
(gambar kredit kepada Bro. Syarief, salah seorang Fasilitator Halaqah di UIAM Gombak)
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Satu keunikan UIAM yang saya kira tidak akan kita temui di mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mahupun swasta (IPTS) ialah sistem halaqah/usrah yang dijadikan satu subjek ko-kurikulum.
Di dalam Halaqah, pelajar akan dibantu seorang fasilitator untuk menyemak bacaan al-Quran, hafazan ayat-ayat pilihan, hadis-hadis pilihan dari hadis 40 Imam an-Nawawi, doa-doa pilihan dan lain-lain.
Ia adalah satu subjek yang selari dengan matlamat melahirkan seorang Muslim yang sejahtera di dunia dan di akhirat. Tidak kiralah seseorang itu menjadi pakar ekonomi, kejuruteraan, perubatan, undang-undang- selagi mana mereka seorang Muslim, adalah menjadi kewajipan untuk mereka terus menerus memahami agama Islam. Apatah lagi hal-hal asas seperti membaca al-Quran dan lain-lain.
Hakikatnya? Inilah persoalan yang penting yang patut ditanya kepada diri kita sebagai pelajar. Di manakah Halaqah di dalam diri kita? Apakah kita meletakkan kepentingan melaksanakan tugasan dari subjek ini sebagaimana subjek-subjek akademik yang lain. Atau apakah kita meletakkannya sebagai satu subjek kelas kedua selepas subjek-subjek akademik yang lain?
Hakikat ini jua patut ditanya kepada para pensyarah di UIA? Di manakah Halaqah di hati mereka? Apakah mereka menganggap Halaqah ini satu subjek kelas kedua yang rendah nilainya berbanding subjek akademik yang mereka ajar. Masakan tidak, kadangkala peperiksaan di adakan di Rabu malam, di kala ketika itu pelajar sepatutnya menghadiri Halaqah. Apakah para pensyarah melihat subjek Halaqah sebagai satu subjek sampingan sahaja.
Apakah menghafal al-Quran, hadis, doa, mendiskusi isi kandungan al-Quran dan al-Hadis itu hanya milik para ustaz sahaja, lalu kita yang bukan alirang agama memandang ia sebagai satu perkara yang sekadar mengisi masa lapang, bukan satu kewajipan.
Tepuklah dada kita wahai warga UIAM sekalian, di manakah Halaqah di dalam hati kita.
Wallahua’lam.
Kawan-kawan, tahukah anda bahawa Add/Drop Period (for undergraduate) telah pun bermula 3 hari ya ...
Aikol versus Engin. Apa yang cuba saya sampaikan disini ialah pertemuan antara pelajar dari Kuli ...
Assalamualaikum wbt. Saya ingin menceritakan satu kisah, perbualan antara saya dengan seo ...
Assalamualaikum wbt. Saban tahun, kita merayakan Aidiladha. Darah-darah haiwan sembelihan dit ...
BAHANG pilihan raya kampus mungkin masih belum terasa lagi di kampus Universiti Islam Antara ...


saya suka halaqah yg boleh kutip mcm2 ilmu dan peringatan.tapi kesal sbb slalu start lambat dah habis cuti midsem baru nak mula
Jika Halaqah dianggap sekadar subjek yang perlu, diambil, maka hanya di situlah noktah persepsi pelajar di sini. Jika Halaqah dikira sebagai tempat untuk bertemu kawan, maka di situlah letaknya persepsi tersebut. Jika Halaqah dilihat sebagai tempat untuk mendapatkan makanan ruh, maka menjadilah Halqah sebagai tempat itu.
Pendek kata, signifikan Halaqah bergantung kepada hati-hati yang menyertainya. Apa-apa pun, bagi saya Halaqah sangat berguna bukan dalam usaha melahirkan muslim yang baik dari perlbagai aspek, tapi dalam memantapkan ‘ruh’ muslim itu sendiri.
Biar lapar perut, jangan lapar ruh.
salam..
halaqah perlu menarik
jangan datng halaqah kerna terpaksa..
tapi kerna nak baiki diri….
Halaqah sbg satu tempat kite rehat sebentar dr assignments & projects.Duduk sebentar dan memdalami ilmu islam. kalau tiada halaqah, bila lagi?
terasa sayang sungguh jikalau subjek halaqah di’anak-tiri’kan oleh sebahagian pensyarah IIUM sendiri dengan memberitahu kepada murid bahawa subjek itu tidak penting atau buat exam pada hari yang ada CCHB/S.