Skip to content
 

Palapes UIAM didedah asas ketenteraan

palapes-uiam
SERAMAI 41 kadet Pasukan Pegawai Simpanan (Palapes) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berjaya menamatkan kursus induksi di Institut Latihan Udara TUDM, Ipoh, baru-baru ini.

Mereka adalah kumpulan pertama Palapes TUDM diwujudkan sebagai sebahagian aktiviti kokurikulum pasukan beruniform di universiti berkenaan, selain Palapes Askar Wataniah dan Kor Sukarelawan Polis (Suksis).

Sepanjang kursus tiga hari itu, kadet terbabit didedahkan pelbagai asas ketenteraan bagi menguji ketahanan fizikal dan mental serta kerohanian.

Pegawai Penyelaras TUDM UIAM, Leftenan Wan Rizaila Wan Mamat Saufi, berkata kursus dengan pengisian antaranya latihan kawad, aktiviti merentas halangan, bengkel kerohanian, berkayak dan cara mengambil wuduk ketika perang akan dimasukkan dalam kalendar tahunan pasukan berkenaan.

“Matlamat universiti melahirkan graduan bukan saja cemerlang akademik, malah mempunyai keterampilan dan sahsiah tinggi.

“Menerusi aktiviti seperti Palapes TUDM, kita yakin dapat membentuk graduan mampu menyumbang kepada sistem pertahanan negara menerusi latihan secara profesional dan berdisiplin,” katanya.

Beliau menjelaskan, cabaran, kemajuan, globalisasi dan kemodenan adalah antara faktor mahasiswa perlu didedahkan latihan lasak dan keadaan sukar.

Seorang peserta, Muhammad Zaid Mustakim, berkata sepanjang menjalani kursus itu, banyak pengalaman diperoleh yang dapat membantunya membentuk sikap, disiplin serta keyakinan diri.

“Paling penting, saya dapat rasakan perubahan mentaliti. Contohnya, dalam keadaan tertekan, kami diajar bertindak mengatasi masalah dengan pantas dan waras,” katanya.

Oleh Khairina Yasin
kayrina@bharian.com.my

Sumber

myadlan has blogged 119 posts in IIUMbloggers.
Blog URL: http://adlankhalidi.com

3 Comments

  1. zai says:

    ohh..UIA ada palapes ke? xtahu pun.

  2. xXCaeRXx says:

    Klu ader pown?? student kat pusat asasi (CFS) leh join kew??

  3. Mel Lazich says:

    Assessing the cash flow is one more important element within the organization technique format, so as to sustain a regular money flow to meet the essential capital needs. Probability of monetary crisis and also the methods of crisis management should be pointed out within the structure. The company strategy must consist of the advertising plans and strategy leading to the expansion from the company.

Leave a Reply