RM5 sehingga RM70.

Keyakinan diri

Beritahu Nur Ainaa lagi, penubuhan salon tersebut bertujuan memberi perkhidmatan kecantikan diri dan wajah untuk semua golongan remaja wanita khususnya para pelajar universiti berkenaan.

MENATA rias kuku juga antara khidmat rawatan yang ditawarkan di salon mini ini.

MENATA rias kuku juga antara khidmat rawatan yang ditawarkan di salon mini ini.

SAPUAN topeng muka untuk menyegarkan kulit wajah.

SAPUAN topeng muka untuk menyegarkan kulit wajah.

Ini katanya, remaja seringkali berhadapan dengan masalah wajah seperti jerawat, kulit yang tidak bermaya kerana kurang tidur dan stres.

“Bagi saya, sebagai peringkat permulaan usia remaja, penting sekiranya kita menjaga diri termasuk wajah.

“Dengan tertubuhnya salon mini di dalam kampus ini, sedikit sebanyak ia memberi perubahan kepada diri seorang pelajar dan secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri mereka,” ujarnya yang memiliki kulit wajah yang sihat.

Sebagai pelajar tahun kedua semester pertama Nur Ainaa memberitahu, belajar sambil bekerja begitu memantangkan fikirannya.

Selain membantu merawat kulit wajah, kaki, tangan dan kuku, ia sedikit sebanyak membantu dirinya menambah pendapat sampingan tanpa mengharapkan bantuan daripada ibu bapanya.

“Saya harus membahagikan masa untuk belajar dan menguruskan kerja dengan bijak. Alhamdulillah, pengetua mahalah dan rakan-rakan banyak memberi sokongan untuk saya meneruskan perniagaan dalam kampus ini,” jelasnya.

Memanjakan diri

Sementara itu, seorang pelajar yang merupakan pelanggan setia Salon Mini UIA, Nadzirah Mior Nasir, 19, memberitahu, kali pertama mengunjungi salon tersebut memberi petanda baru dalam hidup seorang pelajar.

fff

MEMANJAKAN diri sebegini dapat menenangkan fikiran.


“Bukan setakat harganya yang murah, tetapi sebagai seorang pelajar kita seharusnya mempunyai keyakinan yang tinggi ketika berada di dalam kelas ataupun berdepan dengan para pelajar lain dan pensyarah universiti.

“Pendapat saya, penjagaan wajah bukan sahaja untuk golongan yang bekerjaya tetapi pelajar juga harus menitikberatkan kecantikan secara dalaman dan luaran,” katanya yang mula yakin dengan diri setelah mendapatkan rawatan di salon tersebut.

Bagaimanapun, menurut pelajar jurusan Jurutera dan Sains Komputer, Nor Hidayah Mohammad Daud, 19, hasrat untuk memanjakan dirinya menjadi kenyataan.

“Sudah banyak kali saya mencari salon yang murah dan berkonsepkan Islamik.

“Bagi saya, kewujudan salon dalam kampus ini sedikit sebanyak memberi kemudahan kepada para pelajar yang ingin dirinya kelihatan cantik.

“Tidak perlu menghabiskan wang yang banyak semata-mata untuk keluar ke ibu kota, dengan tertubuhnya salon seperti ini kami dapat mengunjunginya apabila ada kelapangan selain dapat berjimat-cermat,” katanya.

Tenangkan fikiran

Adakah kewujudan salon mini tersebut mempengaruhi masa kualiti seorang pelajar?

sss

MENJALANI rawatan sambil menelaah pelajaran.


“Jadual pembelajaran bermula dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang dan selebihnya dihabiskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti beriadah ataupun membaca buku.

“Berdepan dengan jadual yang ketat boleh mengganggu fikiran remaja berkenaan. Oleh itu, dengan adanya salon seperti ini sedikit sebanyak dapat menenangkan fikiran di samping dapat mengurangkan tekanan.

“Selain wajah, kita dapat menyegarkan minda ketika menghadapi peperiksaan. Malah, ia dapat meningkatkan tahap komunikasi dengan baik apabila berhadapan dengan masyarakat awam,” kata Nor Hidayah.

Celah Nur Ainaa, dengan adanya salon di setiap universiti, ia bukan sahaja membantu pelajar menambahkan pendapatan sampingan tetapi meningkatkan kepercayaan diri.

“Mempunyai pendapatan sendiri membantu seseorang itu menguruskan hal kewangan dengan bijak selain dijadikan bekalan selepas tamat pembelajaran nanti,” ujarnya.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my

Source: Kosmo! Online – GenK

myadlan has blogged 119 posts in IIUMbloggers.
Blog URL: http://adlankhalidi.com

3 Comments

  1. zelo55 says:

    gambar last tu btol ke tgh menelaah pelajaran?
    mcm baca majalah je…heee..

    anyway bnyak gk budak pj sbut psl salon nih…
    dr dulu lagi dah ade dah…
    anyway satu anjakan positif la untuk seni solekan…ho3

  2. ashraflatif says:

    Err, bersolek tu syariah-compliant ke? Don’t tell me they don the make-up for their husbands lol haha

  3. kaori_kenshin says:

    Kat gombak pun de.. Ade spa, rwtn resdung, facial, hair cut, sume de.. Kedai dkt kedai photostat sblh masjid..

Leave a Reply