
Nur Kasih merupakan antara drama melayu yang terbaik pernah saya saksikan. Walaupun masih ada juga orang yang tak peduli pasal drama ini, tapi dengan jalan cerita yang menarik, pasti ramai juga meminati rancangan ini. Saya yakin ramai juga pelajar UIA yang layan cerita ni.
Saya ingin berkongsi serba sedikit berkaitan Nur Kasih dan realiti kehidupan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Setelah belajar di UIA selama 5 tahun, ini merupakan antara reviu saya berdasarkan pengalaman di sana.
1. Squatting / duduk di hostel (Mahallah) secara haram
Isu ini memang dah ada lama sejak dulu lagi. Biasalah kalau student ajak kawan untuk tidur di biliknya. Cuma yang agak peliknya, sebab kalau student nak apply sama bilik dengan kawan dia, agak susah la sebab ikut kekosongan dan budi bicara MRC.
2. Mengorat isteri orang
Ini antara mesej yang penting untuk difahami oleh semua orang. Ramai pelajar UIA yang berkahwin pada usia muda, atas sebab untuk mengelakkan fitnah dan tuntutan agama. Kadang-kadang kalau ada yang nak berkenalan dengan seseorang tu, kena la tahu latar belakang dia. Kalau tak, jadi la macam Ikram yang cuba untuk mengorat Nur Amina.
3. Kesatuan Pelajar UIAM
Yang ni peliknya sebab tak pernah pun dengar nama ni. Menurut drama Nur Kasih, Kesatuan Pelajar UIAM ini telah menganjurkan program di mana Aidil merupakan salah seorang speaker. Akhirnya Aidil bertemu Nur Amina sewaktu program itu berlangsung. Kenapa tak guna nama Majlis Perwakilan Pelajar atau Students Representative Council je?
4. Valedictory Speech
Nur Amina merupakan seorang valedictorian sebab ada babak dia tanya pendapat kawan dia, Nabila pasal teks ucapan yang dia siapkan dalam laptop. Cuma yang pelik sebab Nur Amina masih berada di Mahallah sedangkan sepatutnya dia sudah tamat pengajian dan tidak berada di UIA lagi menjelang konvokesyen.
5. Majlis Konvokesyen
Ketika konvokesyen, sepatutnya Aidil bawak la sejambak bunga. Nampak kosong majlis konvokesyen kalau takde bunga lepas dapat skrol tu. Tapi keluar juga banner Special Convocation Pak Lah sewaktu babak konvo tu.
6. Arkitek dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD)
Soalan ni Aidil ada tanya kan Nur Amina lepas konvo. Tapi kalau nak ikutkan, ada ke arkitek berkerja dengan perancang bandar? Mungkin ada tapi aku rasa kebanyakan arkitek kerja dengan kerajaan (bawah Jabatan Kerja Raya) ataupun kerja di firma swasta. JPBD ni mungkin takde dalam pilihan graduan senibina.
7. Lokasi penggambaran
Drama Nur Kasih telah mengadakan penggambaran di sekitar kampus UIA antara bulan April hingga bulan Jun 2009. Mungkin antara sebabnya tak ramai student di UIA waktu short semester. Antaranya lokasinya adalah:
- bangunan IRKHS
- Nescafe
- depan Library Darul Hikmah
- perkarangan Cultural Activity Centre (CAC)
- Hostel / Mahallah sisters
- Studio KAED
- Pejabat pentadbiran KAED (tempat Nur dan Adam bekerja sebagai arkitek)
- Musolla KAED (Aidil solat ketika program di UIA)
- Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (Masjid di Kaherah, Mesir)
Rasanya itu sahaja maklumat untuk dikongsi bersama semua. Semoga lebih banyak penerbit drama akan memilih UIA untuk drama mereka. Rasa seronok tengok UIA dalam drama TV. Bosan kalau tengok drama yang selalu memilih universiti dan kolej swasta.
Akhirul kalam, syabas buat penerbit dan krew drama Nur Kasih. Semoga lebih banyak drama-drama yang berkualiti akan diterbitkan pada masa hadapan, InsyaAllah.
Salam. Nur Kasih is one of the latest drama from TV3. I just want to share about some of the sce ...
Cuba anda search di LAN sekitar mahallah lelaki, terdapat banyak siri-siri cerita drama Jepun da ...
bertemu kembali setelah sekian lama bercuti. kepada yang masih bercuti, selamat bercuti. kep ...
KUALA LUMPUR 15 Feb. - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memperkenalkan sistem gra ...
Kawan-kawan, tahukah anda bahawa Add/Drop Period (for undergraduate) telah pun bermula 3 hari ya ...

nice review, adlan
even thou as tak tgk nur kasih, tapi dapat info dr cni
imressive, sampai scene pun boleh ingat..anyway, sapa tak proud U dia masuk TV, kan? hehe
Dapatkan set DVD ‘Nur Kasih’ melalui pembelian secara online dan nikmati diskaun20% dari harga asal RM99, sebanyak RM79.20 (tidak termasuk kospenghantaran).
Layari http://www.tv3.com.my/nurkasih sekarang!!
sebetulnya memang rindu irma dengan UIA…especialy KAED sebab situ la irma bergelumang dengan plan dan terperap di studio.. cumanya irma nak tegur masa Aidil cakap pada nur.. ingatkan nur nak kerja di “Jabatan Perancangan Desa & Bandar”.. sebetulnya “Jabatan Perancangan Bandar & Desa”.. memang ada majoring ni di KAED tapi tidak kepada student arkitek.. tp di UIA lebih terkenal sebagai URP (Urban & Regional Planning)
Salam’alaik..
la..ingatkan pengambaran tu dibuat sebelum short sem 0809…rupanya, waktu tu ye…tak pernah terserempak pulak..mungkin sebab waktu tu, life saya banyak kat kaed je kot as kelas waktu tu, banyak kat kaed n tak explore lagi tempat2 kat uia ni as baru masuk time tu…ok.
sy tgk diaorg casting tk scen konvo….
igtkn time 2 uia tgh casting utk jubah bru rupanya utk amina grad…
haha