Skip to content
 

Pendebat Berkaliber: Khalidah Nazihah harumkan nama universiti, negara


Sekadar memenuhi ajakan rakan menyertai Kelab Debat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) empat tahun lalu, Khalidah Nazihah Muhd Abd Jamil sama sekali tidak menyangka beliau mampu pergi jauh dalam dunia perdebatan.

Apatah lagi beliau langsung tiada pengalaman berdebat atau menyertai mana-mana pertandingan debat ketika di sekolah mengengah berbanding rakan lain yang sememangnya pernah bergelar pendebat.

Namu segala-gala berubah apabila minatnya untuk mendalamai perdebatan semakin bercambah sehingga ada kalanya terpaksa mengorbankan masa cuti semester untuk menjalani latihan dan ruti harian yang sibuk sebagai mahasiswa.

Kini menerajui Speech & Interpersonal Communication Unit (SPICE), unit khas ditubuhkan UIAM sebagai platform melahirkan ramai pembahas terbaik, sebagai Naib Presiden, Khalidah Nazihah adalah antara pendebat berkaliber berjaya dilahirkan universiti itu.

Terbaru, Khalidah Nazihah mengharumkan nama negara apabila meraih naib johan kategori bahasa Inggeris sebagai bahaasa kedua dalam World Universities Debating Championship 2010 di Koc University, Turki.

Tersenarai debagai antara 10 pendebat terbaik kategori itu, beliau sama sekali tidak menduga meraih kemenangan itu kerana semua pasukan universiti lain memberi saingan hebat.

“Mungkin nasib menyebelahi saya dan rakan sepasukan, Meor Alif Meor Azalan. Pendebat dari negara lain ternyata amat hebat, malah saya kira mereka lebih baik daripada saya. Namun kejayaan ini menguatkan lagi keazaman saya untuk terus mencipta kejayaan dalam arena perdebatan,” katanya.

Pertandingan disertai 392 pasukan dari seluruh dunia itu turut menyaksikan kejayaan Khalidah Nazihah dan Meor Alif mengalahkan pasukan universiti ternama pada pusingan awal termasuk Universiti Oxford Union, Cambridge Union, United Kingdom, Harvard Union, Universiti Yale, Amerika Syarikat, Universiti Monash, Australia.

Walaupun sebelum ini sudah banyak kali memenangi pertandingan di peringkat antarabangsa, Khalidah Nazihah berkata, pencapaian kali ini amat manis kerana mengulangi kejayaan dalam pertandingan sama di Bangkok, Thailand, pada 2008.

Katanya, pelbagai persiapan dibuat khususnya menjalankan kajian untuk memastikan hujah yang dikemukakan bernas dan sebelum ini beliau giat menyertai acara pengucapan awam.

Debat, katanya bukan sekadar kebolehan bercakap tetapi memerlukan hujah berbentuk analitikal dan keupayaan berfikir pantas.

“Kemahiran berfikir secara pantas menarik minat saya untuk membangunkannya lagi dalam usaha menjadi pendebat berkaliber,” kata anak bongsu daripada tiga beradik itu.

Khalidah Nazihah berkata, penting dalam setiap pertandingan debat peserta menjalankan kajian bagi memastikan bahan mencukupi, selai perlu peka terhadap isu semasa.

“Kami giat menjalani berlatih, berbincang mengenai pelbagai isu semasa dan melakukan kajian menerusi internet dan surat khabar bagi meningkatkan pengetahun sedia ada.

Saya kira persediaan kami berbaloi kerana dengan kemenangan ini besar maknanya kepada rakan, universiti dan negara,” katanya.

Kecemerlangan Khalidah Nazihah bukan sekadar dalam arena perdebatan, malah juga membuktikan pencapaian akademik menjadi keutamaan.

Buktinya beliau berjaya mengekalkan pencapaian Anugerah Dekan selama tiga semester berturut-turut dengan Nilai Gred Purata 3.54 dalam peperiksaan semester lalu.

“Tiada kejayaan yang mampu dicapai tanpa kesungguhan dan komitmen, prinsip inilah yang saya pegang dan ia terbukti memberi makna dalam kehidupan saya bagi mencapai impian perancang ekonomi suatu masa kelak,” katanya.

Sumber: Berita Harian – Varsiti

myadlan has blogged 116 posts in IIUMbloggers.
Blog URL: http://adlankhalidi.com

One Comment

Leave a Reply