
ANAK saya adalah pelajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di kulliyah farmasi dalam tahun tiga. Namun pada 21 Disember lalu, anak saya disingkirkan dari universiti kerana tidak mencukupi kelayakan diperlukan kulliyah berkenaan.
Saya terus bergegas ke UIA untuk bertemu dekan setelah membuat temujanji. Dalam pertemuan itu selain merayu, saya juga menyatakan ketidakpuasan hati kerana sepatutnya saya sebagai penjaga diberitahu terlebih dulu masalah yang anak saya hadapi.
Jika benar anak saya bermasalah dalam pembelajarannya, penjaga perlu mengetahui bagi membolehkan masalah itu diatasi sebelum ia merebak. Saya juga mempertikaikan peranan penasihat akademik yang dilantik dalam menangani masalah pelajar bawah seliaannya.
Lebih memeranjatkan apabila diberitahu anak saya bahawa penasihat akademiknya tidak pernah memanggilnya untuk membincangkan sebarang isu, malah beliau hanya menyedari apabila anak saya sendiri yang bertemu dengan beliau untuk berbincang.
Setahu saya apabila pelajar mendaftar untuk sesuatu kursus perlu mendapat persetujuan penasihat akademik bagi memastikan kelayakan untuk meneruskan pengajian, tetapi apa yang berlaku ialah sehingga tahun tiga barulah pihak universiti sedar bahawa anak saya tidak layak untuk meneruskan pengajiannya.
Saya tidak mempertikaikan kelemahan anak saya tetapi mempertikaikan apa yang pihak kulliyah lakukan bagi membantu pelajarnya untuk berjaya. Saya juga amat yakin jika seseorang pelajar itu bermasalah dari sudut mana pun, pelajar akan diberi teguran atau amaran secara perbincangan dan hitam putih.
Perjumpaan dengan pelajar akan direkodkan dan pelajar perlu menandatangani penerimaan surat amaran atau teguran itu dan salinannya akan dihantar kepada penjaga. Namun ini tidak pernah berlaku di UIA, pihak UIA dengan mudah membuat keputusan tanpa sebarang amaran.
THINK GLOBAL ACT LOCAL,
Seremban, Negeri Sembilan.
[Sumber]
SAYA adalah seorang daripada ribuan pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia. Saya m ...
KENAPA? Itulah persoalan yang timbul apabila saya melihat isu PPSMI ini muncul. Kita semua maklu ...
Aikol versus Engin. Apa yang cuba saya sampaikan disini ialah pertemuan antara pelajar dari Kuli ...
UNTUK menyebarkan agama Islam, kerajaan kita dengan kerjasama negara-negara Islam telah bersepak ...
SEBAGAI pelajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), saya terpanggil untuk memberi pandan ...

xlayak? peliknye
tp mmg btul, think global,act local..haha
kena tanya anak selalu kot.. melainkan anak smpai 20org ke 100 org..sbb masalah anak kita, si anak n ibu ayah sndiri la yg harus tahu perkembangan n prestasi