Iiumblogger please upgrade now!

wordpress27

Finally, after hours of making backup, deleting, downloading and uploading, i manage to upgrade my zulhusni blog to the newest WP 2.7 from my previous 2.3 version. Actually this task will be easier and smoother if the tmnuts internet connection doesn’t damn slow. Where as i need to download 1.2mb zip file which take me up to 15 minutes to finish it! Forget about the internet, had done the job already, now its time to talk about the newest 2.7 WP. For whom still using the older version, I usually say it is good idea to wait for another version but for WP 2.7, I highly recommending it for iiumblogger and for YOU!. With all new looks and designs, 2.7 totally rocks! Goodbye to the old plain and simple looks.

There are a lot of new features and improvements, including the new interface for examples, screenshots, video, information and the best thing is the Google Gears in tools menu. The Google Gear actually copies all your server file to a local storage which will fasten up your blog page loading. Always get bored when iiumbloggers.com or your own blog load too slow? Google Gears are the answers! Things just get better right? To iiumbloggers and all WP bloggers, 2.7 is not for you to wait again. Upgrade now!

PINDAAN AUKU DILULUSKAN

Source: Berita Harian online

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008 yang dibacakan buat kali kedua di Dewan Rakyat semalam akan menambahbaik dan memperluaskan autonomi universiti, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya, perkara berkenaan akan dilaksanakan dengan memindahkan beberapa kuasa Yang di-Pertuan Agong dan menteri kepada pihak berkuasa universiti yang antara lain merangkumi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Senat dan Naib Canselor.

“Melalui rang undang-undang ini, kuasa menubuhkan fakulti dan jabatan diberikan kepada Senat.
Read the rest »

Salah ke berpegangan tangan?

Sungguh lucu sekali hendak membincangkan tentang isu begini. Bukan apa, kes ‘pegang tangan’ ini dah jadi benda biasa di UIA.

Sering kali aku ternampak lelaki dengan lelaki berpegangan tangan. Lantas aku terfikir, “apalah dia orang ini, tak malu ke?”. Apatah lagi kalau kaum perempuan yang nampak, sudah tentu mereka akan berkata, “Eww, gay ke apa dia orang ini!!”.

Hati ku ketawa. Pernah juga terlintas di kepala aku, kenapa kita mengutuk mereka yang berpegangan tangan itu sedangkan ia tidaklah haram. Salah ke kalau berpegangan tangan sesama LELAKI?

Biasanya rakyat kita, terutamanya kaum Melayu, jarang berpegangan tangan sesama lelaki. Kes ini banyak berlaku diantara ‘foreigners’ sama ada orang Vietnam, Myanmar, dan juga Arab.

Soalnya, apa yang peliknya berpegangan tangan sesama lelaki. Salah ke berpegangan tangan seperti itu?

Tergelak aku.

Solat yang tidak tenang

Mungkin perkara ini tidak menjadi isu di kampus Kuantan. ini adalah satu isu yang hangat di kampus Gombak, sehinggakan perkara ini pernah dibangkitkan di dalam satu mesyuarat peringkat atasan. Walaubagaimanapun, individu yang membangkitkan perkara ini diminta memohon ampun secara terbuka kerana pendapatnya dikatakan menghina dan persifat perkauman. Permohonan maafnya dilakukan sesudah solat jumaat di masjid UIA sedikit masa lalu.

Saya, tidak dapat tidak bersetuju dengan individu tersebut. Antara lain, beliau menyebut bahawa pelajar asing khususnya yang datang dari Afrika perlu menjaga kebersihan kerana mereka berbau busuk. Walaupun tidak ingin memukul rata dan menafikan bahawa bukan semuanya begini, namun ini adalah fakta.

Saya melalui hari-hari yang tidak tenang sepanjang berada di UIA. Lebih-lebih lagi sewaktu bersolat sebelah-menyebelah dengan pelajar asing. Apakah tidak mereka tahu bahawa bumi Malaysia ini airnya melimpah ruah? Apaka tidak mereka tahu bumi Malaysia ini iklimnya panas yang lembab? Atau hanya kerana hidung saya yang sensitif?

Bukan untuk menghina, tetapi ingin mencari penyelesaian secara hikmah. Bagaimanakah caranya untuk menegur dan memberitahu mereka, “Saudara, anda berbau busuk.”?

########

posted by ashraf ’sai’ latif

Tinggalkn YM dan Live Windows..tukar ke Digsby?

zulhusni, teens make money online,iium

Apa itu Digsby? Hari ini aku baru download benda alah ini dan cuba di laptop aku. Jikalau anda semua pernah dengar dan pakai ym, msn, gtalk, jabber, aku boleh katakan yg Digsby ni macam kompilasi utk keseluruhan instant messaging application tersebut.

digsby, instant messaging, zulhusni, iium

Read the rest »

tips blogging

bertemu kembali setelah sekian lama bercuti. kepada yang masih bercuti, selamat bercuti. kepada yang sudah mula bekerja, teruslah tabah bekerja. selamat hari raya aidil adha diucapkan kepada semua. di kesempatan ini saya sebagai orang baru berada di alam maya ini, ingin berkongsi sedikit tips dan tricks “blogging”. mungkin kepada yang telah lama, tips saya ini dikira sudah basi, tetapi kepada yang baru dan belum tahu, harap tips ini dapat membantu.

1. rahsia pendapatan melalui internet.
tahukah anda, dengan hanya ber’bloging’ anda dapat menjana pendapatan sampingan? ya, nampak seperti tidak logik kan? tetapi ini telah dibuktikan oleh ramai bloggers. apa yang perlu dan boleh anda buat ialah dengan, menjadi agen pengiklan melalui blog anda dengan meng’paste’kan code iklan di blog anda. anda akan dibayar dengan setiap iklan yang di klik melalui link blog anda. kenapa?tak percaya? jujurnya setakat ini setelah selama tidak kurang dari sebulan saya telah mengumpul RM 3.25 hasil klik iklan di blog saya. nampak macam sikit, tapi kata pepatah melayu, “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”. jika anda juga ingin menjana pendapatan, anda boleh juga lakukan seperti saya. cuma pergi ke laman ini, dan daftarkan diri anda.

2. affiliate program
untuk menjana pendapatan juga, anda boleh menyertai affiliate program. komisyen diperolehi dengan mempromosikan laman web dan anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal. anda boleh mempromosikan laman web tersebut dengan berbagai tools yang telah sediakan seperti text link, banner dan link affiliate. anda dibayar melalui program pay per lead. Caranya sangat mudah sekali.
1. pergi ke laman web affiliate
2. selepas mendaftar affiliate, dapatkan link affiliate anda
3. mulakan promosi kepada kawan-kawan dan rakan cyber anda.
4. anda akan diberikan komisyen sebanyak
RM0.25 bagi setiap kali pelawat subscribe yang datangnya dari link affiliate anda.

mudahkan… untuk lebih lanjut, anda bolehlah download e-book proAffiliate secara percuma di sini

3. berikan traffic ke blog anda. (untuk lebih maklumat ttg traffik, klik sini)
pengunjung blog anda yang membantu anda menjana pendapatan melalui internet ini. jadi, lakukan sesuatu untuk menambah pengunjung ke blog anda dengan memberi traffic kepada mereka. antara cara yang anda boleh lakukan ialah,

1.bertukar blog link antara blogger.
anda ramai kawan bloggers kan. jadi tukarlah link sesama mereka.
secara tidak langsung, pelawat/pengunjung blog yang ada link anda tadi akan klik link direct ke blog anda. dari sinilah anda mendapat pengunjung blog anda, impaknya, traffic anda menjadi tinggi.

2. memberi komen yang pro
anda sering melawat blog kawan anda dan link2 kawan mereka kan? selalukah anda tinggalkan jejak anda atau komen di situ? jika ya baguslah…jika tidak lakukanlah…komen anda yang menarik serta bernas membuatkan pemilik blog atau pengunjung lain yang mengunjung blog tersebut ingin mengetahui siapakah anda. jadi tinggalkan alamat url anda di ruangan komen, supaya senang pengunjung untuk menjejaki blog anda. mudah kan?

cukuplah tips setakat kali ini. di lain kesempatan, kita berkongsi lagi..selamat mencuba!!

UIAM korporatkan bakal siswazah


Dekan Kuliyyah Ekonomi & Sains Pengurusan UIAM, Prof. Dr. Mansor H. Ibrahim (kiri) bertukar dokumen dengan Mohd. Najib Abdullah (kanan) sambil diperhatikan oleh Pengerusi MIDF, Tan Sri Mahmood Taib (dua dari kanan) dan Dr. Syed Arabi Aidid di UIAM, Gombak, baru-baru ini.

UNIVERSITI Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kini tampil sebagai institusi pengajian tinggi kedua tempatan dalam usaha Kumpulan Industri Pembangunan Kewangan Malaysia (MIDF) ‘mengkorporatkan’ bakal siswazah dalam kerjaya profesional di sektor kewangan global.

Seramai 20 mahasiswa tahun akhir yang cemerlang dalam bidang berkaitan di UIAM akan dipilih oleh MIDF untuk berkhidmat dalam program berkonsep ‘berkhidmat sambil belajar’ di syarikat berkenaan.

Proses pemilihan ‘mengkorporatkan’ bakal siswazah itu dibuat melalui kerjasama yang dimeterai pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara UIA-MIDF baru-baru ini.

Rektor UIA, Prof. Datuk Dr. Syed Arabi Aidid yang mengalu-alukan langkah MIDF itu, menyifatkan usaha tersebut adalah strategi paling ideal dan berkesan dalam mencerna sumber kepakaran manusia akan datang.

Malah kata beliau, program seumpama itu tidak hanya baik untuk pelajar malah sesuai serta wajar diperluaskan di kalangan petugas ahli akademik di universiti.
Read the rest »

Kisah Si Penjual Tempe

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalamsuasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa,

“Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin”

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.

“Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.

“Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”

Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,

“Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.”

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya,

“Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,

“Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?”

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…

Moral:

Pertama: Kita sering memaksa kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita. Jangan menyalahkanNya jika kita tidak dapat apa yang dipinta.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga: Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat: Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita sentiasa gagal memenuhi hak Allah seperti menjaga perkara-perkara wajib, solat lima waktu, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan..

p/s : saya peroleh cerita ini daripada emel. menarik untuk dikongsi bersama:)

Aidiladha: Ketaatan Dan Ujian

Assalamualaikum wbt.

Saban tahun, kita merayakan Aidiladha. Darah-darah haiwan sembelihan ditumpahkan. Cerita kisah Nabi Ibrahim menjadi santapan telinga kita.

Masakan kita lupa, nabi Ibrahim AS dengan rela hati, tanpa keraguan, menyerahkan sepenuhnya kepada Allah, apa sahaja yang Allah perintahkan nescaya akan dilaksanakan. Hinggalah tibanya satu ujian, Allah mengarahkan Nabi Ibrahim AS mengorbanka anak beliau sendiri. Read the rest »

TERAPI BIO MAGNET

FAKTA MAGNET

Biomagnetik boleh juga digambarkan sebagai Kutub Utara Kutub Selatan atau juga yin – yang bagi masyarakat Cina. Persamaan dari segi konsep iaitu tarikan ion negatif dan positif. Keseimbangan tarikan-tarikan tersebut menunjukkan kadar pH adalah neutral manakala perubahan cas-cas tersebut membolehkan tahap keasidan dan kealkalian ditentukan. Medan magnet menarik kutub-kutub yang berlainan. Apabila kita meletakkan medan positif magnet dengan medan negatif magnet maka ia akan menarik di antara satu sama lain. Secara amnya, medan magnet berkuasa positif iaitu (P) akan menarik medan negatif bumi iaitu kutub utara dan medan magnet berkuasa negatif (N) akan menarik medan positif bumi iaitu kutub selatan. Dalam kenyataan ini, penggunaan negatif adalah untuk kutub utara bumi dan positif adalah untuk kutub selatan bumi. Sebagai maklumat, sepatutnya yang digunakan dalam tubuh badan kita adalah medan magnet negatif. Apabila magnet (N) ini menyentuh kulit manusia ia dipercayai mengembangkan pembuluh darah, dengan ini darah dan oksigen akan bertambah di kawasan aplikasi magnet. Medan positif magnet pula apabila disentuh ke kulit manusia ianya akan menjadi merbahaya dalam jangka masa panjang. Hanya doktor-doktor pakar yang boleh menggunakan magnet positif untuk rawatan penyakit tertentu.

JENIS-JENIS BIOMAGNET

Kebanyakan biomagnets dibuat dari ferrites, iaitu gabungan kobalt, nikel, barium dan metal lain. Magnets yang fleksibel adalah gabungan plastik , getah atau bahan-bahan yang mudah dilenturkan. Biomagnets yang paling kuat adalah magnet yang dibuat dari Neodymium (Magnet nadir bumi). Magnet-magnet Neodymium ini adalah amat bertenaga dan berupaya untuk bertindak pada kuasa magnetik dalam badan kita, tetapi secara mekanikalnya ia adalah rapuh dan akan hilang kuasa magnet jika didedahkan pada suhu di atas 176 darjah Fahrenheit atau 80 darjah Celsius. Biomagnet diukur dari segi gauss iaitu garis daya per kawasan unit kutub. Setiap elektron memang bergerak secara berputar sama seperti bumi berputar pada paksinya. Kebiasaannya elektron akan berputar secara rawak, tetapi apabila elektron-elektron ini dimagnetkan, kesemua pergerakan elektron akan bergerak secara melawan arah jam (ia akan menghasilkan medan negative magnet) atau mengikut arah jam (ia akan menghasilkan medan positif magnet).

Medan magnet bumi adalah penting kepada semua kehidupan di muka bumi. Kekurangan kuasa magnet bumi (4000 tahun dahulu medan magnet bumi adalah 4.0 gauss, pada hari ini ianya adalah 0.4 gauss) telah mengaitkan kepada pelbagai masalah di zaman millennia ini. Teras kepada bumi iaitu kerak bumi adalah satu magnet yang amat besar dan kuasanya apabila sampai ke permukaan bumi adalah 0.4 gauss. Kuasa yang terhasil ini akan memasuki ke dalam sistem badan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang, dalam erti kata lain segala-galanya yang berada di dalam muka bumi ini. Secara logiknya, kuasa medan magnet bumi adalah penting di dalam kewujudan segala sumber kehidupan bumi.

APAKAH TERAPI BIO-MAGNET

Terapi Bio magnet dipercayai telah digunakan oleh masyarakat Cina 4000 tahun dahulu.Hari ini dengan penemuan sejenis magnet yang mempunyai ciri ciri sama seperti medan kuasa semulajadi bumi (Magnet Neodymium) telah menjadi revolusi kepada kaedah terapi bio magnet.”Neodymium” Magnet semulajadi yang paling kuat yang ditemui sekitar awal tahun 80an

Ia merupakan cara yang paling mudah, Selamat,Berkesan dan tiada kesan sampingan.Terapi Biomagnet merangsang medan magnet manusia melalui titik-titik saraf. Ia menigkatkan sistem peredaran darah serta meningkatkan metabolisme dan kesihatan badan tanpa kesan sampingan. Pertubuhan Badan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan kenyataan secara formal bahawa terapi magnetik ini tidak mempunyai sebarang risiko terhadap sistem badan manusia. Dengan menggunakan Edymium Bracelet (Terapi Bio-Magnet) dapat membantu :-

  • Membuang angin / Kembung perut
  • Meningkatkan metabolisme tubuh dan tengaga/ stamina
  • Meningkatkan tenaga batin
  • Meningkatkan kandungan oksigen dalam darah
  • Menguratkan sakit akibat Gout
  • Mengawal kesakitan dan penyakit
  • Mengurangkan kebengkakan
  • Melegakan sintom penyakit Asma
  • Merawat Insomia / kesukaran untuk tidur
  • Tidur lebih lena
  • Mengawal kencing manis
  • Mengawal darah tinggi
  • Mengurangkan kandungan kolestrol dan lemak
  • Melegakan senggugut untuk wanita
  • Mengurangkan sakit otot
  • Mengurangkan sakit bahu/ belakang dan sakit leher
  • Melegakan Migrain
  • Melegakan Stress
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Daya penglihatan lebih tajam
  • Penghadaman lebih baik
  • Mencegah penyakit Sembelit
  • Menyahkan Toksin dari tubuh badan

Sel manusia mempunyai caj positif di bahagian tengah dan caj negatif di bahagian luar sel, dan ia mendapat caj semulajadi dari medan kuasa magnet bumi. Semasa sel melakukan tugasan harian, ia kehilangan caj menyebabkan sel menjadi reput. Edymium Bracelet yang mengalirkan kuasa tenaga-bio berupaya menembusi semua peringkat dan bahagian badan melalui aliran meridian, lantas dapat sampai pada setiap sel untuk mencaj dan membaiki semula paksi semulajadi sel.

Berdasarkan kajian yang dibuat di USA pada tahun 1997 oleh Dr. Carlos Valbona Baylor dari College Of Medicine, 76% pesakit-pesakit yang dirawat menggunakan magnet-magnet tetap telah sembuh atau kurang sakit sendi dan otot berbanding dengan 19% lagi menggunakan kaedah biasa / tradisional pesakit-pesakit.

MENINGKATKAN PEREDARAN DARAH

Setiap hari jantung kita mengepam darah yang mengalir sejauh 12,000 batu dalam badan kita.EDymium Bracelet membantu saluran darah menjadi kembang, lantas meningkatkan peredaran darah yang membawa kepada peningkatan bekalan oxygen dan khasiat penting dan memacu rembesan semulajadi Hormon Tumbesaran Manusia yang diperlukan untuk pembaharuan sel.

MELEGAKAN KESAKITAN

Tisu sel yang rosak didapati mengeluarkan caj letrik positif. Edymium Bracelet yang mengalirkan medan kuasa magnet dwi-paksi secara otomatis mengimbangi kawasan tisu rosak dan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melegakan kesakitan dan mempercepatkan bekalan agen penyembuhan.Tisu sel yang rosak didapati mengeluarkan caj letrik positif. yang mengalirkan medan kuasa magnet dwi-paksi secara otomatis mengimbangi kawasan tisu rosak dan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melegakan kesakitan dan mempercepatkan bekalan agen penyembuhan.

MENYAHKAN TOKSIN

Dymium Bracelet yang mengalirkan medan kuasa magnet secara semulajadi mengurangkan keasaman dalam badan, lantas membuat organisma-mikro susah untuk hidup dan berupaya menyah toksin dan kebanyakan agen semulajadi dalam sistem yang menyumbang pada kebengkakan dan kesakitan.