KUALA LUMPUR 26 Feb. – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menolak dakwaan yang mengaitkan pelajarnya dengan aktiviti ‘kahwin koboi’ yang tidak mengikut syariat Islam.
Rektor UIAM, Profesor Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid menegaskan, pihak universiti sudah menyiasat dakwaan itu dan mendapati ia hanya berkaitan hajat sepasang pelajar di situ yang mahu berkahwin.
“Kami kemudian memaklumkan niat pasangan pelajar tersebut kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang cuma mengarahkan perkahwinan dijalankan mengikut syariat Islam.
“Pelajar perempuan itu juga tidak mengandung seperti yang didakwa dan tiada sebab untuk pihak kami mengambil tindakan ke atas mereka,” katanya selepas diminta mengesahkan kebenaran dakwaan tersebut di sini hari ini.
Minggu lalu, sebuah akhbar tabloid melaporkan tindakan sepasang kekasih dari universiti berkenaan berkahwin tanpa mengikut syariat Islam dengan tanpa kehadiran wali dan saksi sah serta pegawai agama bertauliah untuk menikahkan mereka.
Dalam pada itu, Syed Arabi menambah, UIAM tidak menghalang atau campur tangan dalam urusan pelajar yang ingin berkahwin.
“Bagaimanapun, kita menasihatkan mereka supaya mendapatkan keizinan ibu bapa masing-masing terlebih dahulu,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, kes disiplin pelajar yang diuruskan UIAM adalah mengikut jenis kesalahan.
Oleh NURUL ANUAR KARI
pengarang@utusan.com.my
Sumber – Utusan Online
KUALA LUMPUR 15 Feb. - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memperkenalkan sistem gra ...
KUALA LUMPUR 8 Okt. – Graduan Tanpa Konvokesyen merupakan satu kaedah baru yang akan diperkenalk ...
UNTUK menyebarkan agama Islam, kerajaan kita dengan kerjasama negara-negara Islam telah bersepak ...
KUALA LUMPUR 6 Mei - Manuskrip lama akan menjadi bahan rujukan utama dan asas bagi pelajar lep ...
KUALA LUMPUR 5 Jun - Orang ramai tidak harus meragui kualiti pembelajaran dan pengajaran di Univ ...
